In My Memory: Cerpen : My Mr. Chocolate !

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
23:13 | 0 Cloud(s)
Cerpen : My Mr. Chocolate !

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum, 

Cerpen 3. Idea's from me and my friend. xD lol 
enjoy. Ahh ~ makanlah coklat sambil baca cerpen ni. hehe.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Hmm , awak . Tunggu kejap. Nah ! “ Ezany Alisha memberi sepapan coklat jenama Cadbury kepada Zafran Aiman. Zafran mengambilnya pelik.
“ Kenapa awak bagi saya coklat ni ? “ Zafran bertanya. Ezany hanya tersengih.
“ Hmm , hadiah untuk awak. “
“Hadiah ? Oh okay. Anyway , Saya nak balik dulu ni. Bye ! “ Zafran tersenyum seraya menyimpan coklat itu didalam beg sandangnya. Dia sempat melambai kearah Ezany sebelum bergerak menuju ke tempat letak motor.
Ezany sudah tersenyum gembira. Dia tidak menyangka Zafran sudi menerima coklatnya. Ezany memang sudah lama menaruh hati terhadap Zafran. Dan harinya pada hari itu , berakhir dengan kegembiraan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Woi ! Yang kau termenung ni kenapa ? “ Rina menegur.
“ Opocot ! Hesh kau ni Rina ! Takde keje lain agaknya kan ? “ Ezany sudah mengomel. Diurut-urut dadanya akibat terkejut dengan terjahan Rina tadi.
“ Aku pula yang kena marah ? Kau tu yang jauh termenung. Fikir apa ? “ Rina mengambil tempat disebelah Ezany. Dia terjumpa Ezany sedang duduk seorang diri di taman sekolah.
“ Err , mana ada fikir apa-apa. “ Ezany menjawab. Mukanya sudah merah lantas dia menundukkan wajahnya. Rina sudah menggeleng kepala.
“ Ceritalah dekat aku. Kalau kau tak fikir apa-apa , kenapa muka kau dah merah ? Cer citer. “ Rina mula berseloroh. Ezany ketawa kecil.
“ Hari tu, aku ada bagi coklat dekat crush aku. “ Ezany menopang dagu. Bibirnya tidak lekang dari sengihan.
“ Berani gila kau ! Tapi , siapa crush kau ? “  Rina bertanya. Ezany sudah meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
“ Shhh. Rahsia. Haha. Dah ,jom la masuk kelas. “ Ezany ingin mengelat. Tangan Rina segera diraihnya.
“ Hey apa ni ? Main tarik-tarik tangan aku ! Cakap la ! Siapa kau punya crush ? “ Rina masih tidak mengalah. Sepanjang perjalanan menuju ke kelas mereka , Rina tidak habis-habis bertanyakan soalan. Sampaikan Ezany naik rimas mendengarnya.
“ Ezany ! Look out ! “ Rina memberi amaran. Belum sempat Ezany ingin melihat kedepan , dia sudah terlanggar seseorang. Ezany sudah cuak. Dipandang wajah orang yang dilanggarnya. Air liur ditelan kesat.
“ Sorry. “ Ezany menundukkan mukanya. Takut. Rina sudah pun berdiri disebelah Ezany.
“ It’s okay. Salah saya juga. Lain kali hati-hati. “ Zafran tersenyum. Salah dia juga. Dia leka melihat buku catatan sehingga tidak perasan Ezany ada di depannya.
Ezany mengangguk dan terus menggapai tangan Rina dan berlalu pergi. Tapi langkah mereka terhenti apabila Zafran memanggil nama Ezany.
“ Nama awak Ezany right ? “ Zafran bertanya. Ezany mengangguk lagi.
