![]() |
![]() Entry About +Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 06:41 | 0 Cloud(s)Welcome to Danie's Cofee Shop =) Assalamualaikum , cerpen ke-2. hehe ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUK !!
Buku rujukan Melissa dan buku rujukan milik Shahrin jatuh
bertaburan di atas lantai. Tergesa-gesa Melissa mengutip buku-buku miliknya.
“ Woi ! Mata kau letak dekat mana ha ? “ Shahrin menengking
geram. Dia juga mengutip buku rujukan miliknya.
“ Err , sorry. Saya nak cepat tadi. Tak nampak awak ada
dekat arah bertentangan. Sorry. “ Melissa sudah mula gugup. Takut dengan
tengkingan Shahrin.
“ Sorry - sorry ! Kau ingat kau sorang je ke yang nak cepat
? Semua orang nak cepat tau tak ! Lain kali pandang depan. Bukannya berkhayal
masa jalan. “ Shahrin masih lagi bengang.
Melissa hanya diam. Hati dia panas masa tu. ‘ Ingat aku sorang je ke yang salah ? Kau pun salah juga ! Kau yang leka main handphone , kata aku berkhayal lak. Boleh blah la bro ! ‘ Melissa mengomel geram di dalam hati.
Masing-masing berlalu pergi setelah semua buku rujukan milik
sendiri sudah dikutip. Shahrin sempat lagi memberi senyuman yang sinis kepada
Melissa. Melissa hanya mencebik. Cett ! Ingin macho la tu bagi senyuman macam
tu ? Tak masuk bro !
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Beb , kenapa kau masuk lambat tadi ? Nasib baik timing kau
okay. Kalau tak memang mengamuk la pensyarah kita tu. “ Ain bertanya. Melissa
hanya menjongketkan kening.
“ Accident. “ Ringkas sahaja jawapan Melissa. Ain sudah terperanjat.
“ What ?! Accident ? “ Suara Ain yang sedikit kuat itu telah
menarik perhatian beberapa orang pelajar yang sedang berehat di cafeteria.
“ Agak-agak la kalau nak jerit pun Ain oi. Aku bukannya
accident kereta tu semua , accident terlanggar mamat mana entah. Berbulu aku
dengan mamat tu. Macam bagus-bagus je. “ Melissa mengutuk.
“ Siapa mamat tu ? Hensem tak ? “ Ain bertanya. Melissa
hanya mengangkat bahu.
“ Entah. Aku tak kenal. Rasanya macam senior dekat sini kot.
Hensem ? Entah. Aku pun malas nak belek muka mamat tu. “ Melissa menjawab acuh
tidak acuh. Melissa terus mengeluarkan buku diarinya.
Diari berwarna hitam dengan kulit depannya tertulis , ‘
Don’t Ever Touch This Book ! ‘. Lepas Melissa ternampak buku ni di kedai buku ,
terus dia beli. Biasanya kalau diari mesti ada perkataan cinta-cinta tapi tidak
pada diari ni. Diari ni nampak ganas. Saat dia membuka muka surat pertama , dia
terkejut. Ada ayat. Setahunya , diari dia tidak ada ayat macam ni.
“ Jangan kau pernah menangisi sesuatu yang tidak akan pernah
menjadi milik kau. Diari Hati. – Rain “. Melissa membaca semula ayat yang
ditulis dalam nada suara perlahan. Dia menganggukkan-anggukkan kepala.
“ Not bad. Tapi , diari siapa yang aku terambil ni ? “
Melissa berbisik. Tiba-tiba dia tergamam sendiri.
‘ Alamak ! Aku terambil buku mamat yang aku langgar pagi
tadi la ! Aduh ! Macam mana diari aku boleh sama macam diari dia ni ? Tak ada
beza langsung.Tapi lelaki pun ada diari ke ? Jambu gila mamat nama Rain ni. ‘
Melissa ketawa kecil sambil mengetuk kepalanya perlahan. Ain yang melihat terus
menegur.
