In My Memory: 60 Second , Hiccup and Love !

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
18:37 | 0 Cloud(s)
60 Second , Hiccup and Love !

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum ,


BAB 6


Tempat biasa. Qiu tersenyum sinis. Tempat biasa yang dimaksudkan oleh Rain adalah gelanggang bola keranjang. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke gelanggang ini selepas peristiwa itu. Peristiwa yang sangat menyakitkan hati apabila diingat kembali. Keluhan berat dilepaskan.

Dia terus duduk di bangku yang terletak bersebelahan gelanggang. Dia menghirup udara segar di petang hari. Dia mengerling jam sekilas. Hmm baru pukul 5.00 petang. Patutlah kelibat Rain tak nampak lagi. Dia merenung gelanggang bola keranjang itu. Dulu , masa dia di tingkatan 1 , dia dengan Rain selalu bermain bola keranjang disini masa waktu riadah. Hanya dia, abangnya , Adam Syazwan dan Afiq Iskandar sahaja. Empat orang yang setia dengan gelanggang ini.

Tapi sekarang , gelanggang ini sunyi sepi. Dah tak terurus sedikit. Kebanyakkan pelajar-pelajar  lelaki lebih suka bermain bola sepak semasa waktu riadah. Hanya mereka berempat sahaja yang lebih berminat untuk bermain bola keranjang. Tapi jangan ingat , mereka ni kaki bangku. Mereka semua pemain bola sepak sekolah dan Rain sendiri juga merupakan ketua pasukan bola sepak sekolah. Cuma bila waktu riadah , mereka lebih suka bertukar angin kepada bermain bola keranjang.

Qiu meletakkan beg yang diselimpangkannya di atas bangku. Dia terus menuju ke gelanggang. Saat kakinya menapak masuk , dia berasa sebak. Sejak peristiwa itu , dia isytiharkan tempat ini sebagai tempat larangan dan berjanji tidak akan masuk lagi.

Tapi akhirnya , dia yang memungkiri janji itu. Argh ini semua salah Rain ! Mana lagi tempat biasa antara dia dengan abangnya kalau bukan gelanggang ini. Tapi kalau Rain taknak jumpa dia dekat sini pun dia memang berniat nak datang. Sudah lama dia tidak bermain bola keranjang. Kalau ada bola sekarang ni, mahu dia menjaringkan satu shot bagi melepaskan rindu kepada permainan ini.

Tiba-tiba ada sebiji bola bergolek dan terkena kakinya. Eh , bola keranjang ? Mana muncul ni ? Dia mengambil bola itu seraya memusing ke belakang. Rain sudah sedia berdiri di belakang sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
“ Awal kau datang dik ? Kau ponteng prep ke ? “ Rain bersuara tenang.

Qiu hanya menggeleng kepala. Dia terus membaling bola kepada abangnya. “ Mana ada aku ponteng prep. Aku datang tadi tapi sekejap je. Aku minta izin warden nak kemaskan barang. “

Rain hanya berdiam apabila mendengar jawapan adiknya. Dia lebih menumpukan perhatian terhadap lantunan bola keranjang yang dilantunkan beberapa kali ke lantai gelanggang. Selepas itu, dia terus membalingkan bola itu . Dan dengan sekali balingan, dia berjaya menjaringkan bola itu walaupun dalam jarak yang jauh.

“ Patut la aku tak nampak kau dekat bilik prep tadi. Ingatkan kau ponteng kelas prep lagi. “ Rain berkata sambil mengambil bola keranjang yang sudah bergolek ke arahnya. Tersentak juga Qiu dibuatnya. Macam mana dia boleh tau aku pernah ponteng ? Qiu berbisik di dalam hati. Rain yang perasan akan reaksi adiknya mula bersuara.

“ Kau tak payah nak buat muka terkejut macam tu. Kau kena ingat, aku pun ketua dorm. Kau dengan aku kan duduk dorm yang sama. Mata-mata aku ramai sebab tu sekejap aje aku dapat tahu. Jadi lepas ni , aku taknak dengar kau ponteng kelas prep lagi. And memandangkan ada masa lagi sebelum pukul  6 petang , apa kata  1 game ? “ Rain sudah melantun-lantunkan bola dengan selambanya. Tercabar juga Qiu dibuatnya. Bola sudah bertukar tangan.

