In My Memory: Cerpen : Cinta 60 saat / 60 Second Love

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
18:14 | 0 Cloud(s)
Cerpen : Cinta 60 saat / 60 Second Love

Welcome to Danie's Coffee Shop =)

Assalamualaikum ,

My first cerpen. Hope enjoy :D

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Hmm , dah cukup la ni barang yang aku nak beli. Sekarang cuma nak bayar je. Hehehe . “ Aku tersengih seorang diri. Aku menggunakan semua tenaga untuk menolak troli yang sarat dengan barang-barang. Mataku meliar mencari kaunter yang kosong.
Haa ! ada pun kaunter kosong . Aku terus menolak troli ke kaunter itu. Sedang aku tekun mengeluarkan segala barang yang hendak dibayar , aku terpandang akan seorang lelaki dan seorang perempuan di hadapan kaunter.
Bergaduh apa ? Aku tengok muka lelaki tu takde senyum langsung. Masam je. Tiba-tiba lelaki itu memandang aku dan tanpa sedar aku pun membalas pandangannya. Namun secepat mungkin , Aku terus mengalihkan pandangan aku. Kembali fokus kepada pembayaran. Nasib baik hensem , boleh cuci mata sikit.
Saat kakiku baru setapak dua melangkah keluar dari kaunter , lenganku direntap dengan begitu kuat. Tanpa diarah , cepat sahaja aku melihat siapa yang merentap lenganku. Laa ! Lelaki tadi ke ? Dah kenapa nak pegang-pegang lengan aku ? Sesuka hati dia je ! Nasib baik berlapik dengan kardigan , kalau tak.. mau aku lesing ini orang.
Aku cuba untuk merentap balik lenganku tetapi tidak berjaya. Lelaki itu semakin menguatkan pegangannya. Lengan aku sudah mula terasa kebas. Baru sahaja aku ingin membuka mulut , aku sudah pun diberikan amaran.
“ Jangan kau berani nak lepaskan pegangan aku dari lengan kau ! “ Lelaki itu berbisik ditelingaku. Tegas suaranya.  Aku mencerlung tajam memandangnya. Mukaku sudah mula terasa panas.
“ Woi mangkuk ! Lengan aku dah sakit la ! “ Aku membisik kembali dengan geram. Lelaki itu bagaikan tersedar. Dia terus melonggarkan sedikit pegangannya.
“ Aiman Iskandar ! Siapa ni ? Kenapa you pegang lengan dia ? “ Perempuan yang bersama lelaki ini sudah mula menjerit nyaring. Semua orang sudah mula memandang kearah kami. Malu dan hadoi ! Pedih telinga aku dengar suara minah ni. Agak-agak la kalau nak menjerit cik kak oi ! Sebelah tanganku sudah mula memegang telinga.
“ Kirana ! Now I want you to stop following me sebab I dah kahwin !  And please jangan ganggu lagi hidup I. I rimas ! Oh yah , let me introduce you. This is my wife ! “ Kata-kata lelaki itu cukup membuat aku tersentak. Aiman Iskandar ? Hello ! Aku tak kenal pun siapa lelaki ni okay ! What the heck tiba-tiba dia kata aku wife dia ? I’m still single lagi la !
“ What ?! Wife ?! No ! Ini semua tak betul ! You tipu ! You belum kahwin lagi ! “ Kirana menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya.
“ Well ,suka hati you nak percaya ke tidak. But that’s the true ! I’m married and she is my wife. “ Aiman Iskandar  tersenyum sinis kepada Kirana.
“ Sampai hati you kan ! Ergh ! I really hate you ! “ Kirana sudah berlari dengan juraian air mata. Kecewa dengan Aiman.  Walaupun Kirana sudah berlalu pergi , pegangan tangan lelaki ini masih kemas di lenganku.
