![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 03:03 | 0 Cloud(s)Free of charge ! muehehehe
Assalamualaikum,
kita tak tahu nak kata apa. haha batch 98' dah free. free apa ? free daripada PMR le. Akhirnya , masa ini tiba juga setelah tiga tahun menanti. eceh ~ macam menanti apa pula. Bagi aku , perasaan free from PMR dan free from UPSR serious lain gila. Free PMR macam free untuk selamanya walaupun aku tahu free aku tu hanya untuk 1 tahun je . haha.
PMR dah habis , SPM menanti . haiyoo ~ 1 tahun kena push betul-betul. Dah ada pengalaman macam mana belajar last minit , so lepas ni kena siap dari awal. PENAT woo belajar last minit ni. Pecah kepala otak asyik kena ingat tu ingat ni. Beberapa bulan terakhir sebelum PMR asyik-asyik exam exam exam. Masa aku pun semuanya tentang exam. Sampaikan dah habis PMR ni aku rasa , aku masih ada exam lagi. haih
Masuk bab exam lak , sebenarnya kita banyak ada exam dalam hidup kita ni. Bukan sahaja exam sekolah tetapi exam melalui kehidupan kita. Betul tak ? kehidupan kita ni semuanya tentang ujian dan cabaran, Apa yang perlu kita buat adalah dengan bersabar. Ada hikmah disebalik ujian-ujian tersebut. Macam tu jugak exam dekat sekolah. Kita kenalah sentiasa berfikiran positif. Sekolah adakan ujian untuk menguji tahap pencapaian kita. Kalau kita sentiasa berusaha dan bertawakkal ~ InsyaAllah kejayaan itu akan sentiasa menanti kita di hadapan. Yang pasti jangan berputus asa.
Sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa belajar melalui kesilapan supaya kesilapan itu tidak akan berulang lagi samaada ujian itu daripada Allah ataupun ujian sekolah. Kalau kita belajar melalui kesilapan , InsyaAllah ~ kita tidak akan mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang. Macam aku tadi , aku dah tersilap langkah sebab aku belajar last minit dan hasilnya sangat memenatkan aku , jadi aku belajar daripada kesilapan itu. Betul tak ?
Yang pasti , sentiasa berfikiran positif. yeah ! muehehe. Apa-apa pun , batch kami sudah free !! /gelak terbahak-terbahak/ hehe ~ gurau-gurau. Untuk kakak and abang senior , teruskan perjuangan anda. Jangan cepat menyerah kalah. Sentiasa maju kehadapan. eceh ~ jangan letakkan senjata anda. *tabik* Semangat untuk SPM ! hehe.
Hope batch 98' dapat straight A for PMR. Amin ~ InsyaAllah. *peace no war*
Sincerely,
Danisha
![]() |
0 Comments:
Post a Comment