![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 03:28 | 0 Cloud(s)waktu semakin berlalu..
Assalamualaikum,
Tik tok tik tok, masa berdetik. tidak sedar sudah hampir 15 tahun aku hidup di muka bumi ciptaan Allah ini. Alhamdulillah ~ aku masih bernafas . dan mestilah sudah lebih 5 tahun aku di alam persekolahan. dari tahun 5 sehinggalah aku berada di tingkatan 3 ini. Banyak kisah pahit manis suka duka bila berada di alam persekolahan ini.
Bila bermuhasabah diri ni ~ kita tak sedar yang kita semakin meningkat dewasa. dan perubahan itu sangat membuatkan aku sebak seorang diri mungkin. haha. harap je nama 15 tahun, tapi perangai still macam budak-budak. selalu kena marah dengan parents. selalu kena marah dengan cikgu. lepas tu bila bab berkawan lak ~ seorang merajuk.. semua nak merajuk. haa ~ itu yang tak best tu. tapi kalau seorang gembira.. semua gembira. tu yang best. boleh gelak-gelak. boleh gegila kan . haha.
masuk pula isu pelajaran ~ banyak perubahan antara sekolah rendah dan sekolah menengah. masa darjah satu, semua subjek dapat 90 dan ke atas. cewah. haha. tapi bila sampai form 3 ni.. haaa ~ hamik kau. ada naik ada turun. ada merah ada hitam. haha. pengalaman tu pengalaman. nasib baik tak kena membebel dekat telinga. ye dak ? kalau tak ~ masuk bilik melalak je kerjanya. lepas tu janji dengan diri sendiri yang kita akan belajar betul-betul. dapat straight A bagai. tapi tu la ~ habuk pun takde. haha. itu kalau aku la. kalau kauorang tak tahu la pula macam mana kan. mungkin ada yang bersungguh nak belajar sampai tak tidur malam. ye dak ? tapi nasihat aku ~ baik kauorang jangan belajar lewat sampai tengah malam. sebab tu akan mengganggu fokus kau pada keesokan harinya. badan kauorang pun perlu rehat. kang tak pasal-pasal pergi sekolah mata sembab je. mata panda jadi nya. tapi bagi yang boleh bertahan tu ~ aku tabik la. bukan senang nak bersengkang mata ni. kan kan kan ? haha
kengkadang, ibubapa pun tak perasan yang kita semakin meningkat dewasa. rasanya baru je semalam kita ni lahir di dunia. betul tak ? tup tup tengok kita dah nak kahwin.. dah nak masuk universiti. whoah~ dah besar rupanya kita ni. haha.
tapi tu la ~ bila difikir-fikir balik.. aku ni dah nak habis sekolah. macam mana lah aku nanti lepas dah habis sekolah. kerja ke aku ? masuk universiti ke tak ? haih ~ lepas tu.. still ke jumpa kawan-kawan sekolah. rindu pula rasanya nak bergurau , nak bergelak-gelak dengan kawan sekolah. sebab tu la kita kena hargai waktu-waktu di alam persekolahan. jadikan hari-hari di alam persekolahan ni sebagai kenangan yang manis untuk kita. sekolah ni ada special sikit. dekat situlah kita kenal ABC , kenal 123. kan ?
di alam persekolahan juga lah kita mengenali erti sebuah persahabatan yang sebenar. tengok lah ~ lepas dah habis sekolah nanti.. kauorang akan rindu dekat kawan-kawan kauorang. lagi-lagi kawan-kawan yang selalu ada dekat sisi kauorang . diaorang tu lah tempat kauorang mengadu , tempat kauorang nak bergelak-gelak. betul tak ? haih~ aku dah sebak ni. kang tak pasal-pasal meleleh air mata. haha. kawan-kawan kau tu juga lah yang selalu tolong kau dalam pelajaran. saling tukar-tukar pendapat. bila ingat balik ~ banyak sebenarnya kenangan yang dah kau cipta bersama kawan-kawan kau.
jenis kawannya lak ~ ada yang skema, handsome, cantik, pandai, gegila, kuat cakap, pendiam. betul tak ? dekat situlah kita mula mengenali macam mana sikap dan perangai orang disekeliling kita. kalau yang handsome .. mulalah nak masuk "line" . haha. yang cantik lak ~ mintak nombor. lol. yang pandai lak, kalau tak faham.. rujuk dekat dia. bantu-membantu la katakan. haha. haih... kenangan.
so , macam mana ? ada terfikir tak pasal benda ni ? mesti ada right. haha. hargailah setiap masa , waktu anda di alam persekolahan. dan seperti biasalah ~ berusaha untuk mendapat semua subjek A+ . InsyaAllah ~
Sincerely,
Danisha
![]() |
0 Comments:
Post a Comment