“ Now , let go of my hand ! “ Aku terus merentap kasar lengan aku. Dengan perasaan marah , aku terus pergi dari situ.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebulan sudah berlalu. Kejadian itu terlampau pantas. Aku sendiri susah mahu mentafsir. Kenapa aku yang perlu jadi mangsa orang yang bernama Aiman Iskandar ? Aku kenal dengan dia pun tak ! Wife ? Ridicilous ! Aku memerhati kawasan sekeliling taman yang mempunyai tasik ini . Pantas tanganku mengeluarkan buku lukisan dan melukis apa yang terlintas diminda. Satu-satu lukisan aku lukis tanpa henti.
“ Ehem ! “
Aku terkejut. Hampir terjatuh pensil aku daripada genggaman. Aku terus memandang kedepan. Saat itu , aku rasa bagai terkena kejutan elektrik. Muka aku sudah mula pucat. Kaku seketika apabila terpandangkan wajah lelaki yang sedang tersenyum manis melihat aku. Aiman Iskandar ! Namanya bergema didalam hatiku.
Aku cepat-cepat mengemas peralatan lukisan aku. Berura-ura ingin meninggalkan tempat itu. Badan aku menggigil kesejukan. Aku menggelabah. Hampir-hampir sahaja aku tersungkur jatuh kerana kakiku tersadung di kaki meja. Tapi satu tangan cepat menyambar lenganku.
“ Hey , hati-hati la.” Aiman mula bersuara. Mukanya jelas terpancar riak kerisauan. Aku memandangnya dengan mata yang berkaca.  Terus aku menarik lenganku dengan kasar dan berjalan meninggalkan meja itu. Didalam fikiranku ada satu perkara sahaja. Aku ingin lari daripada Aiman.
Aku terus bersandar keletihan didalam kereta. Air mata yang mula menitis , aku menyeka kasar. Kenapalah air mata ni nak keluar ? Argh ! Kata-kata keramatnya yang dulu bagai terngiang-ngiang di minda. Aku cuba bernafas dengan tenang. Tanpa membuang masa , aku terus menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju meninggalkan taman itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Woi dik ! “ Abangku , Syakir menerjah aku dari belakang. Aku terkejut.Nasib baik aku tak terjatuh dari buaian. Syakir sudah mengkekek ketawa. Seronok mengenakan aku. Dia terus mengambil tempat disebelah aku.
“ Jauh termenung dik. Dah sampai mana ? London ? Korea ? “ Syakir mengusik aku lagi.
“ Hish abang ni ! Mana ada adik termenung !  Tu , adik tengok si Kimo dengan si Shiro. “ Aku menunjuk kearah dua ekor kucing aku yang sedang berkejaran antara satu sama lain. Syakir tergelak sekali lagi. Aku menjeling geram. Boleh pulak dia gelak !
“ Boleh percaya ke ni ? Gaya macam putus cinta je ? Cer share dengan abang. Kot-kot abang boleh tolong ke kan. “ Syakir memberikan pendapat.
“ Putus cinta amendenya ? Adik bercinta pun tak. Tapi kan , adik rasa macam tak percaya lak yang abang nak tolong adik. Nak kata abang ni doctor love.. tak jugak. Sebab kalau abang bergaduh dengan makwe abang , adik yang tolong selesaikan. “ Aku menjongketkan kening.
Syakir sudah mencebik. “ Ceh , berlagak ! Tahu la abang ni bukannya pakar cinta kan. Abang ni hanyalah seorang lelaki yang lemah yang hanya ingin menolong adiknya yang sedang termenung jauh sampai ke planet Pluto. “ Syakir sudah mula membuat mimik muka sedih.
Giliran aku pula mencebik. “ Merajuk la tu ! Tak habis-habis nak sedih ! Nampak dek makwe abang , tak ke abang malu sebulan. Yela , yela ! Sorry ! Nanti kalau adik ada masalah , adik cerita dekat abang okay. “ Aku memberi senyuman yang paling manis.
