In My Memory: 60 Second , Hiccup and Love !

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
05:33 | 0 Cloud(s)
60 Second , Hiccup and Love !

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum ,

Seperti biasa. Sambungan cerpen. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah tiada. Ini hanyalah rekaan semata-mata. Enjoy ^^




BAB 2 



                “ Woi woi Rain ! Kau tengok tu. Ada budak baru masuk sekolah kita la. Serius comel gila budak tu. “ Afiq dengan terujanya memberitahu perkara itu kepada Shahrin Ikhwan .

                Shahrin Ikhwan hanya mengendahkan kata-kata kawannya, Afiq . Dia sudah mengerti akan perangai Afiq yang busy body itu. Tidak hairanlah kalau Afiq itu digelar sebagai berita bergerak. Dalam masa satu minit , berita yang hangat akan kedengaran di semua tempat. Haih Afiq. Tak padan dengan lelaki , mulut tak boleh blah . Shahrin Ikhwan hanya menggeleng kepala . Dia lebih khusyuk meneliti nota-nota ringkas yang telah siap diringkaskan oleh dirinya sendiri.

‘Huih pandai juga aku ni rupa-rupanya ek ! Bangga aku baca nota-nota ni balik.’ Shahrin Ikhwan tersengih seorang diri. Tiba-tiba Shahrin Ikhwan teringatkan sesuatu .

“ Wei Rain ! budak baru tu dekat kelas … “ belum sempat Afiq ingin menghabiskan kata-katanya, Shahrin Ikhwan terlebih dahulu mencantas .

“ Fiq , jom ikut aku jap. “ Shahrin Ikhwan bangun dari duduk dan terus berjalan.

“ Rain ! Sabar la. Kau nak pergi mana ni ? “ Afiq termengah-mengah mengejar Shahrin Ikhwan.

“ Aku nak pergi kelas adik aku kejap la.  “

“ Haa ? Kelas adik kau ? Nak buat apa ? Eh, kau jangan cari fasal wei ! “ Afiq sudah mula menggelabah.

Shahrin Ikhwan sudah mula rimas . “ Alaa , nanti kau tahu la. Jangan banyak tanya boleh tak ? “

Terus Afiq mendiamkan diri dan mengekori Shahrin Ikhwan dari belakang . Dia memang seriau kalau dengar Shahrin Ikhwan mengamuk. Dari hensem muka tu terus jadi macam singa la. Tapi dia masih lagi pelik.  Walaupun si Shahrin Ikhwan tu garang nak mampus , tapi tetap ada orang yang minat dekat Rain tu. Hai , untung si Rain. Huhuhu .

Sampai sahaja mereka di kelas adik Shahrin Ikhwan , Afiq sudah mula berseloroh kembali dengan suara perlahan.

“ Rain ! betul la budak baru tu dekat kelas adik kau ! OMG ! She is so damn cute ! “

“ Hadoi Afiq ! Kalau tak teruja , tak boleh ke ? Malu la orang pandang. “ Shahrin Ikhwan menjeling kawannya . Afiq hanya tersengih.

Shahrin Ikhwan berdehem lalu mengetuk pintu kelas adiknya. Selepas cikgu memberi kebenaran untuk masuk , dia pun melangkah ke kelas tersebut. Kelas yang tadinya senyap bertukar riuh apabila Shahrin Ikhwan masuk ke dalam kelas. Semua pelajar perempuan berbisik sesama sendiri.  Aku yang tadinya khusyuk menulis terus berhenti dan memandang sekeliling kelas. Aik asal tetiba bising ni ? Aku terdengar suara pelajar perempuan berbisik .

“ Wei ! Kau tengok abang senior ni. Haih , hensem nya dia ! agak-agak dia dah ada makwe tak ? “

“ Hesh kau ni. Kesitu pula. Mesti la dia dah ada. Kalau dah hensem tu , memang sah la dah ada makwe. Tapi tak tau la kalau belum ada . Kalau belum ada , aku pun nak masuk line . “

Terus kedua-dua pelajar perempuan tersebut ketawa . Aku hanya menggeleng kepala . Malas mahu mengambil tahu. Lebih baik aku sambung balik kerja ni. Takde la tertangguh nanti.

Tiba-tiba cikgu Biologiku memanggil nama Naqiuddin Hakimi . Aku terus memandang kearah Qiu. Eh , Qiu ni tak dengar ke cikgu panggil nama dia ? Disebabkan rasa keprihatinan , aku mengetuk mejanya seraya berbisik.

“ Qiu ! Cikgu panggil kau la. “

Qiu memandang aku kemudian memandang cikgu Biologi di depan. “ Ya cikgu ! “

“ Ni , Shahrin Ikhwan nak jumpa awak sekejap. “ kata cikgu Biologiku.

