In My Memory

Entry About +Follow D'Board


  • Stay with me crush


owner

Contact Me

credits
20:38 | 0 Cloud(s)
2015

Assalamualaikum ,


End of twenty fourteen ,
Begin with twenty fifteen ,


This year , maybe yang terakhir mencabar in my life . Tahun ini boleh dikatakan sebagai penentu untuk akan datang. Me and all  my friends akan menempuhi peperiksaan SPM. Doakan yang terbaik untuk kami. And ofcourse , kami semua berharap dapat menjulang kejayaan . Straight A's untuk SPM. Kedengaran agak mustahil tapi kami akan cuba menjadikannya mustahil dan menjadikannya sebagai realiti.

When I  sat alone , I  felt that time was really past qiuckly. Masa memang tak menunggu kita. Kita duduklah sampai kebas kaki , tapi masa tetap berlalu pergi meninggalkan kita. Day or night , nothing is different. Time still ticking . That is what we call "Time" . 

Tiba-tiba rasa macam masa tu berharga lak /grins/ 

And now , I'm already 17 years old. 

From babies to a teenagers girl. 

Banyak pahit manis kehidupan yang dapat aku rasakan sepanjang aku hidup di atas muka bumi ciptaan-Nya.

" Tiada sesiapa yang dapat ubah diri anda , kecuali diri anda sendiri yang mengubahnya "

I hope that 2015 dapat membawa kita semua menuju kearah kebaikan.

In sha Allah .

So , that's all for today. 

Hiatus for a while. Or maybe forever (?) lols. 

Salah dan silap yang pernah dilakukan , harap dimaafkan. Saya juga hanyalah seorang insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Semoga kita semua mendapat berkat dan rezeki yang halal daripada-Nya.

In sha Allah .

Goodluck untuk calon-calon peperikasaan tahun 2015 ini. Semoga kita semua dapat menjulang kejayaan. Aminn ~

Berusaha !!! /thumbs up / 



Sincerely ,
from me . 
02:10 | 0 Cloud(s)
Date.

Welcome to Danie's Coffee Shop =)

Assalamualaikum , 


S.A.H.A.B.A.T

[ It's not the "Goodbye" that hurts but the "Flashback" that follow :) ]


Today is the date. 2014.

Form 4 ni baru aku rasa kehilangan . Kehilangan sahabat-sahabat aku. Sahabat-sahabat yang aku kenali selama empat tahun bermula dari perkenalan tingkatan 1 sehinggalah sekarang kita berada di tingkatan empat. Dan yang paling memberi impak buat aku dan juga sahabat-sahabat aku yang lain adalah , kami akan kehilangan sahabat-sahabat yang kami telah kenali selama 3 tahun bermula dari tingkatan dua sehinggalah sekarang.

 Entah lah. Bila tengok seorang demi seorang meninggalkan sekolah  dan bila melihat sahabat-sahabat aku yang lain mengalirkan air mata kesedihan , aku rasa macam sepi . Sepi tanpa kelibat dan gelak tawa daripada mereka lagi. Dari sekelas , tinggal beberapa orang sahaja.

 Kalau dapat dibayangkan sekarang , aku seperti berada di tengah-tengah kelas . Duduk diatas kerusi sambil melihat sekeliling kelas yang penuh dengan gelak tawa dan juga kelibat sahabat-sahabat handai . Aku tersenyum gembira. Tetapi senyuman aku mati apabila melihat seorang demi seorang hilang dari tempat mereka. Dan yang tinggal hanyalah aku seorang sahaja didalam kelas itu. Angin yang kuat menyapa ke muka. Tidak semena-mena , air mata ku mengalir. Teresak-esak aku didalam kelas itu berseorangan. Sepi , sepi dan sepi. Kata-kata dan perasaan yang tidak dapat aku ungkapkan.

Tahun 2013 adalah tahun yang terakhir untuk kami semua mengumpul kenangan-kenangan manis dan tahun 2013 juga adalah tahun yang aku rasa paling singkat untuk kami semua. Kalau masa boleh diundurkan kembali , pasti kami akan memanfaatkan masa 2013 itu sebaiknya tapi apakan daya , masa itu tidak boleh diputarkan kembali. Dan pada hari ini , 17/1/2014 adalah hari terakhir untuk sahabat-sahabat aku kerana mereka akan berpindah ke sekolah lain. Tahniah aku ucapkan buat kauorang semua. Goodluck and take care of yourself. Jangan lost fokus ketika belajar. Aku harap kita semua akan berjaya sehingga ke menara gading. InsyaAllah. Dan aku harap kita semua takkan lost contact walaupun sekarang kita terpisah jauh. 