Syakir hanya tergelak. Aku sudah pun mengangkat kaki masuk ke dalam rumah. Ingin menolong mama aku yang sedang menyiapkan barang memasak di dapur. Tidak lama kemudian , kedengaran orang memberi salam. Mama aku sudah pun berlalu ke depan. Aku masih duduk di dapur. Malas ingin melihat siapa yang datang.
“ Adik ! Tolong buatkan air sekejap. Kawan abang datang ni. “ Mamaku sudah memberi arahan. Aku hanya menurut tanpa membantah. Selepas air sudah siap aku bancuh , aku menyarungkan tudung di kepala dan terus membawa air itu ke ruang tamu. Syakir sedang seronok berborak dengan kawannya. Tanpa menghiraukan mereka , aku terus menuangkan air ke dalam cawan.
“ Haa , ni perkenalkan  . Adik aku yang paling poyo didunia . Aku panggil dia Esy . “ Aku menjeling geram kepada Syakir. Ada ke kata aku ni poyo ? Cubalah perkenalkan aku dengan elok sikit.
Aku terus memandang kearah kawan Syakir dengan senyuman. Tapi  senyuman aku terus mati. Hati aku kembali berdebar dengan laju. Tidak kurang juga dengan kawan Syakir. Tawanya terhenti tatkala terpandangkan wajahku. Kami masing-masing senyap.
“ Apa kau buat dekat sini ? Baik kau keluar sekarang. “ Ayat pertama terpacul daripada mulut aku.
“ Aku buat apa dekat sini ? Hello ! aku kawan abang kau la . So I’m your guest ! “ Aiman berkata dengan geram. Mungkin geram dengan aku yang ingin menghalaunya.
Syakir yang melihat akan pertengkaran kecil diantara aku dengan Aiman terus mencelah. “ Whoah , whoah ! Korang ni dah kenal each other ke ? “
“ No ! “
“ Yes ! “
Jawapan serentak daripada kami berdua , cukup membuat Syakir pening kepala. Aku kata ‘No’ , Aiman pula kata ‘Yes’. Yes ! Memang kami pernah berjumpa. Tapi secara kebetulan ! Dan kebetulan itu sangat menyakitkan hati aku ! Bukannya secara formal. So , my answer is No ! Sudahnya , aku beredar ke dapur dengan perasaan sebal.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Telefon yang berdering mengganggu tidurku yang lena. Hish , siapa lak le yang telefon aku ni ? Aku menjeling sekilas jam di meja solek. Pukul  1 pagi ? Gila ! Aku terus menjawab panggilan itu dengan kasar.
“ Hello ! Nak apa ? “
“ Whoah. Relak la. Kenapa nak marah-marah ni , isteriku ? “ Suara orang disana berkata dengan lembut. Berbulu telinga aku mendengar. Isteriku ? Hadoi , lelaki mana lah yang sesat telefon nombor aku ni ?
“ Aku rasa kau dah salah nombor la. Ini bukan isteri kau ! Bye ! “ Baru aku ingin mahu menekan punat off , orang disana sudah menghalang.
“ Eh , eh. Janganlah matikan fon tu dulu , Qaisarah Dania. “
Wait ! Qaisarah Dania ? Itu nama aku ! Macam mana dia tahu nama sebenar aku ? Setahu aku , aku tak pernah pun bongkarkan nama sebenar aku. Nama ‘ Esy ‘ sahajalah yang aku guna jika ada orang tanya apa nama aku.
“ Siapa kau ? “ Suara aku sudah mula mengendur. Berhati-hati.
“ Laa , janganlah takut. Cuba teka siapa. “ Orang disana berkata. Aku kenal dia ke ? Siapa ? Aku berfikir sejenak. Cuba mengingat kembali suara itu. Hampir sahaja telefonku terlepas dari genggaman setelah aku berjaya mengingati suara itu.
“ Aiman Iskandar ! “ Aku menjerit sedikit kuat.