“ 1 game “. Qiu bersetuju. Dia melantun-lantunkan bola. Fikirannya mula mengatur strategi. Rain sudah mula memainkan peranan sebagai penghalang. Dengan pantas Qiu memulakan pergerakan dan dia berjaya melepasi halangan Rain dan ..

KHUSHH !!

Bola keranjang berjaya dijaringkan oleh Qiu. Qiu tersenyum gembira. Rindu dia dengan permainan ini terubat sedikit. Nasib baik dia tidak terlupa lagi skil untuk bermain bola keranjang. Rain tersenyum senang melihat kegembiraan adiknya. Sudah lama dia tidak melihat adiknya tersenyum gembira sebegini.
Kini gilirannya pula menjaringkan gol. Sedang asyik adiknya gembira, dia mengambil kesempatan menjaringkan bola itu. Bunyi bola dijaringkan mengejutkan Qiu daripada lamunan. Dia memandang abangnya. Rain hanya mengangkat kening sebagai isyarat yang dia sudah berjaya menjaringkan bola dan satu mata untuknya.

“ Apa ni ? Mana aci ! Kau jaringkan masa aku belum sedia. “ Qiu sudah memprotes. Rain sudah tergelak.

“ Well , no rules here. “

“ Kau ni memang nak kena ! “ Qiu sudah mula mengejar Rain yang sudah berlari satu gelanggang. Gelak tawa mereka memecahkan kesunyian di gelanggang itu. Akhirnya mereka terbaring kepenatan di tengah gelanggang.  Tawa mereka sudah mulai reda.

“ Qiu . “ Rain memanggil adiknya.

“ Hmm. “ Qiu menyahut.

“Abang minta maaf fasal Hanna Syaqilla. Abang tau kau masih tak dapat maafkan abang. Abang tahu abang silap. Kalau lah abang tak tinggalkan dia haritu, mesti dia masih ada dengan kita sekarang ni. “ Rain cuba untuk berbicara mengenai peristiwa yang lalu walaupun dia tahu adiknya akan melenting.

Qiu terus duduk tegak sambil matanya tajam menikam abangnya. Tapi selepas itu , satu keluhan kasar dilepaskan. Dia meramas rambutnya.

“ Kalau kau nak cakap fasal dia , ini bukan masanya.  Aku malas nak ingatkan balik. Benda dah lepas. “ Qiu terus bangun sambil mencapai beg selimpangnya. Dia taknak ingat kembali dengan pemilik nama Hanna Syaqilla. Panjang ceritanya sampai diri dia sendiri kusut dengan apa yang telah terjadi.

Rain hanya mengeluh. Sangkanya dia dapat berbincang dengan baik bersama adiknya. Tapi ternyata ianya meleset. Adiknya masih belum ingin berbicara tentang perkara itu. Dia bangun dari pembaringan dan terus menuju ke arah adiknya.

“ Sorry , because make you remembered about her . “ Rain memegang bahu adiknya.

Qiu hanya menggelengkan kepala sambil menolak perlahan tangan abangnya yang berada di bahu.

“ Dah la bro. Sekarang dah nak dekat pukul 6. Aku gerak dulu. Mesti papa dah tunggu dekat depan. “ Qiu berlalu meninggalkan Rain sendirian.

Afiq yang memerhati dari tadi terus menerpa ke arah Rain. Di tepuk-tepuk bahu sahabat karibnya itu seperti memberi semangat. Rain hanya tersenyum nipis.

“ Fiq , aku gerak dulu. Jangan lupa kunci gelanggang ni. Bola ni macam biasa , letak dekat almari aku. Bola kesayangan ni. Jangan hilangkan. Hahaha. Apa-apa hal , kau telefon aku. “ Rain bernada gurau sambil memberikan bola keranjang yang digunakan tadi kepada Afiq. Afiq mengambilnya.

“ Okay bro ! beres semua. Nanti kalau ada apa-apa , aku inform dekat kau. “

Rain tersenyum lagi. Bertuah rasanya dapat sahabat sebaik Afiq ini. Tidak pernah mengeluh ataupun mengadu. Thanks kawan. Rain berkata di dalam hati. Selepas memberi salam , Rain terus berlalu pergi.


“ Kau kena kuat bro. “ Afiq berkata dalam nada perlahan. Cukup hanya dia sahaja yang mendengar.  Selepas mengunci gelanggang , Afiq terus menuju ke arah dorm semula memandangkan waktu riadah telah pun tamat.




-BERSAMBUNG-


Sincerely ,
Danisha
20/11/2013

0 Comments:


Post a Comment