In My Memory: 60 Second , Hiccup and Love !

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
07:36 | 0 Cloud(s)
60 Second , Hiccup and Love !

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum,


BAB 4


Dania dan Melissa berjalan menuju ke kelas  4 sains 1 , setelah loceng menandakan habis waktu rehat sudah berbunyi. Melissa , seorang gadis yang manja dan gila-gila sama sepertinya. Walaupun Dania baru mengenali Melissa, tapi sekejap sahaja mereka sudah boleh kamcing. Kebetulan pula , mereka satu dorm di asrama. Tak adalah Dania kesunyian nanti. Boleh bergosip dengan Melissa fasal hal sekolah. Otaknya sudah mula merancang apa yang perlu digosipkan. Wah , memang tak tidur malam la aku macam ni ! Hehehe. Dania tersengih sendiri.

“ Chop ! “ Melissa memberhentikan langkahnya dengan mengejut. Dania yang berjalan di belakang terus terlanggar bahu Melissa. Sakit hidungnya sebab terhantuk dekat bahu Melissa.

“ Hadoi , Mel ni pun. Kalau nak brek bagitahu la awal-awal. Sakit hidung aku tahu tak. “ Dania terus mengomel sambil menggosok hidungnya.

“ Shh. Jap jap.  Itu bukan abang senior ke ? “ Melissa bertanya kepadanya.

Abang senior ? Dania terus melihat kearah yang ditunjukkan Melissa. Oh ! Abang senior tadi ke ?

“  Kenapa dengan abang senior tu ? “ Dania memandang Melissa yang dari tadi asyik merenung abang senior tu. Dania menggeleng-gelengkan kepala. Pelik dengan perangai kawannya itu.

“  Hensemnya dia tu wei !! Tak sia-sia kita lalu sini. Dapat juga cuci mata tengok abang hot tu. Apa nama dia ek ? “ Melissa tetap tidak mengalihkan matanya daripada memandang abang senior itu.

“ Shahrin Ikhwan “ . Dania menjawab dengan selamba sambil membetulkan tali kasutnya yang sudah mahu terlerai.

Terus bulat mata Melissa merenung Dania. “ Ap.. Apa dia ? Macam mana kau tahu nama dia Shahrin Ikhwan ? “
“ Laaa , kan tadi cikgu Biologi ada sebut nama dia. Tu la kau. Sibuk sangat tenung abang tu. Sampaikan cikgu ada sebut nama dia pun , kau tak perasan. “ Tali kasutnya siap diikat lalu dia berdiri di sebelah Melissa.

Melissa masih seperti tadi. Memandangnya dengan seribu persoalan. Dia macam tak percaya dengan apa yang Dania kata tadi.

“ Ya ke cikgu ada sebut nama dia ? “

“ Ya la. Takkan aku nak tipu kau pula. Aku ulang balik ek . Naqiuddin Hakimi …  ni , Shahrin Ikhwan nak jumpa awak sekejap. “ Dania mengulang kembali cara cikgu Biologi mereka menyebut nama abang senior itu. Melissa terus ketawa.

“ Hahaha. Apa la kau ni . Ayat tu pun kau nak jadi bahan. Danie Danie. “ Melissa berkata selepas tawanya reda sedikit.

“ Dah kau tak percaya. Aku ulang balik la cara cikgu tu cakap. “ Dania buat-buat merajuk tapi selepas itu turut sama tergelak dengan Melissa.

“ Ehem. “

Serentak itu ,Dania dan Melissa terus terhenti gelak dan memandang gerangan yang berdehem tadi. Berderau darah Dania sekejap. Jantung mula memainkan peranan. 60 saat mereka berpandangan dan dia cuba untuk menahan sedu tapi satu dah terlepas. Ahh spoil ! buat malu je. Melissa sudah memandangnya. Dania terus menutup mulut.

“ Buat apa dekat sini ? Bukan waktu rehat dah habis ke ? “ Tanya Shahrin Ikhwan dengan tegas. Pergh ! garang gila dia ni. Tak padan dengan hensem. Eh, ni yang nak kena reject ni. Amboi Danie. Sempat lagi kau mengutuk abang senior ni ya ?

