In My Memory: Ujian darah

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
00:47 | 0 Cloud(s)
Ujian darah

Assalamualaikum..


Kenapa harus darah ? haha. Jangan fikir lain okay. Disini ku ingin tatapkan.. cewah ~ aku nak bercerita sikit ni. pasal apa ? pasal pengalaman aku ambil darah la. haha. first time tu. uhhh ~ gerun. harap maklum. lol.

Pada hari Selasa beberapa minggu yang lepas, aku bersama kawanku, Amira.. jalan-jalan la pusing satu sekolah. Ikutkan plan masa tu nak pergi photostat kertas dengan nak pergi beli makanan. Jangan salah faham ek. kitaorang tak sempat nak beli makanan.. so cilok-cilok jap pergi beli. haha. shhhh ~ kepada sesiapa yang berkenaan.. ini amaran ! jangan bagitau yang kitaorang cilok-cilok keluar. haha. Just joking.

Bermulalah pengambaran upin dan ipin selama setengah jam mungkin. haha. Dah pergi photostat tu, singgah jap dekat tandas. wah ~ siap ada perhentian. Betulkan tudung itu ini.. then gerak balik nak pergi beli makanan. lalu dekat belakang pentas. tetiba nampak meja untuk ambil darah. aku dengan mira dah excited. haha. memang kitaorang nak ambil darah pun ~ dah minta kebenaran ibubapa lagi. lol. Kitaorang pun singgah le dekat meja tu. Nurse tu kata

" Nak buat ujian darah ya ? ada bawa surat kebenaran ? "

aku dengan mira tercengang. laaa ~ lupa nak bawa surat tu. ish ish ish. so kitaorang buat surat kebenaran yang baru. Sebenar-benarnya.. kitorang just nak lalu je dekat tempat meja darah tu. Tapi tetiba dua-dua tergerak hati nak buat. so ~ hamik kau. haha. gerun gerun.

" betul ke apa yang kita buat ni Danie ? haha "

ni mira yang kata. lol. cuak tak soalan tu. aku pun tak tau kenapa aku tetiba serbu meja tu nak ambil darah. haha. menyesal pun ada. tapi nak buat macam mana, maklumat semua dah ambil. mula-mula giliran mira ~ nasib baik masa tu tak ramai orang. senang sikit aku nak melalak kalau sakit. muahhaa. mira dah selesai ambil darah. aku tanya dia

" wei wei, sakit tak ? "

mira gelak. dia kata tak sakit pun. aku lagi le cuak. mana boleh tak sakit. ambil darah dah la dekat belakang siku tu. belakang siku ? kat mana tu ? pepandai la kauorang fikir sendiri dekat mana. malas aku nak terang pepanjang. haha. tapi jangan fikir lain okay. lol.

turn aku pula. pergh ~ menggelabah tak payah cakap la. kalah menggelabah kalau jumpa crush. lol. aku pun duduk sebelah nurse tu. tangan kanan aku dah letak atas meja. aku toleh belah kiri. kiranya taknak tengok sesi injection tu. haha. baru nurse tu nak letak jarum aku dah

" wei wei mira, tolong aku ! "

haha. macam budak-budak kan. datang tadi bukan main excited. bila nak ambil darah .. dah cuak. ish ish ish. aku pejam mata tu. tak sampai beberapa minit ~ dah habis dah. takde la sakit pun. tapi darah serious banyak keluar. tapi mira lagi banyak darah keluar. seram ! berderau je jantung aku. nasib baik tak pengsan. nak nangis dah aku tu. haha. tapi tahan ~ aku kena nampak ganas. cewah.

lepas tu kitaorang pergi kantin. tapi malangnya ~ makcik kantin tak bagi kitaorang beli. haih. lapar perut. haha. kitaorang pun naik le bilik muzik. sampai-sampai bilik muzik ~ aku terus serbu abang aku. aku kata

" abang ! adik buat ujian darah tadi. sakit woo "

whoah ~ gedik ke manja tu ? haha. aku rasa gedik. lol.

dan hasilnya .. darah aku A+ dan darah mira B+

amacam ? happening tak ujian darah ni ? mungkin bagi yang dah biasa ambil darah ~ tak kisah. tapi bagi yang baru first time ambil darah.. pergh happening gila. haha.


Sincerely,
Danisha


0 Comments:


Post a Comment