“ Woi Mel ! Yang kau ketuk-ketuk kepala kau tu kenapa ? Dah
biul ke ? Gelak sorang-sorang pulak tu “
Melissa menjeling Ain geram. Biul dia kata ? Apa punya kawan
daa ! Melissa masih berteka-teki sama ada ingin membaca diari milik Rain
ataupun tidak. Sebelah hati kata baca , sebelah hati kata jangan. Akhirnya ,
dia memilih untuk tidak menyelongkar privacy orang lain. Lagi-lagi , orang yang
dia tidak kenali. Dia menyimpan buku diari itu di dalam beg.
‘ Hak orang kena jaga. Siaplah dia kalau dia rosakkan buku
aku ! Aku koyak-koyak buku dia ! ‘ Melissa sempat mengutuk.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ What the heck ? Siapa punya diari pula ni ? Buku dah sama
macam aku punya !“ Shahrin terkejut saat dia membuka buku diari hitam itu. Ada
biodata disitu. Shahrin membaca satu persatu. Sesekali dia tersenyum dan
sesekali dia tergelak. Kelakar baca biodata itu.
“ Kelakarnya minah ni. Warna kegemaran putih dan biru. Bla ,
bla , bla .. dia belajar tempat sama
dengan aku. Nama cantik. Mellisa Amira. Hmm , tengok dari tahun lahir , dia ni
muda dari aku. But wait ! Sama tempat dengan aku ? “ Shahrin teringat sesuatu.
“ Entah-entah buku ni , buku minah yang aku terlanggar hari
tu tak ! Haish ! Kenapa baru sekarang aku perasan buku aku dah tertukar dengan
dia ? “ Shahrin melurut rambutnya dengan kasar seraya itu dia menopang dagu.
“ Macam mana kalau dia baca diari aku ? Argh ! Serabut! Tapi
tak mungkin la. Muka dia macam baik-baik je. Takkan dia nak baca diari aku kot.
“ Shahrin bersangka baik. Baru dia ingin meletakkan diari itu didalam beg ,
sekeping gambar terjatuh dari diari itu. Shahrin memandang pelik. Segera dia
mengambil gambar itu dan melihat.
Dia tersenyum. ‘Cantik’. Desisnya. Gambar itu adalah gambar
Melissa bersama rakan-rakan sekolah Melissa. Dia dapat agak sebab dia kenal
muka Melissa. Walaupun hanya melihat sekilas mukanya , tapi Shahrin masih dapat
cam muka Melissa. Dia terus menyimpan gambar itu berasingan dari diari itu.
“ Welcome to the club Mellisa Amira. “ Shahrin tersenyum
sinis. Dia memang terkenal sebagai playboy di universiti itu. Dengan rupa paras
yang menawan , tidak hairanlah ramai student perempuan suka kepadanya. Playboy
, playboy pun. Hati jambu. Ada diari pulak tu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Aduh ! Kenapa lah aku asyik-asyik jadi mangsa pelanggaran
ni ! “ Shahrin mengomel.
“ Sorry bro ! Aku tak sengaja. “ Ammar meminta maaf. Dia
terus melihat gerangan yang dilanggar.
“ Rain? “ Ammar bertanya. Shahrin terus memandang Ammar.
Tidak lama selepas itu , Shahrin tersenyum sinis.
“ Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini , Ammar. Oh , terlupa pula aku. Kawan !“ Shahrin
berkata sinis. Ammar hanya tersenyum.
“ Relaks bro. Aku takkan kacau hidup kau. Kau dunia kau !
Aku dunia aku . Aku taknak buat musuh dekat sini. “ Ammar menjawab tenang.
Dia dengan Shahrin dulu adalah salah seorang yang paling
akrab di sekolahnya. Sehinggakan semua masalah yang dihadapi Ammar diceritakan
kepada Shahrin termasuklah tentang siapa orang yang Ammar suka. Semua rahsia
disimpan rapi oleh Shahrin. Tetapi , berlaku konflik antara mereka sehingga
membawa kepada perpecahan sehinggalah sekarang.
