![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 18:33 | 0 Cloud(s)Welcome to Danie's Coffee Shop =) Assalamualaikum , BAB 5
“ Kenapa kauorang masuk lambat tadi
? “ Tanya Qiu kepada Dania dan Melissa selepas ustazah melangkah keluar dari
kelas. Dania memandang Qiu. Selepas itu Dania dan Melissa berpandangan.
Kebetulan Melissa duduk di hadapan mejanya.
“
Kenapa ? “ Dania bertanya kepada Qiu balik. Melissa setia mendengar di depan.
Kalau memerlukan pertolongan , dia terus masuk campur.
“ Tak
ada lah. Just nak tanya je. Sebab kauorang yang last masuk lambat. Ingatkan ada
apa-apa yang terjadi tadi. “ Qiu memberikan jawapan. Memang itu pun yang berlegar-legar
di fikiran Qiu. Tadi , Dania yang masuk ke kelas dulu sebelum Melissa. Jadi ,
Qiu berasa risau kalau-kalau ada sesuatu terjadi kepada mereka.
“ Oh.
Tak ada apa-apa yang terjadi. Mel suruh aku temankan dia pergi tandas.
Disebabkan lama dia dekat tandas tu , aku masuk la kelas dulu. Nak inform dekat
ustazah. “ Dalih Dania untuk cuba menutup hal yang sebenarnya terjadi.
Qiu
hanya mengangguk. Tapi dia masih ragu-ragu dengan kenyataan Dania tadi.
“ Kau tak payah risau la. Kitaorang tahu nak
jaga diri. Lagipun tadi , aku takut nak
pergi tandas sorang-sorang . Sebab tu aku ajak Danie temankan. “ Melissa
memberi kata penguat setelah dia perasan yang Qiu ragu-ragu dengan jawapan tadi.
Qiu tergelak.
“ Yela. Yela. Aku bukannya risau.
Cuma worried sahaja. Hahaha. Kauorang kan masih baru dekat sekolah ni. Mel ni
intake pertama. Kau intake yang kedua. Kiranya masih nak kenal-kenal bangunan
sekolah. Tak macam aku. Aku ni dah senior dekat sini. Semua bangunan aku boleh
tau. “ Qiu berseloroh lagi dengan nada bangga.
Dania terkejut. Tak tahu pula
Melissa ni intake pertama. Dia ingatkan Melissa memang dah sekolah sini sejak
dari tingkatan satu. Ish Mel ni ! memang
nak kena. Tak nak bagitahu pun. Siap kau bila dah balik sekolah nanti. Aku buli
kau ! hehehe. Otak jahat Dania mula berfungsi.
“ Kau tak bagitahu aku pun Mel , yang
kau intake pertama ? Tapi tengok daripada gaya kau , kau macam dah senior dekat
sini. “ Kata Dania tidak berpuas hati.
“ Chill la beb. Dah kau tak tanya aku. Aku tak
bagitahu la. Hehehe. Aku cepat serasi dekat kawasan sini. Sebab tu , aku boleh
tahu semua bangunan dekat sekolah ni. Peace yow ! “ Mellisa membuat lambang
peace sambil tergelak.
“ Sengal kau Mel. Hahaha. “ Dania
tergelak.
Qiu yang tadi hanya memerhati ,
mula berkata “ Dah dah. Tak payah nak gaduh dekat tempat aku ni. Anyway , esok
mungkin aku tak datang kot. Sebab aku kena balik rumah harini. “
“ Haa ? Kau tak datang esok , Qiu?
Okay. Nanti aku inform dekat guru kelas. Boleh la aku pinjam kau punya buah
hati ni kan ? “ Tiba-tiba seorang pelajar lelaki mencelah masuk.
Mereka bertiga terus berpaling ke
arah suara itu. Pelajar lelaki itu hanya tersengih. Malu apabila mereka bertiga
pandangnya serentak.
‘ Apalah dia ni. Cakap aku buah
hati Qiu lak. Ni yang panas ni ! ‘ Desis hati Dania.
“ Apa kau ni Wan ? Aku baru nak
lepak dengan Danie esok. Kau ni kacau daun betul la.” Melissa mengadu tidak
puas hati. Dia sudah membuat muncung.