“ Thanks sebab bagi chocolate hari tu. “ Zafran tersenyum dan terus berjalan pergi. Ezany sudah tersenyum gembira. Dia melompat keriangan. Nasib baik tiada pelajar lain yang nampak. Rina sudah memandang pelik kepada Ezany.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak dari peristiwa itu , setiap hari rasanya Ezany terserempak dengan Zafran. Jikalau dia terserempak dengan Zafran , pasti dia akan menyorokkan dirinya dari pandangan Zafran. Malu ingin bertentang mata dengan lelaki itu. Tapi , tidak pada kali ini.
“ Alamak ! Zafran ! “ Ezany berbisik sendiri. Dia terus menukar haluannya pergi ke tingkat bawah. Tidak jadi dia ingin pergi ke perpustakaan memandangkan Zafran ada disitu. Tapi , langkah Ezany terhenti.
“ Ezany ! “ Laung Zafran dari perpustakaan. Ezany sudah terasa sesak nafas. Dia memalingkan muka ke arah Zafran perlahan-lahan. Zafran sudah berlari anak menuju kearahnya.
“ Hey ! Nak pergi mana ? “ Zafran sudah pun berdiri dihadapannya. Ezany berasa tidak selesa. Kedudukan mereka sekarang ini boleh tahan dekatnya sehinggakan Ezany dapat menghidu bau minyak wangi  Zafran. Ezany terus menjarakkan sedikit kedudukannya.
“ Haa ? Err , takde. Saje je nak round satu sekolah. “ Ezany memberi alasan. Zafran mengecilkan matanya.
“ Yeke ? Nampak macam awak nak lari daripada saya je . Kenapa nak lari ? Kita kan bestfriend. “
Ya. Memang sejak peristiwa Zafran bertanyakan nama Ezany itu , mereka sudah pun berkawan rapat. Pelik kan ? Tapi itulah yang terjadi. Sebab itu Ezany selalu melarikan dirinya. Dia segan apabila bertemu dengan Zafran.
“ Eh mana ada. Saya nak pergi tingkat bawah je. “ Ezany berdalih sambil menggelengkan kepalanya. Cuak.
“ Hmm , apa-apa je la. Nah ! coklat kitkat untuk awak .” Zafran memberi coklat kitkat itu. Ezany mengambilnya tanpa bersuara.
“Awak ni cute la. Okay ,bye. Saya pergi dulu. “ Zafran tersenyum dan terus mengangkat kakinya.
Ezany tergamam.  ‘ Dia kata aku cute ke tadi? ‘ Desis hatinya lalu memandang coklat yang berada di tangannya. Tidak semena-mena mukanya bertukar warna.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Zany. Apa cerita kau dengan Zaf tu ? “ Rina bertanya kepada Ezany. Dia juga sudah mengetahui bahawa Zafran itulah crush Ezany. Selepas dia melihat kejadian antara Ezany dengan Zafran tempoh hari , dia mendesak Ezany untuk menceritakan segalanya.
“ Aku dengan dia ? Cerita apa ? Mana ada apa-apa. Kawan je la. “ Ezany jawab acuh tak acuh.
“ Habis , aku nampak korang macam rapat semacam je. “ Rina memeluk tubuh. Cemburu juga dia dengan keakraban Zafran dan Ezany. Ezany hanya tergelak.
“ Aik ? Cemburu ke ? Don’t worry la. Aku memang takde pape dengan dia. Although he is my crush but aku anggap dia kawan je. Kawan senior. Tak lebih pun.”  Ezany menjawab tidak yakin.
“ Well , something’s fishy here. Kau tak menyesal kata macam tu ke ? “ Rina berteka-teki. Ezany membetulkan tudung sekolahnya. Dia berasa tidak selesa sekarang ni.
“ Hmm , aku menyesal sebenarnya. “ Ezany tersengih. Ayat yang keluar dari mulut dia tadi bukanlah dari hatinya. Walaupun Zafran menganggapnya sebagai kawan , tapi dia tetap menganggap Zafran sebagai crushnya. Susah untuk dia menganggap Zafran sebagai kawan.
“ Aku sudah agak dari tadi. Zany-Zany. Kau ada nombor telefon dia tak ? “ Rina bertanya. Ezany hanya mengangguk.