“ Hey hey hey ! Jangan terlampau serius sangat. Oh yah , apa
khabar orang tersayang kau ? Siapa nama dia ? Mel ? Aku rasa macam nak kenal
lah dengan Mel kau.“ Shahrin masih bernada sinis.
Dia hanya tahu orang yang Ammar suka bernama Mel. Nama
penuhnya , Ammar rahsiakan. Orangnya juga , Shahrin tidak pernah berjumpa. Jadi
, Shahrin tidak mengesyaki apa-apa.
“ Jangan kau berani nak buat apa-apa dengan dia ! “ Ammar
memberi amaran. Shahrin sudah berpeluk tubuh.
“ Am !! “ Ammar dan Shahrin masing-masing memusingkan kepala
memandang gerangan yang memanggil nama Ammar. Melissa sudah teruja apabila
terjumpa dengan orang yang sudah lama tidak ditanya khabar . Terus dia menerpa
kearah Ammar. Saat dia berpalingkan muka , dia terkejut kerana Shahrin juga ada
disitu. Shahrin sudah membuntangkan mata apabila terperasankan Melissa.
“ Awak ! “
“ Kau ! “
Shahrin dan Melissa sudah menjerit serentak. Ammar hanya
memandang mereka dengan berbagai soalan bermain diminda.
“ Mana diari aku ? “ Shahrin menyoal geram.
“ Diari ? Oh , diari hitam tu ke ? Tak sangka orang lelaki macam
awak ni pun ada diari kan ? “ Melissa membalas sinis.
“ Kau !!! Ergh ! “ Shahrin terus berlalu pergi meninggalkan
Ammar dan Melissa. Hati dia panas dengan jawapan sinis Melissa.
‘Salah ke nak ada buku diari ? Minah tu memang nak kena !
Tengok la apa aku buat dengan diari dia nanti ! ‘ Desis hati Shahrin seraya tersenyum
sinis.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Melissa kenal Rain ke ? “ Ammar memulakan bicara.
“ Rain ? Oh , mamat perasan bagus tu ke ? Buat apa Mel nak
kenal dengan dia ? Takde pekdah langsung. “ Melissa sudah menggeleng kepala
laju.
“ Habis tadi , macam dah kenal je ? “ Ammar menyoal lagi.
Dia risau kalau Shahrin apa-apakan Melissa.
“ No la. Tak kenal langsung. Cuma hari tu je la. Mel nak
cepat , lepas tu Mel terlanggar dia. Dia marah Mel. Dia kata Mel ni berkhayal
la apa la. Sedangkan dia pun sama. Leka main handphone. “ Melissa sudah
mengomel. Geram apabila mengingatkan balik insiden itu. Ammar bernafas lega.
“ Oh yeke ? Tapi tadi dia ada kata diari. Diari apa ? “
Ammar masih lagi menyoal.
“ Oh , diari tu. Masa terlanggar dengan dia haritu , tak
perasan pulak Mel tertukar diari dengan dia. Mel pun ada satu diari macam dia.
Sebiji. Takde perbezaan langsung. Senang cerita , buku diari dia ada dekat Mel
and buku diari Mel ada dekat dia. “ Mellisa memberi penjelasan. Ammar hanya
mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
“ Hmm Mel , Am nak Mel jauhkan diri daripada dia boleh tak ?
“ Ammar menyuarakan pendapat. Melissa memandang Ammar pelik.
“ Kenapa Am? “
Ammar hanya tersenyum seraya menggelengkan kepala.
‘ Am takut dia apa-apakan Mel. Am takut dia akan rampas Mel
daripada Am. Am kenal sangat dengan dia sebab Am dulu rapat dengan dia. Am
taknak kehilangan Mel. ‘ Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Ammar. Dia
tidak dapat membayangkan kalau Shahrin berjaya mengambil hati Melissa dan dia
juga akan berasa sakit kalau Shahrin mempermainkan perasaan Melissa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shahrin membuka buku diari milik Melissa. Dia baca satu persatu
diari yang ditulis. Semua suka , duka , pahit dan manis diceritakan.