Dania memandang Melissa. Isyarat
untuk memberitahu siapa budak ni ? Tetapi Melissa ni loading. Tak faham. Penat
dia buat isyarat. Pelajar lelaki itu seakan-akan mengerti akan isyarat dia
kepada Melissa. Pelajar lelaki itu terus berkata.
“ Oh hai Danie. Lupa nak perkenalkan.
Nama saya Syazwan. Adam Syazwan. Boleh panggil saya Wan ke Adam ke. Ikut suka
awak la. Tapi budak-budak dalam kelas ni panggil saya ‘Abang Macho’. “ Syazwan
melambaikan tangannya kepada Dania sambil menunjukkan kemachoannya.
“ Ahh kau ! perasan lebih Wan.
Bukan macho mana pun. Abang senior tu lagi macho daripada kau tau. “ Melissa
membuat muka meluat tapi sebenarnya hati dia dah kembang. Melissa sebenarnya
ada menyimpan perasaan dekat Adam Syazwan ni. Cuma dia taknak beritahu je.
Biarlah ia menjadi rahsia. Tetapi , ada seseorang telah dapat menghidu rahsia
Melissa. Dari segi riak muka Melissa , sudah cukup menggambarkan yang Melissa
ini suka dengan Adam Syazwan. Hati Dania menebak.
“ Mana ada perasan. Realiti okay.
Kau pun tadi terpukau tengok kemachoaan aku kan ? Ala mengaku ajelah Mel.
Lagipun aku ni abang macho yang kedua. “
Syazwan sudah mula mahu menyakat Melissa . Dania yang memerhati hanya
tergelak.
“ Dah dah. Satu-satu yang nak buat
kecoh dekat tempat aku ni. Yang kau pun satu Wan. Pantang dengar aku tak datang
sekolah , mulalah nak ambil kesempatan. Jangan barang-barang aku dekat dalam
dorm tu kau kebas sudah. “ Qiu memberi amaran dalam nada bergurau.
“ Hehehe. Sorry bro. Janji tak
ambil barang kau. Tapi aku akan jaga barang kau. “ Syazwan tersengih lagi.
“ Eii , propa seh kau wan ! “
Melissa membuat muka meluat. Syazwan hanya tergelak melihat reaksi Melissa.
“ Sudah kawan-kawanku. Baik
kauorang balik dekat tempat masing-masing. Cikgu Bahasa Melayu kita sudah
masuk. “ kata Qiu yang sudah lama mendiamkan diri dengan nada mengusik.
“ Baiklah Mr. Naqiuddin Hakimi. “
Jawab Melissa dan Syazwan serentak. Selepas Melissa dan Syazwan sudah kembali
ke tempat duduk mereka , Qiu berkata kepada Dania dengan nada perlahan.
“ Esok jaga diri. “ Ringkas. Dania
hanya tersenyum dan mengangguk. Dania terus menumpukan perhatian kepada
pembelajaran . Qiu hanya tersenyum melihat Dania.
‘ Dania , Dania. Kadang-kadang ,
aku tak sampai hati nak permainkan hati kau. Betul kata Rain. Kau sangat naïf.
Innocent. Walaupun aku baru kenal kau harini , tapi aku nampak kelainan dalam
diri kau. Kelainan yang membuatkan aku senang untuk berkawan dengan kau. ‘
desis hati Qiu sambil kembali menumpukan perhatian kearah guru yang mengajar di
depan.
“ Danie, aku minta maaf. “ Qiu
bersuara dalam nada berbisik. Walaupun Qiu berkata perlahan tetapi masih jelas
di pendengaran Dania. Dia memandang Qiu pelik. Mintak maaf ? Untuk apa ?
“ Apa kau cakap Qiu ? “ Dania
bertanya kepadanya.
Qiu hanya menggeleng kepala seraya
tersenyum kecil. Biarlah perkara ini menjadi rahsianya. Yang pasti , fikirannya
bukan 100 peratus tertumpu kepada pelajaran. Mata ke depan tetapi fikiran
menerewang ke arah lain.
-BERSAMBUNG-
Sincerely,
Danisha
20/11/2013
![]() |
0 Comments:
Post a Comment