“ Apa kata kau sms dia ? “ Rina memberi pendapat.
Ezany sudah mengerutkan dahinya.  “sms dia ? “
Rina mengangguk.
“ Gila ! “ Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Ezany.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa bulan kemudian , hubungan antara Zafran dan Ezany semakin rapat. Walaupun Ezany sudah boleh mengawal perasaannya namun setiap kali terjumpa dengan Zafran, dia pasti akan berasa gugup. Ezany juga pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Zafran. Tapi , Zafran tidak membalasnya.
Hari ini merupakan hari terakhir dia di sekolahnya. Dia akan berpindah ke sekolah di negeri lain. Dia terfikir mahu berjumpa Zafran buat kali terakhir. Coklat jenama Cadbury sentiasa berada dengannya. Kalau-kalau terserempak dengan Zafran , boleh dia bagi coklat itu. Jangkaan dia tepat. Dia ternampak Zafran di tingkat bawah.
“ Zafran ! “ Jeritnya sedikit kuat. Zafran yang berada di bawah terus mendongak ke atas. Bibir Zafran mengukir senyuman dan terus melambaikan tangannya kearah Ezany. 
“ Awak nak pergi mana ? “ Ezany bertanya.
“ Nak pergi balik kelas. Tadi pergi tandas kejap. “ Zafran menjawab sambil matanya tidak lekang dari memandang wajah Ezany. Tapi , sekejap sahaja dia pandang kearah Ezany kerana ada seseorang memanggil namanya.
“ Saya ada sesuatu nak bagi dekat aw… “ Belum sempat Ezany ingin menghabiskan kata-katanya , coklat Cadbury itu sudah terjatuh ke bawah. Ezany terus menekup mulut.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuyu sengaja ingin memanggil nama Zafran. Dari tadi dia melihat kemesraan antara Zafran dan Ezany. Dia tahu bahawa Ezany sangat rapat dengan Zafran. Yuyu cemburu jikalau ada orang yang berjaya mengambil hati Zafran. Kalau dia tak dapat hati Zafran , semua pelajar perempuan tidak boleh juga untuk mendapatkan hati Zafran.
Apabila terpandangkan coklat Cadbury terjatuh dari pegangan Ezany , dia merasakan inilah waktu yang sesuai untuk memikat hati Zafran. Dia pantas mengambil coklat yang terjatuh itu. Ezany yang melihat tidak sempat untuk menghalang perbuatan Yuyu.
“ Hmm , awak. Nah ! Coklat Cadbury khas untuk awak. “ Yuyu membuat suara manja. Dia sempat memberi senyuman sinis kepada Ezany yang berada di tingkat atas.
Zafran tidak mengesyaki apa-apa. Dia memandang coklat di tangan Yuyu.
“ Untuk saya ? Kenapa ? “ Zafran menyoal. Yuyu tersenyum manis.
“ Saje je. Anggap je coklat ni sebagai hadiah daripada saya untuk awak yang kacak ni. “ Yuyu mengenyitkan matanya.
Zafran tersenyum. Dia buat tidak endah sahaja dengan kenyitan mata Yuyu. Dia mengambil coklat itu.
 “ Terima kasih. “ ucap Zafran lalu terus berlalu pergi. Dia terlupa sama sekali akan kehadiran Ezany. Ezany sudah tergamam. Sampai hati Yuyu buat dia macam ni. Zafran pula macam tak perasan langsung akan kehadirannya. Dia kecewa sangat-sangat. Tanpa sedar air matanya mengalir.
Ezany mengesat air matanya. Dia rasa bodoh sebab terlalu mengharap yang Zafran akan membalas cintanya. Dia baru sedar bahawa Zafran hanya menganggapnya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Tetapi kenapa semua perbuatan Zafran seperti memberi harapan kepadanya ? Dia menjadi seperti perigi mencari timba pula. Dia meraup mukanya kasar.