“ Woi ! Pekak telinga aku la !  Janganlah menjerit. Ya , ya . Aku Aiman Iskandar. Kenal pun kau kan. Mestilah kenal. Aku kan suami kau. “ Aiman ketawa. Sengaja dia menguatkan sedikit suaranya apabila menyebut suami. Aku pula yang rasa geram.
“ Hello ! Aku kenal kau ke , Mr. Aiman Iskandar ? Suami amendenya kalau hakikatnya itu semua adalah pembohongan !“ Aku berkata sinis.
“ Pembohongan ? Naa , I don’t think so sayang. Maybe it would be real. “ Aiman juga membalas sinis. Entah kenapa , ayat Aiman itu macam memberi aku harapan palsu.
“ Don’t call me sayang and it would not be happen! Mana kau dapat nombor aku ?! “ Tanyaku lagi dengan tegas.
“ Kau rasa ? “ Aiman mengusik. ‘Kau rasa’ ek ? Syakir !
“ Syakir ke yang bagi ? “ Aku bertanya lagi.
“ Haa , pandai pun. Ingatkan , loa……ding. “ Aiman ketawa sinis.
“ Kenapa telefon aku ni ? “ Aku sudah malas ingin berbalah kata dengan Aiman. Keras kepala betul. Dia je yang nak menang.
“ Suka hati aku la. Kredit aku yang bayar. Bukannya kau. “
Hish ! Loyar buruk pula lelaki ni ! Nasib baik bercakap melalui telefon. Kalau ada depan mata , mau aku baling dengan kasut.
“ Okay lah bye ! “ Aku terus menutup telefon. Aku menyambung tidurku kembali. Tetapi , mata ni taknak lelap pula. Masih terngiang-ngiang dekat telinga aku suara Aiman. Boleh gila aku macam ni ! Tepat pukul 3 pagi , barulah aku berjaya melelapkan mata.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Abang ! Kenapa abang suka-suka bagi nombor adik dekat orang lain ? “ Aku sudah mula menyinga dibilik Syakir. Syakir pelik.
“ Abang bagi nombor adik dekat siapa ? “
“ Dekat Aiman Iskandar la ! Buat-buat tak tahu pula ! “ Aku menyindir geram.
“ Laa , Is ke ? Adik jangan salahkan abang. Dia yang paksa abang. Katanya adik ni makwe dia. Oh , adik senyap-senyap bercinta dengan dia ek. Hari tu kata tak pernah bercinta. “ Syakir mula berjauh hati. 
What ?! Makwe ?! Haritu wife , ni makwe ?!
“ Abang percaya dia ke ? For you info abang, adik kenal dia pun tak ! Ni kan pula nak bercinta ? Jauh sekali bang ! “ Aku bertegas.
“ Ya ke tak pernah kenal dia ? Haritu masa Is datang rumah , dia kata dia pernah jumpa dengan adik. “ Syakir sudah mula berteka-teki.
“ Erghh ! Okay fine ! Memang adik pernah jumpa dia. But itu semua just kebetulan je !  Adik tak pernah kenal dia and adik taknak kenal dia ! Never ! “ Aku sudah mula rimas.
“ Oh really ? Jadi dia tak tahu la yang adik ni adik bang ? “ Syakir bertanya kepada aku. Aku hanya menggeleng kepala laju.
“ Hmm , well … “ Kata-kata Syakir terhenti apabila telefon miliknya berdering. Dia terus menjawab panggilan itu. Lama dia bercakap didalam talian.
“ Okay bye. Waalaikummussalam.“ Syakir mematikan talian. Dia terus memandang aku.
“ Kenapa pandang adik ? “ Aku sudah mula berasa pelik.
“ Is nak ajak adik pergi jalan. Dia dalam perjalanan nak ke rumah ni.“ Ringkas sahaja ayat yang terpacul daripada mulut Syakir. Tapi , bagaikan kejutan elektrik untuk aku.