Termasuklah kisah Ammar. Baru dia tahu , Melissa itu adalah orang yang Ammar
suka.
“ Melissa suka dekat Ammar juga ke tak ek ? “ Shahrin
berteka-teki. Tidak jadi dia ingin merosakkan buku diari milik Melissa. Dia
rasakan diari itu teramat penting untuk Melissa. Shahrin menutup perlahan buku
diari itu. Dia duduk termenung sambil tangan kanannya diletakkan di dada.
“ Kenapa setiap kali aku terjumpa Melissa mesti jantung aku
akan bergerak laju ? “ Shahrin menyoal dirinya sendiri.
Dia teringat akan insiden hari itu. Memang tak dinafikan
yang dia pun bersalah juga sebab dia leka main dengan handphone sampai tak
perasan Melissa. Selepas terlihatkan
muka Melissa , jantung dia berdegup kencang. Ada satu perasaan menyelinap masuk
dalam dirinya. Tapi , disebabkan ego dia membuang perasaan itu,
“ Hai, takkan playboy dah jatuh cinta kot ? “ Rakan sebilik
Shahrin menegur. Terkejut Shahrin dibuatnya. Terus terhenti lamunan tentang
Melissa.
“ Ehem . mana ada. Pandai-pandai je kau ni. Aku takkan jatuh
cinta la. “ Jawab Shahrin sedikit gugup.
Rakan sebiliknya hanya tergelak.
“ Apa-apa je la Rain. Itu semua soal perasaan kau. Tanya
hati kau sendiri. Tapi aku tahu , kau memang dah fall in love sekarang ni.
Okaylah. Aku keluar dulu. “ Rakan sebiliknya menepuk-nepuk bahu Shahrin sebelum
meninggalkan bilik mereka.
“ Aku dah jatuh cinta ke ? “ Shahrin menopang dagu. Dia
terus mengeluarkan sekeping gambar Melissa. Dia amati wajah Melissa yang
semakin mendapat tempat dihatinya.
“ Aku nak permainkan dia , tapi aku sendiri yang jatuh dekat
dia. “ Shahrin hanya mengeluh kecil.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘ Jumpa aku dekat taman universiti. 2PM. - R ‘.
Melissa membaca bait-bait ayat di atas memo yang terlekat di
lokarnya. Dia mengetuk pipinya perlahan dengan jari telunjuk.
“ Siapa pula yang hantar memo ni dekat aku ? R ? Siapa ? “
Melissa berteka-teki. Dia menjeling jam tangan miliknya.
“ Ada lagi 15 minit sebelum pukul 2. Baik aku pergi
sekarang. Taman tu dah la jauh. “ Tanpa mengesyaki apa-apa , dia terus
melangkah pergi ke taman. Dia sempat menghantar pesanan ringkas kepada Ain
menyatakan yang dia tidak ikut Ain pergi ke cafeteria.
Sesampai sahaja dia di taman universiti itu , dia sudah
nampak seorang lelaki sedang berdiri membelakanginya. Melissa tertanya-tanya
siapa yang nak jumpa dengan dia. Dari susuk tubuh , dia macam pernah lihat.
‘ R ? Susuk tubuh ? Hmmm….. Haaa ! Alamak ! Rain ! ‘ Terkedu
Melissa dibuatnya. Dia memberhentikan langkah apabila dia sudah pun berdiri
disebelah Rain. Dia berdehem.
“ Ehem. Kenapa nak jumpa saya ? “ Melissa memulakan bicara.
Shahrin terus memandang muka polos Melissa. Lama sampaikan Melissa tidak selesa
apabila Shahrin memandangnya macam tu. Shahrin tersenyum.