Tidak patut rasanya dia mementingkan dirinya sendiri. Zafran juga ada hati dan perasaan. Zafran juga berhak mendapat seseorang yang dia sayangi. Dan pada saat itu , Ezany bertekad ingin memadamkan nama Zafran didalam hatinya. Biarlah Zafran menyangka bahawa coklat Cadbury tadi adalah pemberian daripada Yuyu. Dia berlalu pergi dengan air mata yang masih mengalir.
Yuyu hanya tersenyum sinis apabila memerhatikan Ezany yang berlalu dengan air mata. Dia berasa puas. Dia yakin sekarang  Zafran akan menjadi miliknya. Dia yakin yang Zafran akan sentiasa melayannya selepas ini. Kemenangan dirasakan berpihak kepada dirinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa tahun kemudian .
“ Zany , tengok ! ada coklat kitkat single dekat lokar kau la. “ Amy , kawan universiti Ezany menegur. Ezany sekarang sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Ezany memandang kearah lokarnya. Dia perasan ada sekeping memo yang terlekat disamping coklat kitkat yang ditampal di lokarnya. Ezany mencabut memo itu dan membacanya.
“ Your eyes is shining like a star - ZA. “
Tanpa sedar Ezany tersenyum. Amy sudah melopong apabila mendengar ayat pada kertas memo itu.
“ ZA ? Wah , kau dah ada secret admire ke ni ? “ Amy mengusik Ezany. Ezany hanya mencebik.
“ Mana ada ! Tak payah nak buat cerita dekat sini ek. Tapi sedap pulak aku tengok coklat kitkat ni.  “ Ezany menyimpan memo itu didalam lokarnya dan terus mengambil coklat kitkat yang bertampal itu. Ezany mengoyak pembalut kitkat itu dan memberi separuh coklat itu kepada Amy dan separuh lagi Ezany memakannya.
“ Harap-harap esok kau punya secret admire bagi lagi coklat ni dekat kau. Dapat aku makan free. Haha.” Amy berseloroh. Ezany  hanya tergelak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ezany semakin pelik. Hari-hari mesti ada coklat bertampal pada lokarnya. Dan setiap hari jugalah dia akan mendapat memo. Tapi , lain pula pada hari ini. Dia hanya mendapat memo sahaja.
“ Jumpa dekat taman U. –ZA “ Ezany memandang sekeliling. Dia mendengus geram.
“ Siapa pulak la yang nak main-mainkan aku ni ? Siapa ZA ni ? Haih. “ Ezany mengomel.
Tiba-tiba Ezany teringat waktu dulu. Dia juga pernah bagi coklat kepada crushnya. Sudah dicuba untuk hilangkan perasaan suka kepada crushnya tetapi sampai sekarang masih ada. Cuma , dia sudah lupa akan wajah dan nama crushnya itu.
Tanpa lengah , Ezany terus melangkah ke taman U.
Baru kakinya ingin menapak masuk ke taman U , Ezany terperasan akan coklat jenama Kisses di tempat kakinya berada. Dia mengutip coklat itu. Dia memandang kedepan. Coklat Kisses elok tersusun berderet. Dia mengikut kemana arah coklat itu sambil mengutipnya. Coklat Kisses terakhir telah dijumpai. Ezany memandang sekeliling.
‘ Cantik.’ Desis hatinya. Coklat Kisses yang terakhir telah membawanya ke kawasan air terjun buatan yang elok terletak di tengah-tengah taman. Ezany yang leka memerhati kawasan itu terkejut apabila terdengar deheman seseorang. Dia pantas berpusing ke belakang.  Seorang lelaki sedang tersenyum melihatnya. Ezany mengerutkan dahi.
“ Siapa awak ? “ Ezany bertanya. Lelaki itu ternyata terkejut.
“ Awak tak kenal saya ke Ezany ? “
Ezany menggeleng kepala laju. Dia memang tidak ingat siapa lelaki ini. Walaupun macam pernah nampak raut wajah lelaki ini tetapi , dia masih tidak ingat.