“ Err, kami…. “ Melissa sudah mula gugup. Dia memandang Dania. Isyarat suruh menolong dia.

Dania memandang Shahrin Ikhwan. Shahrin Ikhwan masih setia menanti jawapan daripada mereka. Sesekali pandangan Dania dan dia berpaut. Dania mula mengarang ayat di kepala. Setelah sedunya berhenti , dia menarik nafas panjang lalu dilepaskan tenang.

“ Err, sorry abang pengawas. Kami memang nak naik ke kelas ni. Tapi tiba-tiba tali kasut saya longgar. Sebab tu berhenti sekejap dekat sini. “ Dania tersengih selepas memberikan jawapan dengan sekali nafas. Lantak sama dia la nak percaya ke tidak. Tapi memang itu pun yang terjadi  selain niat sebenarnya nak memerhatikan abang hot ni. Hehehe

Shahrin Ikhwan memandang mereka berdua. Lama . Seperti dia tengah memikirkan sesuatu. Hai, takkan nak ambil tindakan kot ? Seraya itu Shahrin Ikhwan tersenyum. Senyuman itu cukup membuat Dania dan Melissa tersentak. Ya Allah. Macho gila dia ni. Melissa sudah mencuit Dania sebagai isyarat yang tak lama lagi dia akan pengsan kalau abang hot ni tak berhenti senyum.

“ Sorry sebab tahan kauorang. Abang bukan apa. Sekarang ni ada pelajar suka ponteng kelas. Sebab tu abang kena sentiasa berwaspada. Sorry sekali lagi ya. “ Shahrin Ikhwan meminta maaf sekali lagi.

 Melissa bersuara “ Eh no hal la bang. Kami faham. “ Dania mengangguk setuju dengan kenyataan Melissa.

“ Okay la. Lepas ni jangan nak merayau pula. Terus masuk ke kelas. Abang gerak dulu. Assalamualaikum. “ Shahrin Ikhwan terus berlalu pergi.

Dania dan Melissa menjawab salamnya serentak  sambil  menghantar Shahrin Ikhwan melalui pandangan. Setelah yakin kelibat abang hot itu sudah menghilang , mereka berdua berpandangan. Tidak semena-mena mereka berdua menjerit di situ. Masing-masing teruja.

“ Tak sangka dia tegur kita Danie ! “ Melissa berkata dengan suara perlahan. Takut menganggu kelas lain.

“ Kan kan ? Tapi dia tu garang sangat la. Nasib baik aku ada alasan yang munasabah. Kalau tak sia-sia je kena ambil tindakan. “ Dania menarik nafas lega. Melissa hanya mengangguk setuju.

“ Eh dah la. Jom . Mesti ustazah dah masuk dalam kelas. Dah lebih 5 minit ni kita berdiri dekat sini. “ Dania mengerling jam sekilas.

“ Err Danie, kau pergi kelas dulu boleh tak ? Aku nak pergi tandas la. Tak tahan ni. Bye ! nanti kalau ustazah tanya , kau pandai-pandai la bagi alasan. Hehehe. “ Melissa terus berlalu pergi dengan pantas. Huih , memang tak tahan dah tu.

Dania rasa keseorangan pula. Dah la kelas jauh. Semua kelas form 4 dekat blok belakang. Kurus kau nanti Danie. Tapi tak apa. Boleh dia terokai suasana sekolah ni. Tapi.. kenapa dia rasa macam dia  diperhatikan ? Dania memandang sekeliling. Hmm , mungkin perasaannya je kot. Dia terus berlalu pergi.

Shahrin Ikhwan memerhati secara senyap di sebalik dinding. Dari tadi sebenarnya dia menyaksikan aksi comel  Melissa dan Dania Imani . Dia tersenyum sendiri seraya memegang dadanya.


‘ Rain ,Rain. Kau ni dah banyak kali senyum. Dah lebih had dah ni. Kawal Rain , Kawal. “ desis hatinya. Dia pun berlalu pergi menuju ke kelas.



- BERSAMBUNG-



Sincerely ,
Danisha
17/11/2013

0 Comments:


Post a Comment