“ Sorry sebab tiba-tiba nak jumpa kau. Aku just .. haih , nah
! “ Shahrin terus menghulurkan buku diari hitam milik Melissa. Melissa
terkejut. Lantas dia mengambil buku diarinya dari pegangan Shahrin.
Dibelek-belek buku diari itu.
“ Awak tak rosakkan buku saya kan ? “ Melissa menyoal
inginkan kepastian. Shahrin hanya tersenyum. Tidak mengangguk ataupun
menggeleng. Melissa terus menghulurkan buku diari milik Shahrin pula. Dia
memang sentiasa membawa buku diari milik Shahrin.
“ Nah ! Saya dah jaga elok-elok. “ Melissa terus membelek
buku kesayangannya kembali. Tapi dia rasa ada benda yang hilang didalam bukunya
itu.
Shahrin mengambil buku diari miliknya tanpa sebarang bunyi.
Dia percaya akan Melissa. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu dari situ.
“ Wait Rain ! Mana pergi gambar saya ? “ Tanya Melissa
separa menjerit.
Dengan membelakangkan Melissa , Shahrin terus melambaikan
gambar milik Melissa sambil berjalan meninggalkan taman itu. Terkedu Melissa
dibuatnya. Dia rasa macam nak menangis. Itu sahajalah gambar kenangan sewaktu
di sekolah menengah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Hey awak ! Bagi balik gambar saya ? “ Melissa terus
menengking Shahrin sedang duduk berseorangan di bangku. Shahrin sudah meramas
rambutnya kasar. Terkejut dia dibuatnya apabila tiba-tiba Melissa menjerit.
“ Tak boleh bagi salam ke ? Datang-datang nak marah aku
apehal ? “ Shahrin sudah mula meninggikan suara. Terkedu Melissa.
“ Assalamualaikum. Saya nak gambar saya. “ Melissa
mengendurkan suaranya.
“ Waalaikummussalam. Tak boleh. “ Shahrin jawab mendatar.
Melissa sudah pun bercekak pinggang.
“ Kenapa tak boleh ? Itu gambar saya. Hak saya ! “
“ Ada ke dekat gambar tu tulis hak kau ? Takde kan. So now ,
gambar itu milik aku. Oh yah ! Aku terlupa. Ada satu cara sahaja , kalau kau
nak balik gambar kau. “ Shahrin sudah memulakan perbalahan.
“ Apa dia ? “ Melissa bertanya sedikit gugup.
“ Senang je. Kalau kau nak gambar kau balik , kau kena cuba
menyukai aku. Kalau tak , gambar kau .. aku punya. “ Shahrin sudah melayangkan
gambar milik Melissa.
“ No ! Saya takkan suka orang macam awak ni ! Selfish ! “
Melissa terus berlalu dengan air mata yang mula menitis.
Shahrin tergamam. Dia tidak tahu pula tindakannya akan
membuatkan Melissa menangis. Rasa bersalah mula bersarang dalam dirinya.
Shahrin hanya tertunduk.
“ Maafkan aku Melissa. “ Itu sahaja yang keluar dari mulut
Shahrin dalam nada berbisik. Disimpan rapi gambar milik Melissa didalam begnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Hey Mel , kenapa ni ? “ Ammar terus menegur Melissa
selepas dia ternampak Melissa seperti menangis.
“ Am ! Kenapa dia nak cari pasal dengan Mel ? Mel tak kenal
dia pun ! “ Melissa menahan esakan. Ammar memandang Melissa pelik.
“ Siapa dia tu ? “
“Siapa lagi kalau bukan mamat perasan bagus tu ! “ Melissa
menahan geram.
“ Rain ? “ Ammar meneka. Melissa mengangguk.
“ Apa Rain buat dekat Mel ? “ Ammar cuba untuk mengorek
cerita. Terkejut juga dia. Shahrin rupanya yang menjadi penyebab kenapa Melissa
menangis.
“ Dia tersangatlah annoying ! Dia dah bagi balik diari Mel
tapi dia ambil gambar dalam diari Mel ! serupa tak payah bagi balik diari tu !