“ Ni saya la. Zafran. Zafran Aiman. Kawan sekolah awak dulu. “ Zafran cuba untuk memegang tangan Ezany tetapi pantas sahaja Ezany menepis. Ezany memandang tepat ke wajah Zafran. Seperti sedang mengingati sesuatu.
‘Zafran ? Kawan sekolah aku ? Siapa ? ‘ Hati Ezany berbisik. Tidak lama kemudian , dia terkedu.
‘Tak ! Tak mungkin ! ZA ? ZA tu Zafran orang yang aku suka dulu tu ke ? Kenapa dia muncul balik ? ‘ Ezany menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia terus berlari keluar dari taman itu. Dia buat tidak endah akan Zafran yang sedang memanggil namanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sejak itu , tiada lagi coklat dan memo. Kalau ada pun , Ezany akan memberikan coklat itu kepada kawannya. Ezany mengeluh. Fikirannya buntu. Perasaan cinta mula menguntum semula buat lelaki bernama Zafran Aiman. Sudah beberapa kali dia cuba untuk menafikan perasaan itu. Tetapi , perasaan itu masih tetap ada.
Kakinya melangkah tanpa arah tuju. Akhirnya , dia sudah berada di kawasan air terjun buatan. Dia duduk di atas satu batu besar. Dia mengambil ranting kayu dan melakar nama Zafran di atas tanah. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan.
Zafran yang kebetulan lalu di kawasan air terjun buatan itu terkejut apabila ternampak Ezany. Dia terus meluru ke arah Ezany dengan senyap. Apabila terperasankan nama dia terlakar di atas tanah , dia terus mengambil gambar lakaran itu melalui telefonnya untuk dijadikan kenangan. Ezany masih belum perasan akan kehadirannya.
Zafran terus duduk di atas satu lagi batu besar bersebelahan dengan Ezany. Ezany terus memandang ketepi apabila merasakan ada seseorang sedang duduk bersebelahan dengannya. Akibat terkejut ,  hampir sahaja Ezany tergelincir tetapi pantas Zafran menangkap tangan Ezany.
“ Hey. Hati-hati la ! “ Jelas terpancar riak cemas di wajah Zafran. Ezany terus merentap tangannya dari pegangan Zafran. Ezany juga baru perasan yang nama Zafran masih elok terlakar di atas tanah. Dengan pantas , dia memadam nama itu. Zafran sudah tersenyum.
“ Awak tulis nama saya ke ? “
“ Mana ada. Perasan ! Saya kenal awak ke pun ? “ Ezany berdalih.
“ Zany. Please. Jangan macam ni dengan saya ! Saya tahu awak masih kenal saya. “ Zafran seperti merayu. Ezany meraup muka.
“ Look ! I really don’t know you. And I really don’t want to know you okay ! Just go from my life ! “ Ezany sudah mula meninggikan suaranya.
“ No ! Saya tahu yang awak kenal saya lagi ! Kalau tak kenapa awak tulis nama saya ? Ni buktinya ! Mata awak pun dah cukup menggambarkan segalanya Zany !  I won’t go from your life !  “ Zafran sudah mengetap bibir sambil menunjukkan gambar lakaran namanya kepada Ezany. Ezany sudah terkedu. Dia tidak tahu yang Zafran lebih bertindak pantas.
“ Errgh ! Awak ni memang tak boleh nak mengalah kan ! Okay fine ! Saya kenal awak ! kenal sangat-sangat ! Stasfied now ?! “ Ezany terus berlalu pergi. Zafran meramas rambutnya dengan kasar. Didalam fikirannya sekarang cuma ada satu rancangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Assalamualaikum. “ Zafran memberi salam.
Puan Alia yang sedang mengemas di laman rumah berpaling ke pintu pagar.
