In My Memory: 60 Second , Hiccup and Love !

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
05:25 | 0 Cloud(s)
60 Second , Hiccup and Love !

Welcome to Danie's Cofee Shop =)


Assalamualaikum ,

Cerpen ciptaan pertama aku dan dibantu idea rakan-rakanku. hehe




BAB 1



“ Hai ! Nama saya Dania Imani. Boleh panggil saya Danie untuk singkatan.  Selamat berkenalan. “  Dania memperkenalkan diri .  Tahun ini adalah tahun pertama dia di Sekolah Menengah Berasrama Penuh. Sebenarnya , dia bukanlah budak tingkatan satu tetapi dia budak tingkatan empat. Haa , ni yang susah nak ceritakan ni . Bukan kerelaan dia pun nak masuk sekolah ni. Tapi disebabkan , tawaran ni sungguh memberangsangkan otak , apa lagi dia pun sebat sahaja lah. Kiranya dia ni intake yang kedua .

Walaupun berat hati nak meninggalkan sekolah menengah biasa yang sudah tiga tahun bertakhta di hati , tapi apa boleh buat. Semua sahabat-sahabat sepapat dia dah pindah ke sekolah lain. Kalau dia tak pindah , maknanya dia jadi legend la dekat sekolah tu. Hadoi nasib badan. Keluarga dia pun galakkan dia terima tawaran ni. Orang kata rezeki jangan ditolak.  Hari pertama dia jejakkan kaki dekat sekolah ni , dia rasa seram sejuk pula. Dalam kepala dia menyesal sebab terima tawaran ni. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh berfikiran macam tu . Mungkin , tanggungjawab yang akan dia ambil berganda kot. Yela , dah masuk dekat sini , tak boleh main-main. Kena belajar betul-betul. Tak ada masa nak berfacebook , bertwitter semua tu. Perghh nasib badan lagi.
         
“ Okay Dania . Awak boleh duduk di sebelah Naqiuddin Hakimi.” Dia memandang tempat yang ditunjukkan guru Biologinya. 

‘Aik , aku duduk sebelah lelaki ke ? Takkan tak ada tempat kosong yang lain kot ?’ Desis hatinya.

Dia memandang sekeliling kelas. Hmm patut la , semuanya dah penuh . Situ sahaja yang kosong. Apa boleh buat . Dia menundukkan sedikit kepala kepada cikgu sebagai tanda hormat sebelum mengucapkan terima kasih . Dia masih ingat lagi pesan guru-guru tingkatan tiga dia yang dulu . Dimana pun kita berada , hormat-menghormati sesama kita amat dititikberatkan. Baiklah cikgu , pesanan cikgu akan saya ingat . Desis hatinya lagi.

                Dia berjalan menuju ke tempat duduk yang telah ditetapkan. Dari tadi dia perasan budak yang bernama Naqiuddin Hakimi ni macam tak ambil kisah dengan apa yang terjadi dekat dalam kelas  4 sains 1 . Sibuk sangat dia tengok budak ni. Asyik-asyik menunduk pandang bawah meja. Pandang depan sekejap-sekejap sahaja. Sampaikan dia yang dah duduk sebelah pun budak ni masih tak perasan lagi . Dia mula syak lain. Ni mesti sorokkan telefon bimbit bawah meja . Tapi takkan la budak ni nak bawa telefon bimbit kot ?

Dania Imani berdehem perlahan . Budak itu terkejut dan cepat-cepat menyorokkan kertas dibawah meja. Aik kertas ? Ingatkan telefon bimbit. Pantang dia kalau ada yang bawa telefon bimbit ni. Hai Danie , tau la kau tu bekas pengawas. Tak payah nak tunjuk veto kau dekat sekolah baru. Choyy ! Budak itu terus berpaling muka memandang Dania Imani. Tidak fasal-fasal mata mereka terpaut . Alamak ! ni yang dia lemah ni. Tanpa sedar dia mengira di dalam hati . 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 …

60 saat berlalu . Danie ! sedarkan diri kau. Ada satu suara bagaikan berbisik di telinganya. Dia pantas berdehem sekali lagi dan berkata 

“ Err , hai  . “

Dia menudukkan kepala sebagai tanda hormat dan terus memandang ke depan. Nasib baik la tempat duduk dia ni yang paling belakang di dalam kelas. Kalau tak , malu dia sebab pandang budak ni selama 60 saat. 60 saat ? lama tu . Danie Danie . Tolong sedarkan diri kau okay. Ingat prinsip kau apa. Jangan jatuh cinta lagi. Mulakan buku baru. Ingat tu Danie!

