![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 07:31 | 0 Cloud(s)Welcome to Danie's Coffee Shop =) Assalamualaikum , seperti biasa , sambungan cerpen. muehehe. Harap kauorang enjoy ^^ BAB 3
“ Woi ! “
Afiq menerjah Shahrin Ikhwan yang
sedang duduk termenung di pondok sekolah. Kebetulan masa itu waktu rehat.
Shahrin Ikhwan kebiasaannya akan menghabiskan masa rehatnya di pondok itu jika
dia tidak ada sebarang tugasan. Itulah salah satu tempat yang boleh Shahrin
Ikhwan mencari sedikit ketenangan selain gelanggang bola keranjang di belakang
sekolah. Pondok sekolah itu berhadapan
dengan taman sains. Sambil menghirup udara segar , sambil menjamu mata
memandang tumbuhan-tumbuhan hijau.
Shahrin Ikhwan tidak berkutik
langsung walaupun diterjah oleh Afiq. Dia hanya mendengus kasar. Kepalanya
sekarang ini sangat serabut dengan perangai adiknya. Dia tidak tahu macam mana
lagi mahu berbaik dengan adiknya. Shahrin Ikhwan melonggarkan sedikit ikatan
tali leher di lehernya dan membuka butang baju yang paling atas. Panas ! ya
panas sangat hatinya sekarang ni !
‘ Ya Allah, Engkau tolonglah
hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah. Engkau lembutkanlah hati adikku itu. ‘
Shahrin Ikhwan berdoa di dalam hati. Dia memejamkan mata untuk mencari
kekuatan.
Afiq yang melihat hanya
menggelengkan kepala. Kesian dia tengok kawan dia yang seorang ni. Susah nak
nampak Shahrin Ikhwan dalam keadaan serabut begini sebab Shahrin Ikhwan memang
cukup dikenali sebagai pelajar contoh yang segak lagi bergaya. Hanya satu
perkara sahaja yang boleh mengubah penampilan dan perwatakannya iaitu tentang
adiknya. Afiq mengambil tempat disebelah Shahrin Ikhwan. Dia menepuk-nepuk bahu
Shahrin Ikhwan.
“ Dah la Rain. Aku tengok kau ni pun dah cukup buat aku
serabut. Aku faham perasaan kau. Kau kena kuat walau apa pun yang teradi. Macam
ni ke yang kau kata gentleman tu ? Dengan rambut yang dah macam apa aku tengok
. Baju kau yang dah tak terurus. Come on man ! forget the past. It won’t come
back. Okay ? Lupakan kisah lama. “ Afiq cuba memberi sedikit semangat kepada
Shahrin Ikhwan.
Shahrin Ikhwan hanya tersenyum
meleret. Susah untuk dia terus melupakan kejadian itu. Dia menarik nafas dan
menghembuskannya dengan tenang. Terus dia mencapai buku lukisan. Dibuka buku
itu dan dilukis segala apa yang terlintas di fikirannya. Beginilah rutin dia
setiap hari kalau berasa dalam keadaan serabut ataupun marah. Dia akan melukis
mengikut naluri hatinya. Tiba-tiba dia melukis mata seseorang. Mata yang bagi
pandangan dia sangat redup. Cantik sekali alis matanya. Dengan bulu mata yang
lentik menambahkan lagi seri mata itu.
‘Cantik’ . Bisik hatinya.
Afiq yang perasan akan lukisan itu
terus tergamam. Fikiran dia mula mencerna sesuatu. Dia bersuara “ Rain ! Kau
lukis mata siapa ni ? “
Shahrin Ikhwan hanya mengangkat
bahu . “ Entah. Mata tu yang terlintas dekat fikiran aku. Jadi aku lukis la.
Cantik pula aku tengok mata tu. “
Afiq merenung lukisan itu lagi.
Soalan demi soalan menerpa mindanya. ‘ Macam aku pernah nampak bentuk mata ni ?
Dekat mana ek ? ‘ . Fikir punya fikir akhirnya dia mendapat jawapannya.
“ Rain ! Kau lukis mata budak baru
dekat kelas adik kau tu la ! Takkan kau tak perasan kot ? “ Afiq menghulurkan
lukisan itu kepada Shahrin Ikhwan. Pantas dia merenung lukisan itu sekali lagi.
Shahrin Ikhwan ternyata terkejut.
“ Ya Allah. Betul la apa yang kau
cakap Fiq. Aduh ! Kenapa pula aku boleh terlukis mata dia ni ? “ Shahrin Ikhwan
menggaru kepala. Tidak semena-mena ada satu perasaan menjalar dirinya. Apa
perasaan ni ? Dia sendiri runsing.
Afiq sudah ingin tergelak melihat
muka Shahrin Ikhwan yang bertukar menjadi merah . ‘Haih , sampai macam tu
sekali penangan budak baru tu dekat kau ya, Rain ‘ . Afiq bermonolog.
“ Ada kumbang sudah jatuh hati sama
bunga yang masih baru berputik la ! hahaha.