“
Ammar mengeluh. ‘ Shahrin dah tau ke yang Mel ni adalah
orang yang aku suka ? ‘ desis hatinya.
“ Mel jangan nangis. Nanti Am tolong Mel dapatkan balik
gambar tu kay ? “ Ammar cuba memujuk Melissa.
“ Sampai hati dia buat Mel macam ni kan ? Dia macam
permainkan perasaan Mel. Mel rasa bodoh sebab suka dekat dia. “ Melissa
meluahkan isi hatinya. Kenyataan Melissa membuat Ammar tersentak. Segera muka
mulus itu dipandangnya.
“ Melissa suka Rain ? “
Melissa memandang Ammar. Terus dia menepuk dahi. Dia sudah
terlepas cakap tentang perasannya terhadap Shahrin kepada Ammar. Ammar
mengeluh.
“ Sejak bila Mel suka Rain ? “ Ammar menyoal. Melissa
menggelengkan kepala.
“ Tak tahu. Perasaan tu tiba-tiba datang. Jantung Mel
berdegup pantas bila nampak dia atau terjumpa dia. Melissa tak suka dengan
perasaan ni. “ Melissa menunduk.
Ammar hanya tersenyum hampa.
Dia belum boleh melepaskan Melissa lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ What have you done to my girl , Shahrin ? “ Ammar mengawal
nada suaranya. Shahrin sudah dapat mengagak siapa gerangan yang dimaksudkan
Ammar.
“ What have I done to her ? “
“ Kau takpayah nak buat-buat tak tau lah, Rain ! Bagi balik
gambar dia ! “ Ammar sudah mula meninggikan suara.
“ Gambar dia ? Oh , gambar. Well , aku dah buang gambar tu.
“ Shahrin menjawab selamba. Mendengar jawapan Shahrin , Ammar terus memberi
tumbukan ke muka Shahrin. Terjelepok Shahrin dibuatnya. Shahrin berdiri lalu
tersenyum sinis.Dia mengesat bibirnya yang berdarah. Nasib baik tiada pelajar
di tempat mereka itu.
“ Kau sanggup tumbuk aku hanya sebab gambar minah tu ? Hebat
kau Ammar ! Hebat !“ Shahrin menepuk tangan.
“ Aku tau yang kau tau Mel tu adalah orang yang aku suka !
Dan aku tak suka tengok kau buat dia menangis ! Kau boleh permainkan perasaan semua
perempuan dalam U ni tapi tidak dengan perempuan yang bernama Melissa Amira ! “
Shahrin sudah berpeluk tubuh sambil memandang tepat kearah
Ammar.
“ Oh , jadi memang betul la Melissa tu orang yang kau suka
dulu ? Kecilnya dunia ni Ammar. Aku baru berhajat nak jumpa dia. And now , aku
dah pun jumpa dia. Tak sangka taste kau ni tinggi kan ? Serious talk , aku rasa
aku dah suka la dekat Melissa tu. Boleh , aku pinjam dia sekejap tak ? “
Shahrin ketawa sinis.
“ Kurang ajar kau ! “ Ammar sudah ingin memberikan tumbukan
yang kedua tetapi Shahrin pantas mengelak.
“ Whoah , relaks bro ! “ Shahrin segera mengeluarkan gambar
Melissa dan dicampakkan gambar itu kearah Ammar.
“ Gambar tu kan yang kau nak ? So , ambil gambar tu dan blah
dari sini ! Tapi jangan ingat aku dah kalah , Ammar ! Aku akan tetap dapatkan
hati Melissa ! She’s mine ! “ Shahrin berkata lantang lalu meninggalkan Ammar.
Ammar menggepalkan tangannya.
“ Dia suka kau , Shahrin ! “ Ammar berkata dengan kuat.
Shahrin menghentikan langkahnya. Dia masih berdiri membelakangkan Ammar.