“ Waalaikummussalam. Eh , Zafran ! Haa , jemput masuk. “ Puan Alia merupakan ibu kepada Ezany. Sewaktu di zaman sekolah menengah , jikalau ada masa lapang Zafran sering bertandang kerumah Ezany. Sehinggakan Puan Alia sudah lali dengan perangai Zafran itu. Tetapi sejak Ezany berpindah sekolah , Zafran jarang bertandang ke rumahnya.
Puan Alia juga sudah menganggap Zafran  seperti anaknya sendiri. Zafran juga memanggil Puan Alia dengan panggilan ibu sama seperti Ezany memanggil Puan Alia.
“Kenapa kamu datang ke mari ? “ Puan Alia menyoal. Zafran hanya tersenyum.
“ Hmm , Ibu. Zaf nak merisik Ezany. “ Zafran menjawab tenang.
“ Haa ? Merisik Ezany ? “ Puan Alia sudah melopong.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘ Jumpa saya dekat taman U. Please ! Saya harap awak datang. I’m begging you. – ZA’
Ezany mengeronyok kertas itu lalu dicampakkan kedalam tong sampah.
“ Memang tak serik betul ! “ Ezany mengomel. Dia terus melangkah menuju ke taman U.
Dari jauh , Ezany sudah ternampak kelibat Zafran membelakanginya. Dia terus mempercepatkan langkah.
“ Straight to the point. Awak nak apa ? “ Ezany berkata sejurus kakiknya sudah berdiri di sebelah Zafran. Zafran memandang kearah Ezany. Ezany hanya memandang kedepan. Dia tidak mampu untuk memandang mata Zafran. 
“ Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak nak pindah sekolah masa tu ? “ Zafran memulakan perbicaraan.
“ Takde masa. “ Ringkas jawapan Ezany. Zafran mengeluh.
“ Saya minta maaf. Saya terlupa sama sekali yang awak ada masa tu. Masa tu , saya fikir saya nak cepat sampai kelas je. “
“ Fikir kelas ke fikir pasal Yuyu ? “ Ezany menyoal kepada Zafran. Riak muka Zafran terus berubah.
“ Look Ezany Alisha. I know you mad at me. Saya memang betul-betul fikir fasal kelas. Yuyu takde kena mengena fasal hal ni. Lepas sampai dekat kelas , saya baru perasan yang saya pergi macam tu je tanpa bercakap dengan awak. Saya keluar kelas balik nak jumpa dengan awak tapi saya tengok awak dah takde. Nasib baik cikgu takde dekat kelas saya masa tu. Saya tanya Yuyu , Yuyu kata dia tak nampak awak pun dekat tingkat atas. “ Zafran menjelaskan hal sebenar.
Ezany hanya tersenyum sinis. Pandai Yuyu berlakon sedangkan Yuyu nampak dia menangis.
“ Saya sunyi takde awak dekat sekolah. Serius sunyi Zany. Biasanya , kalau saya pergi mana-mana saya akan terserempak dengan awak. Bila awak dah pindah , saya rasa kosong. “ Ya ! Jiwa Zafran memang kosong. Zafran baru perasan yang selama ini , dia juga menaruh hati kepada Ezany. Perpindahan Ezany telah mewujudkan perasaan itu.
“ Saya juga baru tahu , coklat Cadbury yang Yuyu bagi saya masa tu  bukan daripada dia tapi daripada awak. Rina yang cerita dekat saya. Dia sedih sebab saya buat awak kecewa. Saya memang tak terniat pun nak buat awak macam tu , Zany. Seriously , saya ingat coklat tu Yuyu yang punya. Saya rasa bersalah sangat dengan awak Zany. Lepas saya dapat tahu tentang tu , saya marah Yuyu. Saya minta penjelasan daripada dia. Rupanya Yuyu sengaja buat macam tu. Dia cemburu tengok awak rapat dengan saya.” Zafran mengambil nafas.
Ezany hanya menundukkan muka. Kecewa ,sedih semua ada di dalam dirinya sekarang ini. Dia tercari-cari maksud disebalik penjelasan Zafran.