Eh Rain , geli aku tengok muka kau yang dah merah ni. Taknak aku mengaku
kawan. Mana hilang macho kau tu haa ?
Tadi pun aku tengok kau dengan dia bukan main lagi bertentang mata. “ Afiq
berseloroh.
“ Kesitu pulak kau pergi Fiq .
Dalam hati aku ni , tiada perkataan CINTA selepas dia. Aku malas la nak fikir
fasal benda ni. Lebih baik aku tumpukan perhatian dekat SPM. Lagipun , tadi aku
tak sengaja pandang dia. Aku toleh dekat meja Qiu , masa tu jugak dia nak
pandang depan. Mana tak aku dengan dia bertembung mata. Lagipun dia pelajar
intake yang kedua. “ Shahrin Ikhwan tergelak kecil apabila teringat kembali.
Afiq hanya tersenyum. ‘ Ya, hati
Shahrin Ikhwan hanya untuk Hanna Syaqilla. Tiada yang lain. Tapi kemungkinan
juga , hati Rain boleh terbuka untuk budak baru tu. Who know’s right ? ‘ Afiq
berkata di dalam hati.
Dia teringat akan Hanna Syaqilla.
Masa itu , Shahrin Ikwan dan dia berada di tingkatan satu. Hanna Syaqilla pula
merupakan pelajar intake yang kedua di dalam kelas mereka. Daripada benci
bertukar menjadi saling menyukai. Afiq menggeleng-gelengkan kepala. Dunia , dunia.
“ Yang kau geleng-geleng kepala ni
kenapa ? “ Tanya Shahrin Ikhwan sambil terus melakar lukisan lain.
“ Tak ada lah. Fikirkan fasal
masalah dunia. Rumit juga percintaan ni kan ? Nasib baik la aku ni single lagi.
“ Afiq membuat muka bangga.
“Apa-apa je la Afiq Iskandar oi ! Tapi kau jangan berlagak sangat. Nanti kau
dulu yang terjatuh di alam percintaan. “
. Shahrin Ikhwan tergelak.
“ Fuyoo ! First time kau sebut nama
penuh aku. Hahaha. Eh, ni Afiq Iskandar bin Shah la. Takkan punya aku nak jatuh
cinta dulu. Anyway , budak baru tu nama dia siapa ? “ Tanya Afiq lagi.
“ Dania Imani. “ Shahrin Ikhwan
hanya menjawab pendek.
“ Dania Imani ? Wah , nama cantik
.. orangnya pun cantik. Padanlah tu. “ Afiq tersengih sambil membayangkan muka
comel Dania Imani.
KRINGG !!!!
“ Eh Fiq , jom lah masuk kelas.
Loceng dah bunyi tu. Lagipun lepas ni kelas addmath. Nanti ‘ bapa mertua ‘ kau marah pula sebab kita
masuk lambat. “ kata Shahrin Ikhwan sambil merapikan dirinya.
“ Hesh kau ni. Bapa mertua pula !
Dengar dek anaknya , tak ke naya aku ? “ Afiq juga turut merapikan dirinya.
“ Biarlah. Lagipun anak dia tu cute
apa. Cantik lagi . Apa nama dia ek ? “
Shahrin Ikhwan cuba mengingati nama anak kepada guru addmathnya , Encik Azhar.
“ Aziani Farisha.. “ jawab Afiq
mendatar.
“ Wah, tau sahaja nama dia Aziani
Farisha kan ? hahaha . Ramai lelaki dekat sini nak pikat dia tau , tapi dia
still pilih kau. Cikgu addmath kita pun suka dekat kau. Kiranya dapat restu la
tu. Hahaha. “ Shahrin Ikhwan makin galak mengetawakan Afiq.
“ Hesh dah la ! malas aku nak layan
kau ni. Aku blah dulu. “ Afiq sudah mula menyampah lalu beredar dari pondok
sekolah itu. Dia turut terbayangkan wajah Aziani Farisha yang bagaikan pauh
dilayang itu.
“ Apalah kau Rain ! Tak habis-habis nak
kenakan aku dengan Aziani Farisha . Tapi , comel jugak budak form 3 ni. Muka
dia nampak naïf je. Arghh ! apa aku fikir ni ? Fokus Afiq ! Fokus ! tumpukan
pada SPM dulu. “ Afiq terus menggelengkan-geleng kepalanya untuk menghilangkan
seraut wajah yang mula menapak di fikirannya.
Shahrin Ikhwan yang melihat gelagat
Afiq , hanya tersenyum dari jauh. ‘ Afiq , Afiq. Mulut kata tidak , tapi hati
kata ya . ‘ desis hati Shahrin Ikhwan. Dia terus beredar dari pondok sekolah
itu. Dia sempat melihat lukisan mata tadi dan tanpa sedar bibirnya menguntum
segaris senyuman.
- BERSAMBUNG -
Sincerely ,
Danisha
17/11/2013
![]() |
0 Comments:
Post a Comment