![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 02:10 | 0 Cloud(s)Welcome to Danie's Coffee Shop =) Assalamualaikum , S.A.H.A.B.A.T [ It's not the "Goodbye" that hurts but the "Flashback" that follow :) ] Today is the date. 2014. Form 4 ni baru aku rasa kehilangan . Kehilangan sahabat-sahabat aku. Sahabat-sahabat yang aku kenali selama empat tahun bermula dari perkenalan tingkatan 1 sehinggalah sekarang kita berada di tingkatan empat. Dan yang paling memberi impak buat aku dan juga sahabat-sahabat aku yang lain adalah , kami akan kehilangan sahabat-sahabat yang kami telah kenali selama 3 tahun bermula dari tingkatan dua sehinggalah sekarang. Entah lah. Bila tengok seorang demi seorang meninggalkan sekolah dan bila melihat sahabat-sahabat aku yang lain mengalirkan air mata kesedihan , aku rasa macam sepi . Sepi tanpa kelibat dan gelak tawa daripada mereka lagi. Dari sekelas , tinggal beberapa orang sahaja. Kalau dapat dibayangkan sekarang , aku seperti berada di tengah-tengah kelas . Duduk diatas kerusi sambil melihat sekeliling kelas yang penuh dengan gelak tawa dan juga kelibat sahabat-sahabat handai . Aku tersenyum gembira. Tetapi senyuman aku mati apabila melihat seorang demi seorang hilang dari tempat mereka. Dan yang tinggal hanyalah aku seorang sahaja didalam kelas itu. Angin yang kuat menyapa ke muka. Tidak semena-mena , air mata ku mengalir. Teresak-esak aku didalam kelas itu berseorangan. Sepi , sepi dan sepi. Kata-kata dan perasaan yang tidak dapat aku ungkapkan. Tahun 2013 adalah tahun yang terakhir untuk kami semua mengumpul kenangan-kenangan manis dan tahun 2013 juga adalah tahun yang aku rasa paling singkat untuk kami semua. Kalau masa boleh diundurkan kembali , pasti kami akan memanfaatkan masa 2013 itu sebaiknya tapi apakan daya , masa itu tidak boleh diputarkan kembali. Dan pada hari ini , 17/1/2014 adalah hari terakhir untuk sahabat-sahabat aku kerana mereka akan berpindah ke sekolah lain. Tahniah aku ucapkan buat kauorang semua. Goodluck and take care of yourself. Jangan lost fokus ketika belajar. Aku harap kita semua akan berjaya sehingga ke menara gading. InsyaAllah. Dan aku harap kita semua takkan lost contact walaupun sekarang kita terpisah jauh. Mengimbau kembali kenangan kita semua pada tahun 2013 , ada yang pahit dan ada yang manis. Walaupun kenangan pahit itu kedengaran kasar di halwa telinga , tetapi .. kenangan pahit itu juga adalah kenangan. Kenangan yang penuh dengan pengajaran , yang penuh dengan pedoman buat kita semua. Kita semua belajar dari kesilapan. Dan itu semua mematangkan kita. Kenangan manis pula adalah kenangan untuk kita kenang sampai bila-bila. Banyak kenangan yang terjadi. Yang manisnya adalah , sehingga sekarang .. kita semua still together as one.Walaupun berbeza kelas dan aliran , tetapi kita semua still together. Jangan membandingkan kita semua hanya sebab kita berlainan kelas dan aliran. Semuanya sama sahaja. Kelas dan aliran yang bagus , yang hebat , dan yang mencabar. Yang penting adalah , friendship kita kekal utuh. Itu yang pasti ! Kenangan manis yang lain , bagi aku adalah apabila kita semua saling menolong antara satu sama lain. Seperti menolong dalam pelajaran ataupun menolong untuk menyelesaikan masalah persahabatan. Aku tersenyum apabila mengingati kembali semasa sahabat-sahabat lelaki kelas aku bergaduh , sahabat-sahabat perempuan akan cuba untuk memulihkan balik hubungan mereka. Ataupun , apabila sahabat-sahabat perempuan bergaduh , pihak lelaki akan cuba memulihkan keadaan balik. Itulah keluarga kedua kami di sekolah. Dan kami semua sangat rapat dengan two pretty chinese girl di dalam kelas kami. Dan kedua-dua mereka adalah ahli pasukan gamelan. Tetapi , seorang daripada chinese girl itu telah pun bertukar ke sekolah lain. Hilang seorang gadis cina yang boleh bermain alat muzik gamelan. Kami semua rindu dengan dia. Begitu banyak kenangan sehinggakan susah untuk aku mengungkapkannya. Aku rindu kauorang , aku sayang kauorang. Sakit perut aku apabila ketawa bersama-sama mereka. Sebak bertandang di hati aku apabila melihat sahabat-sahabat aku menangis , sedih ataupun kecewa. Maaf sebab aku tidak dapat menjadi seorang sahabat mu yang sempurna selama perkenalan kita, Tetapi , dari hari hari ke hari , aku akan mencuba untuk menjadi seorang sahabat mu yang setia berada disisi mu ketika sedih mahupun gembira.Walau apa pun yang terjadi , kita semua tetap satu kelurga. Kelurga muzik dan keluarga kelas 3 Berlian. Aku dan juga sahabat-sahabat yang lain akan selalu mendoakan kauorang berjaya didunia dan juga diakhirat nanti. InsyaAllah. Best Friends Forever ! I have some quotes for you that I get for Mr.Google.
" Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom." – Marcel Proust
" Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything. " – Muhammad Ali
" Sometimes being a friend means mastering the art of timing. There is a time for silence. A time to let go and allow people to hurl themselves into their own destiny. And a time to prepare to pick up the pieces when it’s all over. " – Octavia Butler
" Growing apart doesn’t change the fact that for a long time we grew side by side; our roots will always be tangled. I’m glad for that. " – Ally Condie
" Friends are the family you choose " – Jess C. Scott
" Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys, and dividing our grief. "
– Marcus Tullius Cicero
Walau apa pun yang terjadi , kita tetap satu keluarga. We are Berlian , We are One ! Goodluck ! Fighting ! :'D Sayang kauorang semua :* Sincerely , Danisha
17/1/2014
![]() |
0 Comments:
Post a Comment