“ What ?! Abang setuju ke ?! “ Aku separa menjerit. Pucat sudah muka aku. Hampir sahaja aku ingin memukul Syakir  saat Syakir menganggukkan kepala.
“ Senangnya abang bagi izin ! Kalau dia apa-apa kan adik macam mana ? “ Aku sudah rasa ingin menangis.
“ Alaa dik. Relak la. Abang ikut sekali la nanti. Takut sangat. Dah sekarang ni , abang nak adik pergi bersiap. Ini satu arahan. Jangan nak membantah. “ Syakir sudah pun menolak aku masuk ke bilikku. Dengan keadaan terpaksa aku terus bersiap ala kadar. Malas ingin bersiap cantik-cantik. Aku terus membuntuti abangku masuk kedalam kereta milik lelaki yang bernama Aiman Iskandar.
Sejak pertemuan formal antara aku dan Aiman itulah , dia semakin berani meminta izin daripada keluargaku untuk mengajak aku keluar. Bukannya keluar mana pun , keluar pergi taman. Taman yang pertama kali aku berjumpanya semula selepas sebulan.
Syakir pula akan memaksa aku untuk ikut Aiman keluar jika aku membantah. Apa cer ni ? Sepatutnya dia menangkan adik dia , bukannya menangkan kawan dia. Pilih kasih betul ! Tapi , tak dapat dinafikan sikap Aiman membuatkan ada satu perasaan timbul untuknya. Cinta ke ?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Woi ! “ Aiman menerjah aku dari belakang.
“ Oh mak eh ! “ Aku melatah. Terkejut dengan terjahan Aiman.
“ Fuyoo , kau melatah ke ? “ Aiman bagaikan teruja. Dia terus mengambil tempat didepan mejaku.
 “ Tak lah , aku berpantun !“ Aku memberi jawapan sinis sambil mencebik. Buat-buat tak tahu pula !
“ Hehehe , aku gurau je. Tak payahlah ambil serius sangat. Syakir mana ? “ Aiman bertanya sambil sesekali matanya memandang kearah tasik di sebelah kanannya.
“ Mana lagi ? Pergi jogging la. “ Aku menjawab acuh tak acuh. Keadaan kembali sepi.
“ Hmm , Esy !  kau nak tahu something tak ? “ Tutur Aiman memecahkan kesunyian.
 “ Ada satu hari tu kan , aku tengah berjogging dekat taman ni. Tiba-tiba , dari jauh aku terpandangkan seorang gadis yang sedang khusyuk menconteng sesuatu dekat atas kertas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Masa aku pandang gadis itu , hati aku tiba-tiba berdebar laju. Wajahnya polos. Comel. Aku mula jatuh suka dekat dia. “ Aiman memulakan ceritanya. Aku yang mendengar hanya mengangguk-anggukkan kepala. Bukannya aku fokus dengar cerita dia pun.
“ Then ? “ Aku bertanya lagi.
“ Lepas tu , aku terfikir tau. Muka dia ni macam aku pernah nampak pula. Aku sedaya upaya cuba ingat balik dekat mana aku pernah nampak muka dia. Oh , rupanya dia cinta 60 saat aku. Patut la hati aku berdebar.  Dengan beraninya aku datang dan duduk dekat depan meja dia. Macam sekarang ni la. “ Aiman masih setia bercerita. Aku sudah menjongketkan kening.
“ Macam kau duduk depan aku sekarang ni ke ? Wah , berani kau. Then ? “ Aku masih leka memerhati keadaan sekeliling.
“ Aku rasa dia tak perasan tau aku duduk dekat depan dia . Lama juga la aku kena tunggu dia pandang aku. Tapi ,takdelah lama sangat. Ada dalam 60 saat. “ Aiman cuba mengingati masa.
“ 60 saat lagi ? Sempat lagikan kau tengok jam kau. Tapi ,60 saat tu bukan 1 minit ke ? “ Aku mengusik Aiman.