“ Melissa Amira suka dekat kau Shahrin. Sebab tu aku taknak kau permainkan hati dia .
Dia budak naif Rain . Please. Jangan buat dia macam ni. Kalau kau betul suka
dekat dia , jangan buat dia menaruh harapan dekat kau. “ Ammar mengendurkan
suaranya. Shahrin tergamam. Dia tidak menyangka Melissa juga menyukainya.
Shahrin mengeluh dan terus beredar tanpa sebarang jawapan. Fikirannya buntu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ammar meletakkan gambar Melissa di atas meja. Melissa
terkejut. Pantas dia mengambil gambar itu.
“ Ammar dapatkan daripada Rain ke ? “ Melissa menyoal. Ammar
hanya mengangguk.
“ Terima kasih Ammar ! “ Melissa sudah menjerit keriangan.
Dari jauh , Melissa ternampak Shahrin sedang memandang kearahnya. Melissa
membetulkan posisi duduk.
“ Macam mana Ammar dapatkan ? “ Melissa menyimpan gambar itu
didalam buku diari.
“ Macam mana Am dapatkan tu biarlah menjadi rahsia Am. Yang
penting , Am happy bila tengok Melissa ceria balik macam ni. “ Ammar tersenyum.
“ Tapi , Mel masih belum puas hati lagi dengan Rain. Dia
pandang-pandang Mel macam Mel ni ada hutang dengan dia pula ! Saje je nak
sakitkan hati Mel. “ Melissa sudah memasamkan muka sambil memuncungkan mulutnya
kearah tempat Shahrin berada. Ammar memandang sekilas dimana tempat Shahrin
berada.
‘ Mel , Mel tau tak. Hutang Mel kepada dia adalah hati Mel.
‘ Kata-kata itu tidak diluahkan Ammar.
“ Rain pandang Mel bukan sebab nak sakitkan hati Mel , tapi
.. memang dia sendiri yang nak pandang Mel. “ Ammar bersuara. Melissa sudah
keliru.
“ Maksud Ammar ? “
Ammar hanya tersenyum. “ Satu hari nanti , Melissa akan
tahu. Dan , Am nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi jadi kawan Am.
“
Melissa sudah tergelak. “ Am ni kenapa tiba-tiba nak terima
kasih bagai. Mel tak kisah la. Mel ikhlas kawan dengan Am. “
Ammar mengangguk faham. Hatinya kini sudah boleh menerima
bahawa Melissa bukanlah untuknya.
“ Okaylah. Am pergi dulu. Assalamualaikum. “ Ammar terus
mengangkat kaki meninggalkan Melissa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali lagi Melissa sudah ingin meletuskan kemarahannya. Dia
tidak sangka Shahrin sanggup mencuri diarinya lagi.
“ Kurang asam jawa betul mamat tu ! Bila masa dia curi buku
aku entah ? “ Melissa mengomel. Dia terperasankan ada sehelai memo yang
ditindih bersama buku rujukan miliknya. Segera dia membaca memo itu.
‘ Like usually , Taman U . 2PM. Wajib datang kalau taknak
buku diari kau kena bakar. –Rain ‘
Melissa mengeronyok memo itu. Kalau Shahrin yang berada di
depannya sekarang ni , mahu dia tumbuk muka Shahrin. Geram Melissa dibuatnya. Tanpa
membuang masa dia terus meluru kearah taman universiti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melissa memandang tempat Shahrin berada. Shahrin sudah berdiri
sambil memegang diari milik Melissa.
“ Bagi balik diari saya ! “ Melissa menguatkan sedikit
suaranya. Shahrin tersenyum. Dia segera melangkah kearah Melissa.
Sesampai sahaja didepan Melissa , Shahrin terus menayangkan kertas
memo kepada Melissa.
Melissa terus membacanya.
“ Kau dah buat aku gila. “
“ Kau dah buat aku angau.”
