![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 03:08 | 0 Cloud(s)Selamat Datang kami ucapkan ~ Assalamualaikum.
Mesti pelikkan kenapa post ni bertajuk " Selamat Datang ". haha ~ apa selamat datang kepada new baby ? No lah ~ kesitu lak perginya. Bagilah aku jelaskan lebih terperinci. Terkocoh-kocoh sangat. haha . Kami sebagai warga SMK Malim ingin mengucapkan Selamat Datang kepada warga dari SMK Puchong Perdana yang telah melawat sekolah kami pada hari Sabtu bersamaan 7 Julai 2013. Dengan rasa rendah dirinya kami mengalu-alukan kedatangan anda. haha wah ~ bermadah-madah lak kau Danie. Okay ~ sebelum tibanya lawatan itu.. kami seperti biasalah ~ set-up instrument muzik dan juga alat gamelan. Gamelan ? apakah ? okay bagi yang baru mendengar perkataan tu.. Gamelan adalah nama untuk kumpulan alatan tradisional. Alat muzik Gamelan ni terdiri daripada Bonang, Saron, Gambang, Kenong, Gendang dan juga Gong. Kalau nak tahu lebih lanjut silalah search dekat MR.Google okay ~ haha. Dah set-up itu ini ~ kami sempat juga tangkap beberapa gambar. Selca gitu. hoho. Berposing maut bagai tetapi tetap menutup aurat okay. haha.
Beberapa jam dah berlalu ~ tibalah masanya SMK Puchong sampai. Kami dengan semangatnya mainkanlah alat muzik gamelan tu. Aku main alat muzik Gambang. penat woo ~ tapi takpe demi lawatan tu aku gagahkan juga tangan aku untuk mengetuknya. haha. Datang-datang je terus serbu kitaorang ar. Yang paling tak menahan gambar Akasyah yang banyak di-snap. Untung anda Kasyah ~ haha. Tersedak ? maaf bro. Saja je nak sebut nama kau. lol.
Gedebak gedebuk itu ini ~ tibalah masanya untuk persembahan band pelajar dan juga band guru SMK Malim. Tapi sebelum tu ~ kitaorang kemaslah barang-barang gamelan tu bawa naik ke bilik muzik. Apak dia ~ penat seh. Nasib baik lokasi tempat gamelan dan juga bilik muzik tak jauh. Kalau tak .. uhh tak cukup nafas. haha. Kitaorang lepak jap dekat bilik muzik. Bergosip-gosip siap dalam pakej. haha. Then barulah kitaorang turun bawak tengok persembahan. Yang tak menahannya ~ budak band tengah buat persembahan.. aku, Amira and Jiah pergi belakang bangunan tangkap gambar. haha. Seperti biasa kitaorang berposing lee ~ lol.
SMK Puchong melawat satu bangunan SMK Malim dan juga melihat kawad kaki SMK Malim. Bannga sekejap jadi warga Malim ni. haha. Dah alang-alang cakap pasal kawad kaki ni ~ aku ingin mengucapkan tahniah kepada skuad elite putra SMK Malim sebab telah berjaya merangkul naib johan peringkat kebangsaan. Hebat tu ~ bukan mudah tau. haha. Alhamdulillah.
Cerita pasal band pulak.. semua budak band ada ~ kecuali dia. ish ish ish. sedih seh. baru nak tengok dia tapi dia takde transport lak nak datang. haha. Sorry sebab menyebut nama anda. lol. Dalam pukul 3 PM, kami kemaslah instrument-instrument muzik tu. lepas tu balik. Memang hari yang memenatkanlah sepanjang minggu lepas. Tapi tidak mengapa ~ penat-penat pun berbaloi. haha.
Ni aku ~ haha. and that is Gambang. Focus seh. lol
This is my friends ~ from left :
Amira
Kqdeq
Jiah
Azah
Ami
Love them all~ haha <3
Pasukan Gamelan SMK Malim
Depan : Bonang
Left - Qin
Right - Vivian
Tengah : Saron
Left- Amira
Center- Kqdeq
Right- Azah
Belakang : Gambang, kenong, gendang, gong
Gambang- aku
Kenong- Akasyah
Gendang- left : Shafiq
right : Zul
Gong - Safwan
Me and Amira.
Tabik hormat ~ haha.
Itu aku ~ termenung jauh nampak cik adik. lol.
P/S : Terima kasih sahabat dan juga Terima Kasih warga SMK Puchong sebab sudi datang ke SMK Malim.
-- Tamat --
Sincerely,
Danisha
![]() |
0 Comments:
Post a Comment