![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 03:02 | 0 Cloud(s)Welcome to Danie's Coffee Shop =) Assalamualaikum , End of the year 2013. Bermakna habislah kisah aku pada tahun 2013. Banyak pahit manis suka duka sepanjang tahun ini yang mengajar aku rentak dan melodi kehidupan. Melodinya yang kadang-kadang penuh dengan kemerduan , dan yang kadang-kadang penuh dengan keganasan begitu juga rentaknya yang kadang-kadang rancak , dan kadang-kadang perlahan . Dan dari situ , aku berazam akan ubah diri aku kearah kebaikan. InsyaAllah~ walaupun tak banyak , tapi aku akan cuba untuk berubah. Itu semua asam garam dalam menempuhi kehidupan. Walau apa pun yang terjadi , kita tetap kena hadapinya. Betul tak ? yang berlaku semua atas kehendak-Nya. Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik dan tidak baik buat diri kita. Sentiasa berfikiran positif dan selalulah mencari kesabaran yang hilang dan berusahalah mencari ketenangan dalam diri kita. InsyaAllah. wah , ceramah panjang lak aku kan ? haha. Back to the topic , berakhir tahun ini maknanya berakhirlah kehidupan form 3 aku. muehehe. Tak sangka dah 3 tahun aku menyelami alam sekolah menengah ni. Best tu dapat jadi senior menengah rendah. haha. Habis PMR , otak aku pun automatik habis jugak. Bukannya habis apa , aku dah set dekat otak aku awal-awal , habis PMR ni , Merdeka ! apa lagi , lepas dah merdeka .. otak aku blank le dengan pelajaran form 3 ni. muehehe. Budak jahat tak aku ? lol tapi , tetiba selama 2 bulan lepas habis PMR, aku rindu nak belajar. Haih. parah ni . aku rindu nak menulis, nak menghafal semua. / Choyyy Jah ! menipu lebih / haha. Semasa aku menempuhi PMR , tak tau kenapa tapi aku dapat rentak yang begitu slow sekali. Flow dia yang begitu lembut. Aku pun tak tau macam mana nak cakap. Melodi yang menenangkan otak aku, Kalau nak tau , kau kenalah cari rentak pelajaran kau. Fahamkan sistem macam mana yang kau nak buat. Susunkan semula jadual belajar sebab makin kau meningkat form makin susah kot aku rasa pembelajaran dia. So , itu kau kena buat sendiri dan terokai sendiri alam pelajaran kau. Best tu belajar kalau difikir-fikirkan balik. Sambil menyelam minum air. muehhee. sambil kita belajar . kita dapat menerokai dunia-dunia kehidupan dari aspek yang lain. kan kan kan ? angguk je. tak yah banyak cakap. / Choyyyy melebih kau ni Danie / tidak dilupakan juga buat sahabat handai aku yang aku kenal melalui pelbagai cara perkenalan dan yang sudah semestinya aku kenal kauorang sudah beberapa tahun lamanya. tahun ni mungkin tahun last. betul tak ? satu je yang kauorang kena ingat , aku sayang kauorang semua sangat-sangat. Tanpa kauorang , tanpa kita semua yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain .. kita mungkin takkan berkekalan sehingga ke hari ini. Banyak kisah pahit manis suka duka dalam persahabatan kita. dan aku ambil semua tu sebagai satu kenangan untuk aku sentiasa menghargai hubungan persahabatan ni. persahabatan kita ni bagi aku sangat unik sebab kita berkongsi 1001 kenangan, kesedihan , kegembiraan , kesabaran , kejutan , kefahaman, perasaan , kemisterian , ketidak jangkaan dan banyak lagi lah 1001. Walaupun banyak konflik sentiasa berlaku , tapi kita tetap dapat harunginya, InsyaAllah dengan izin-Nya , persahabatan ini pasti akan berkekalan sehingga akhir hayat kita. Amin Ya Rabbal 'Alamin ~ Jangan lupakan aku kalau kauorang pindah tahun depan tau. Sentiasa ingat Danie's Coffee Shop ni. haha . kalau boring , visit la Coffee Shop ini. cewah ~ aku akan sentiasa update perkara-perkara yang baru. itupun kalau ada masa lah. hehe. Jaga diri kauorang baik-baik , belajar elok-elok okay . Tak kisahlah dekat mana kauorang dicampakkan untuk belajar , asalkan kita ikhlas dalam pelajaran. InsyaAllah. Sentiasa berdoa agar diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran didunia mahupun diakhirat. Chaiyok Chaiyok ! Berusaha untuk maju dalam kehidupan. Jangan pernah berputus asa okay. and hopefully kita semua dapat keputusan yang cemerlang dalam setiap pelajaran. Amin ~ Sayang kauorang semua ketad-ketad Jah. haha xD Sincerely, Danisha
![]() |
0 Comments:
Post a Comment