Qiu hanya mengangguk dan terus bangun meninggalkan meja. Aku terus memandang Shahrin Ikhwan yang disebut-sebut sebagai abang senior itu di depan kelas. Secara tidak sengaja , mata aku dengan abang senior itu terpaut. Dup dap dup dap. Aduh ! kenapalah hatiku ni kerja lebih masa pula hari ini ? Mata abang senior yang bersinar itu cukup membuatkan aku rasa macam nak tersedu.

Haip . Haip . Alamak ! sindrom apa pula yang menyerang aku ni ? Dengan pantas aku mengira  1 hingga 60 sambil tersedu-sedu. Kami masih bertentang mata walaupun kiraan sudah sampai  60. Qiu yang perasan akan situasi aku dan juga abang senior , terus berdehem . Abang senior tersentak begitu juga dengan aku. Aku segera mengalihkan pandangan kearah lain. Malu rasanya apabila sekali lagi tertangkap memandang orang dengan begitu lama.

“ Apa hal kau nak jumpa aku ? “ Soal Qiu tegas.

Shahrin Ikhwan memandang Qiu. “ Ikut aku kejap “

Qiu mengeluh dan terus mengekori langkah abangnya, Shahrin Ikhwan ke luar kelas  4 sains 1.

“Kita kena balik rumah harini. Nenek nak datang. Fasal transport semuanya dah diuruskan termasuklah keizinan untuk bermalam dekat rumah. Aku dah minta izin dekat warden asrama . Balik dari sekolah ni , kau terus packing barang. Aku tunggu kau dekat tempat biasa pukul  5 petang. “

Qiu  hanya mengangguk lemah sambil meraup muka. Qiu berkata didalam hatinya . ‘ Kenapa lah nenek nak kena datang harini ?  Tak fasal-fasal aku kena berlakon baik dengan dia nanti. Arghh ! kusut. ‘
Shahrin Ikhwan seakan-akan mengerti apa yang bermain diminda adiknya . “ Abang tahu yang kau kena berlakon baik dengan abang dan sudah semestinya kau taknak pun kan ? Tapi abang nak minta satu je permintaan. Tolong bagi kerjasama. Kali ni je. Okay ? Abang taknak tengok nenek sakit lagi. Nenek nak sangat tengok kita berbaik balik lepas kejadian tu. “

Qiu tersenyum sinis. “ Pandai kau bodek aku ya ? Tengok la dulu macam mana ? Kalau mood Naqiuddin Hakimi ni okay, aku akan ikut cakap kau. Kalau tak , kau faham-faham je la . “

Shahrin Ikhwan bernafas lega. Dia tahu adiknya akan berlembut hati kalau disebut fasal penyakit  darah tinggi neneknya. Setinggi-tinggi ego adiknya , dia pasti jauh disudut hati adiknya masih terselit kerisauan tentang kesihatan neneknya.

“ Siapa budak perempuan sebelah kau tadi ? “ Shahrin Ikhwan bersuara kembali.

“ Kenapa ? Kau dah jatuh cinta pandang pertama ke ? “ Qiu sekali lagi tersenyum sinis .

“ Nama dia Dania Imani. Mangsa baru aku. “ Kata Qiu lagi dengan bangga.

Shahrin Ikhwan terkejut. Dia menggeleng-geleng kepala. Di dalam hatinya tidak habis-habis berdoa agar adiknya berubah. Kesian dia melihat ramai pelajar perempuan yang dipermainkan perasaannya oleh Naqiuddin Hakimi, adik kandungnya sendiri. Di dalam sekolah itu , hanya yang rapat dengan Shahrin Ikhwan sahaja yang tahu bahawa Qiu adalah adiknya termasuklah cikgu Biologi yang mengajar di kelas adiknya.

“ Qiu, sudah-sudah la tu. Berubah la. Aku kesian tengok budak perempuan tu kalau kau permainkan hati dia. Lagipun dia budak baru kan ? “ Shahrin Ikhwan cuba memberi nasihat.

Qiu mula rimas. “ Dah la wei. Aku malas nak bertekak dengan kau dekat depan kelas ni. Bernanah telinga aku. Aku masuk dulu. Nanti aku jumpa kau dekat tempat biasa “.


Masak sungguh Shahrin Ikhwan dengan perangai adiknya. Pantang mendengar nasihat , mulalah nak melenting. Tetapi, walaupun Qiu seorang yang keras kepala , Qiu masih lagi ada rasa hormat terhadap Shahrin Ikhwan sebagai seorang abang. Shahrin Ikhwan mengeluh lalu berterima kasih dekat cikgu Biologiku sebelum  berlalu meninggalkan kelas 4 sains 1 . 




- BERSAMBUNG -



Sincerely ,
Danisha 
14/11/2013

0 Comments:


Post a Comment