“ Kau memang kejam “
“ Kenapa perlu kau yang muncul ? “
“ Kenapa perlu kau yang ada buku diari sama macam aku ? “
“ Sejak kali pertama aku pandang kau. “
“ jantung aku berdegup pantas. “
“ Aku tak tahu kenapa. “
“ Memang susah aku nak luahkan. “
“ Tapi.”
“ AKU SUKA KAU ! “
Melissa menekup mulutnya. Dia memandang Shahrin yang masih
tersenyum. Shahrin terus menampal memo itu didalam diari milik Melissa dan
memberikan balik diari itu kepada Melissa. Shahrin mengeluarkan pula diari
miliknya.
“ Memang susah saya nak percaya. Tapi , saya memang suka
dekat awak , Melissa. “ Shahrin berkata tenang.
“ Tapi , kenapa tiba-tiba ? “ Melissa bertanya.
“ Ini bukan tiba-tiba Mel. Perasaan ni dah lama berlaku
sejak awak terlanggar saya. Tapi disebabkan ego , saya menafikan. Tapi
lama-lama , perasaan itu tak boleh dibendung lagi. Mula-mula saya memang nak
permainkan awak , tapi saya sendiri yang jatuh dalam permainan ini. I’m sorry.
“ Shahrin mengeluh kecil.
“ Awak ada baca diari terakhir saya ke ? “ Melissa bertanya.
Diari terakhir dia buat adalah tentang perasaannya kepada Shahrin. Tidak
semena-mena mukanya bertukar warna. Malu kalau Shahrin ada membacanya.
Shahrin tersengih.
“ Shahrin , saya suka awak ! Tapi kenapa awak buat saya
macam ni ? Awak memang kejam. Gambar tu jelah kenangan waktu sekolah yang saya
ada. Awak kata saya kena menyukai awak dulu kalau nak balik gambar saya. Awak
memang pentingkan diri ! Awak macam permainkan perasaan saya. Bodohnya saya
sebab suka dekat awak ! “ Shahrin menjawab selamba pertanyaan Melissa sambil
menunjukkan buku diari miliknya.
“ Sorry Mel. Saya ada baca diari tu masa saya curi diari
awak tadi dan saya ada catitkan dalam diari saya. “ Shahrin berkata lagi.
Melissa sudah bercekak pinggang. DIa rasakan Shahrin sudah melampau sebab sudah
mencerobohi privasi miliknya. Melissa terus menendang kaki Shahrin. Shahrin
sudah pun mengerang kesakitan.
“ Kenapa awak ni tak bertanggungjawab ? Saya tak pernah pun
baca diari awak tau ! “ Melissa sudah naik angin. Shahrin tergelak.
“ Melissa , salah ke saya nak baca diari orang yang dah
dapat tempat didalam hati saya ni ? “ Shahrin bertanya.
“ Salah la ! “
“ Okay-okay. Chill. Saya janji tak baca diari awak lagi okay
? Tapi , you know what ? Disebabkan diari ni lah saya boleh terjumpa awak tau.
Diari ni membawa kepada pertukaran hati kita. Saya suka awak and awak suka
saya. “ Shahrin tersenyum manis.
“ Eii , perasan ! Siapa kata saya suka awak ? “ Melissa
sudah mencebik. Shahrin sudah melopong.
“ Diari awak yang kata awak suka saya . “
“ Itu diari saya yang kata , bukannya saya kan ? So , jangan
nak perasan. Dah saya nak pergi ni. Bye ! “ Sebenarnya Melissa juga sudah
berbunga tapi dia sorokkan perasaannya. Melissa berlalu pergi. Shahrin terus
mengejarnya.
“ Tapi memang betulkan awak suka saya ? “ Shahrin masih
tidak mengalah. Melissa hanya tergelak. Sepanjang perjalanan menuju ke
universiti , mereka berbalah. Dan sebuah diari telah berjaya menukarkan
perasaan hati. Dan itulah permulaan kisah cinta mereka.
-TAMAT-
Sincerely ,
Danisha
1/12/2013
![]() |
0 Comments:
Post a Comment