“ Kenapa awak tiba-tiba nak jelaskan semuanya kepada saya ? “ Ezany memandang muka Zafran. Dia menginginkan kepastian.
“ Sebab saya suka awak Ezany. Saya taknak awak salah faham. Saya taknak kehilangan awak. “ Zafran berkata dengan tenang.
Ezany sudah tergamam. Dia seperti tidak percaya akan kata-kata Zafran.
“ No ! Saya tak percaya. “ Ezany menggeleng-gelengkan kepala.
“ Awak kena percaya sebab saya dah pun merisik awak. Awak milik saya. “ Zafran tersenyum manis. Ezany sudah membuntangkan matanya. Terkejut.
“ Maaf sebab saya merisik tanpa berbincang dengan awak. Tapi , saya memang taknak kehilangan awak Zany. Cukuplah saya tak boleh kawal perasaan saya masa awak pindah. Bila dapat tahu awak pun belajar dekat sini , saya terus mulakan langkah pertama. “
Tanpa sedar , Ezany mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka sejauh itu Zafran bertindak.
“ Zany , kenapa awak menangis ? “ Zafran terkejut. Ezany pantas menyeka air matanya.
“ Awak ni memang kejamkan ! Saya baru nak lupakan awak tapi tup tup awak muncul balik ! Kenapa  Zafran ? Kenapa ? Saya benci awak ! “ Ezany ingin berlalu pergi . Pantas Zafran menghalang laluan Ezany.
“ Saya pun benci awak sebab awak dah ambil hati saya. “ Zafran tersenyum. Dia tahu Ezany tidak memaksudkan kata-kata tadi.
“ Tepi lah ! “ Ezany sudah menolak tubuh Zafran. Dia melangkah pergi tetapi sekali lagi Zafran menghalang laluannya.
“Nope untill you accept me. “ Zafran terus menyuakan sebentuk cincin kepada Ezany.
“ Apa ni ? “ Ezany memandang Zafran.
“ Cincin la awak. Awak kena pakai dulu cincin ni kalau awak nak pergi dari taman ni. “ Zafran sudah menjongketkan kening.
“ Selfish ! “ Ezany ingin melangkah pergi tetapi terhenti apabila terasa tangannya ditarik lembut. Ezany memusingkan kepalanya. Dia tergamam. Air mata mula mengalir dengan deras. Zafran sedang menyarungkan cincin ke jari manis Ezany. Selepas itu , Zafran memandang kearah Ezany.
“ Mata awak bersinar bagaikan cahaya bintang. “
“ Senyuman awak mampu membuatkan saya terbayang-bayang “
“ hanya awaklah seorang “
“ Yang saya sayang. “ Zafran mengulang kembali bait-bait ayat daripada memo yang pernah dia bagi kepada Ezany sambil tersenyum.
 “ Zafran ! Awak memang kejam ! “ Ezany sudah teresak.
“ Yup. Saya mengaku yang saya kejam. “
“ Saya sayang awak Zafran. “ Ezany berkata dengan gugup.
“ What did you say Zany ? “ Zafran memandang Ezany.
“ I said I love you laa pekak ! “ Ezany mencebik. Zafran sudah tergelak. Zafran terus memberikan coklat Cadbury , Kitkat dan Kissess kepada Ezany.
“ Kenapa ada tiga jenis ? “ Ezany bertanya.
“ Kenapa 3 ? I Love You la sayang. Haha. Gurau-gurau. Cadbury awak bagi nak pikat saya. Kitkat saya bagi sebab nak pikat awak. Dan Kissess saya yang bagi sebab nak pikat awak untuk menjadi suri di hati saya.  “
Muka Ezany sudah mula bertukar warna. Zafran tergelak melihat reaksi Ezany. Dan tanpa mereka percayai , coklatlah yang sudah menyatukan dua hati menjadi satu.


-TAMAT-


Sincerely ,
Danisha
4/12/2013

0 Comments:


Post a Comment