“ Memang la 1 minit. Tapi aku lebih selesa guna 60 saat. 60 saat kan unik didengar. “ Aiman menjulingkan matanya tanda geram.
“ Okay , okay . Aku kalah. Then ? “ Aku memandangnya. Kali ni aku ingin fokus kepada ceritanya. Best pula dengar.
“ Kau ni. Tak habis-habis ‘Then’ ,’Then’. Takde perkataan lain ke ? Lepas aku berdehem , baru dia pandang aku. Itu pun muka dia pucat semacam je. Dia kaku tengok aku. Yela. Dah sebulan aku lost contact dengan dia , tiba-tiba aku boleh terserempak dengan dia dekat taman ni. Mana tak kena elektrik shock.“ Aiman memandang aku juga. Dari mimik mukanya , dia seperti mengharapkan sesuatu daripada aku. Bila melihat aku diam , Aiman menyambung lagi ceritanya.
“ Dia kelam kabut kemaskan peralatan lukisan sampaikan dia hampir terjatuh masa nak tinggalkan meja. Nasib baik aku sempat tangkap lengan dia. Masa aku pegang lengan dia tu , dia pandang aku. Aku perasan mata dia berkaca. Macam dia nak nangis. Aku tergamam. Dia terus tarik dengan kasar lengan dia , dan berlari tinggalkan aku. “ Aiman mula bernada perlahan. Aku menopang dagu. Gaya berfikir.
“ Eh chop ! Aku rasa situasi kau ni familiar la. Bagaimana , bila , dan dimana kau terjumpa minah tu ? “ Aku bertanya. Aku mula berasa tidak selesa. Segera aku membetulkan posisi duduk. Situasi ni macam …….
“  First time aku jumpa dengan dia dekat Mall. Masa tu , dia tengah bayar barang-barang dia dekat kaunter. Aku pula tengah ada problem dengan ex girlfriend aku. Dia pandang aku. Mungkin pelik kot bergaduh depan kaunter. Sebelum dia pandang aku lagi sebenarnya, aku dah ternampak dia. Ada satu debaran yang terhasil dekat hati aku ni. Bila time dia pandang aku , aku terus jatuh cinta selepas 60 saat. Sebab tu aku kata dia cinta 60 saat aku.Pelik kan ? “
“ Lepas dia keluar dari kaunter , aku terus pegang lengan dia. Aku perkenalkan dia sebagai wife aku dekat ex-girlfriend aku. Dia marah aku. Sejak tu , aku tak pernah terserempak dengan dia dah. Tak tahu kenapa , tapi wajah dia sentiasa ada dekat mana-mana. Mungkin aku angau kot. Sehinggalah , pertemuan tak dijangka kali ketiga aku dekat rumah dia. Aku tak tahu pula yang dia tu , adik kawan aku. Bila difikir-fikir balik , dah 3 kali aku jumpa dia. Aku tak tahu apa maksud tu. Mungkin kebetulan atau mungkin ketentuan. “ Aiman menarik nafas panjang.
Mataku sudah mula berkaca. Tangan aku sudah menggigil. Aku taknak mendengar lagi cerita dia. Tapi , telinga aku ni memaksa aku untuk mendengar cerita dia. Gila ! Ini memang situasi aku ! Argh ! Kenapa sekarang ?!
“ Start dari pertemuan kali ketiga tidak dijangka antara aku dengan dia tu la , aku makin yakin dengan perasaan aku. Aku memang sayang and suka dekat dia. Perangai gila-gila dia buat aku rasa senang dengan dia. Memang tak percaya juga pertemuan 60 saat mampu memberi aku debaran.  So , memandangkan yang dia tu ada dekat depan aku sekarang ni, aku just nak kata yang , I Love Her. Really , really love her . Boleh tak kalau aku nak ajak dia kahwin ? For real this time. “ Aiman berkata dengan begitu yakin sambil tersenyum kearah aku.