Kira sampai 60 memang merupakan tabiat dia kalau terpandang lelaki hensem. Sebab dia mempunyai teori sendiri. Iaitu kalau lebih 60 saat , seseorang lelaki itu akan dikira sebagai ‘crush’. Tapi hakikatnya , mana ada teori macam tu. Dia suka-suka reka. Tapi sindrom ini jarang berlaku kepada dirinya. Kadang-kadang sahaja dan sindrom ini akhirnya berlaku pada awal tahun ini dan mangsa pertama sindrom ini adalah budak yang duduk dekat sebelah dia ni. Selamat datang kembali sindrom !
               
 Dia dapat merasakan yang budak tu masih lagi memandangnya . Dia pula yang berasa tidak selesa. Hesy budak ni ! cepuk karang baru tau. Dah dah la tu pandang. Dania Imani menoleh kearahnya .
               
 “ Anything else ? “
Budak itu yang bagaikan tersedar , cepat-cepat membetulkan posisi duduknya . Dia menoleh sekali lagi kearah Dania Imani dan tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Dania terkesima seketika.
               
 “ Hai. Nama saya Naqiuddin Hakimi. Boleh panggil saya Qiu for short“ .
               
Dia menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan . Dania hanya tersenyum seraya mengangguk . Seakan-akan memahami dia menarik tangannya semula dan termalu sendiri .
               
 “ Oh , sorry . My mistake. Anyway , second intake ? “ .
               
Dania tersenyum . “ It’s okay and yeah saya intake yang kedua “.
               
Qiu mengangguk . “ So , what should I call you since you will be my partner in this class ? “.
               
Dania pelik. Qiu ni dari tadi tak habis-habis berspeaking. Tak berbelit ke lidah tu ? Dania cuba memaniskan muka  “ Boleh panggil saya Danie. Shortname of Dania Imani “.

Qiu mengangguk-anggukkan kepala . “ Dania Imani ? Beautiful . Anyway nice to meet you Danie “. Sambungnya lagi sambil tersenyum. Haih , lama-lama tegang urat pipi aku ni sebab kena balas senyuman dia je. Dania mengomel di dalam hati seraya memberikan senyum seikhlas yang mungkin.

“ Thanks and nice to meet you too Qiu. “

Tiba-tiba cikgu Biologinya memanggil namanya dan juga nama Qiu. Tersentak sekejap.

“ Dania Imani dan Naqiuddin Hakimi. Sudah-sudah la tu berborak. Dari tadi saya perhatikan awak berdua ni tak habis-habis bercerita. Dah mula jatuh cinta ke Hakimi oi ? “
Satu kelas sudah bersorak . Haih malu woi ! Pipi Dania sudah mula terasa panas. Hari pertama dah kusut dengan kejadian tadi . Malu yang teramat.

“ Dah dah. Fokus. Jangan nak bising lagi. Awak semua dah dapat buku teks kan ? Sekarang buka buku teks Biologi muka surat pertama. “ Cikgu Biologinya memberi arahan. Semua murid patuh akan arahan tersebut.

Dania dan Qiu berpandangan sesama sendiri. Tak sampai satu saat , mereka tergelak kecil. Lucu dan malu dengan kejadian tadi. Qiu bersuara “ Well , rasa unik pula pertemuan kita ni kan. Harap awak sudi berkawan dengan saya. “

Dania tersengih  “ Mestilah sudi. Anyway , kita bahasakan diri kita kau-aku nak ? rasa akward pula panggil awak-saya ni. Sorry “ .

Qiu tersenyum dan mengangguk  “ Tak apa. Aku faham Mestilah boleh. Aku pun rasa akward sebenarnya. Anyway , friends ? “  

Qiu membuat lambang peace. Dania tergelak kecil .

‘Comel’  desis hatinya.

Dania pun membuat lambang peace  “ Friends “.

“ Dania Imani dan Naqiuddin Hakimi… “


Suara cikgu Biologinya mula meleret menandakan yang tahap kemarahannya bila-bila masa sahaja akan meletus.  Dania dan Qiu cepat-cepat mengeluarkan buku Biologi dan kembali menumpukan perhatian.  Hati perempuan Dania berbisik ‘ Haih hensem pula aku tengok si Qiu ni. Nasib baik iman aku kuat. Kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau budak . Muka dah la ala-ala jambu gitu. Macam orang Korea pula dengan mata sepet dia tu. Haih tersangatlah comel. ‘ Dania tersengih seorang diri.





- BERSAMBUNG-




Sincerely ,
Danisha

14/11/2013

0 Comments:


Post a Comment