Tanpa sedar , air mata aku menitis satu persatu. Aku terus meninggalkan tempat itu dengan bermacam-macam perasaan dan meluru kearah parking kereta. Nasib baik bawa dua kereta masa datang dekat taman ni. Aku terus masuk ke dalam kereta Syakir , dan meluncur laju. Syakir yang baru sampai di meja tempat kami duduk , terpinga-pinga apabila ternampak aku yang berlari dengan air mata.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selama lima bulan , aku membawa diri jauh dari Aiman. Hanya keluargaku sahaja yang tahu di mana keberadaan aku , kecuali Syakir. Aku tak mahu bagitahu Syakir dimana aku sekarang. Sebab aku tahu , mesti Syakir akan memberikan maklumat tentang aku kepada Aiman. Bukan boleh percaya Syakir tu !
Kata-kata Aiman tempoh hari , buat aku makin pelik. Dia lamar aku ke?  Aku menarik nafas dan hembuskannya lembut. Sedikit ketenangan aku peroleh di Cameron Highland ini. Tapi setenang mana pun aku , bayangan Aiman tetap ada dimana-mana. Baru aku tersedar , dalam diam sebenarnya aku pun jatuh cinta dekat Aiman. Tapi aku menafikan perasaan itu.
Mama ada cakap, Aiman tak henti-henti bertanya tentang aku. Sampaikan mama tak sampai hati nak berahsia. Aiman juga sudah memberitahu keluargaku tentang perasaannya terhadap aku. Tapi aku buat tak endah sahaja. Tanpa membuang masa , jariku terus mendail nombor mama. Ingin bertanya khabar.
“ Assalamualaikum mama. Mama sihat ? Best ma dekat Cameron Highlands ni. Nanti kita pergi bercuti dekat sini tau. Esok adik nak pergi ladang teh Boh. Anyway , Aiman macam mana ? “ Aku bertanya soal Aiman pula. Risau dengan keadaan lelaki itu. Tetapi hampa , talian terputus selepas itu. Aku tidak syak apa-apa apabila talian dimatikan. Mungkin line memang teruk kot.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku berjalan di ladang teh sambil memandang telefon bimbit.  Masuk kali ni dah 9 kali Aiman call. Kenapalah dia ni nak call aku banyak kali ? Dah aku taknak jawab , dah la ! Tak payah la nak call lagi ! Kali ke-10 , baru aku mengangkat panggilannya. Aku lebih selesa berdiam.
“ Kenapa aku call tak jawab ?! Kau tau tak , aku risau bila dengar kau pergi bawa diri ! Kau buat aku rasa serba salah sangat ! Aku tanya mak ayah kau , dorang kata kau tak bagi beritahu aku. Kenapa ? Kau anggap aku stranger ke ? “ Aiman bertanya dengan nada tegas.
Aku hanya mendengar tanpa perasaan. Yes ! You are stranger ! Stranger jahat yang dah ambil hati aku ! Aku tak kenal kau ! Tiba-tiba kau muncul ! Selama 60 saat ! Hish la kau Aiman Iskandar !
“ Look Esy ! I know you still shock ! But I really meant it ! Trust me ! I really want you to be my wife ! “ Aiman masih tidak mahu mengalah. Aku tersenyum sinis.
“ How can I trust you Aiman Iskandar ? Dalam masa 60 saat , kau boleh jatuh cinta dekat aku ? So ridiculous ! Don’t give me a fake hope ! “ Aku cuba menahan getaran suara. Mataku mula berkaca.
“ It is not fake Esy ! It’s real ! Kalau dah jodoh , tak kemana. Memang aku mengaku , tak pernah dibuat dek orang tetiba jatuh cinta selepas 60 saat. Tapi , itu terjadi kepada aku. “ Aiman mula mengendurkan suaranya. Aku diam. Air mata mula menitis. Perlu ke aku percaya ?
“ Qaisarah Dania. For the second time , will you marry me ? “ Aiman bertanya. Aku masih diam. Cuba menahan esakan.
“ Esy , look back please. “ Aiman bersuara setelah keadaan sepi. Tanpa syak apa-apa , aku terus pusing ke belakang. Tersentak aku apabila melihat satu tubuh yang amat aku kenali sedang merenungku dari jauh. Aiman ! Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini ?
“ Qaisarah Dania , untuk terakhir kalinya , will you marry me ? “ Aiman bertanya sekali lagi sambil mengira satu hingga 60. Perlu ke aku terima dia ? Ya Allah , kau berilah hamba-Mu ini kekuatan dan petunjuk . Setelah tamat kiraan 60 , Aiman tersenyum hampa. Dia mengangguk lemah. Terima dengan seadanya keputusan aku. Baru dia ingin mematikan talian , aku pantas menghalang.
“ Wait Aiman Iskandar ! Kurang ajarnya kau nak tutup fon. Orang disini masih tak habis kata lagi. “ Aku mengusik Aiman sambil sesekali air mata yang jatuh aku seka. Mataku masih memandang tepat kearahnya.
“ I will. “ Aku bernada perlahan. Terus aku tundukkan muka. Malu nak pandang muka Aiman.
“ What did you say Esy ? “ Aiman menginginkan kepastian.
“ Aku terima. “ Aku masih jawab dalam nada perlahan. Aiman sudah tergelak.
“ Esy , boleh tak kau cakap kuat sikit ? Aku tak dengar la. Fon aku ni line dia kureng . Biasanya , suara kau le yang paling kuat. Kalah mak Tarzan. “ Aiman berseloroh. Aku terus memandang tepat ke wajahnya. Boleh pula dia gelak ! Aku sudah pun bercekak pinggang.
“ Aku terima kau la mangkuk ! Sesuka hati kau je nak panggil aku mak Tarzan. Habis kau tu apa ? Bapak Tarzan ? Kau ni ! Potong line la ! Aku baru nak set mood cintan tadi ! Terus spoil ! Tempat dah cantik , tapi propose macam erkkkk saje ! “ Aku sudah mula mencebik. Aiman terus mengkekek ketawa.
“ Alololo, merajuk pula princess kita ni. Yela sayang ! I’m sorry okay. Oh yah , from now on. Stop calling ‘aku-kau’. Try bahasakan ‘awak-saya’. Kan lebih manis. And , terima kasih sebab terima lamaran ni. “ Aiman tersenyum manis. Aku hanya ketawa kecil.
“ Kau nak suruh aku bahasakan ‘awak-saya ‘ ? No way ! Aku tetap nak bahasakan ‘kau-aku’ until we married  , maybe. Hahaha. Barulah boleh dikatakan kita ni sweet couple.  And simpan je la terima kasih tu. Aku ikhlas. “ Aku ketawa. Tapi ada satu perkara lagi yang buat aku musykil.
“ Macam mana kau tahu aku ada dekat sini ? Setahu aku , mak ayah aku je yang tahu. “ Aku masih menyoalnya melalui telefon.
“ Well , kau ingat tak semalam kau ada call mak kau. Sebenarnya , bukan mak kau yang angkat. Abang kau yang angkat. Terus dia inform aku , dekat mana kau. “ Aiman menjawab.
What ? Syakir yang jawab ? Patut la tiba-tiba talian putus. Bukannya masalah line tapi Syakir sendiri yang off kan. Apa lah Syakir ni ! 
“ Then , kau sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa aku ? “ Bulat mata aku apabila Aiman menganggukkan kepala. Walaupun masih terkejut , tapi aku terharu dengan Aiman. Dia memang tidak boleh dijangka langsung !

Dan ya ! Cinta 60 saat aku hanya untuk Aiman Iskandar. Mungkin bukan 60 saat , tapi untuk selamanya.



-TAMAT-



Sincerely ,
Danisha
30/11/2013

0 Comments:


Post a Comment