Mengimbau kembali kenangan kita semua pada tahun 2013 , ada yang pahit dan ada yang manis. Walaupun kenangan pahit itu kedengaran kasar di halwa telinga , tetapi .. kenangan pahit itu juga adalah kenangan. Kenangan yang penuh dengan pengajaran , yang penuh dengan pedoman buat kita semua. Kita semua belajar dari kesilapan. Dan itu semua mematangkan kita. Kenangan manis pula adalah kenangan untuk kita kenang sampai bila-bila. Banyak kenangan yang terjadi. Yang manisnya adalah , sehingga sekarang .. kita semua still together as one.Walaupun berbeza kelas dan aliran , tetapi kita semua still together. Jangan membandingkan kita semua hanya sebab kita berlainan kelas dan aliran. Semuanya sama sahaja. Kelas dan aliran yang bagus , yang hebat , dan yang mencabar. Yang penting adalah , friendship kita kekal utuh. Itu yang pasti !

Kenangan manis yang lain , bagi aku adalah apabila kita semua saling menolong antara satu sama lain. Seperti menolong dalam pelajaran ataupun menolong untuk menyelesaikan masalah persahabatan. Aku tersenyum apabila mengingati kembali semasa sahabat-sahabat lelaki kelas aku bergaduh , sahabat-sahabat perempuan akan cuba untuk memulihkan balik hubungan mereka. Ataupun , apabila sahabat-sahabat perempuan bergaduh , pihak lelaki akan cuba memulihkan keadaan balik. Itulah keluarga kedua kami di sekolah.  Dan kami semua sangat rapat dengan two pretty chinese girl di dalam kelas kami. Dan kedua-dua mereka adalah ahli pasukan gamelan. Tetapi , seorang daripada chinese girl itu telah pun bertukar ke sekolah lain. Hilang seorang gadis cina yang boleh bermain alat muzik gamelan. Kami semua rindu dengan dia. 

Begitu banyak kenangan sehinggakan susah untuk aku mengungkapkannya. Aku rindu kauorang , aku sayang kauorang.

Sakit perut aku apabila ketawa bersama-sama mereka. Sebak bertandang di hati aku apabila melihat sahabat-sahabat aku menangis , sedih ataupun kecewa. Maaf sebab aku tidak dapat menjadi seorang sahabat mu yang sempurna selama perkenalan kita, Tetapi , dari hari hari ke hari , aku akan mencuba untuk menjadi seorang sahabat mu yang setia berada disisi mu ketika sedih mahupun gembira.Walau apa pun yang terjadi , kita semua tetap satu kelurga. Kelurga muzik dan keluarga kelas 3 Berlian. Aku dan juga sahabat-sahabat yang lain akan selalu mendoakan kauorang berjaya didunia dan juga diakhirat nanti. InsyaAllah. Best Friends Forever !

I have some quotes for you that I get for Mr.Google.

" Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom."  – Marcel Proust

" Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything. " – Muhammad Ali

" Sometimes being a friend means mastering the art of timing. There is a time for silence. A time to let go and allow people to hurl themselves into their own destiny. And a time to prepare to pick up the pieces when it’s all over. " – Octavia Butler

" Growing apart doesn’t change the fact that for a long time we grew side by side; our roots will always be tangled. I’m glad for that. " – Ally Condie

" Friends are the family you choose " – Jess C. Scott

" Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys, and dividing our grief. "
– Marcus Tullius Cicero


And I have some quotes pictures. From Mr.Google too.








Walau apa pun yang terjadi , kita tetap satu keluarga. We are Berlian , We are One ! Goodluck ! Fighting ! :'D Sayang kauorang semua :* 


Sincerely ,
Danisha
17/1/2014

22:27 | 0 Cloud(s)
Hello there !

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum ,


Yehet 2014 !  haha. harini last day aku cuti. Esok bermulalah ceritera baru antara aku , sekolah dan 2014. lol. Macam tajuk novel lak kan ? Okay , forget about it . Aku nak berangan kejap.

Malam ni nak kena setting balik otak , nak kena setting balik pemikiran . Memory baru kena pasang balik dekat otak. Copy paste folder-folder dekat memory lama kasi letak dekat memory baru yang ada lebih banyak ruang. lol. Kasi charge bateri otak malam ni. muahaha. Charge macam mana ? Entah la. Aku charge dengan tidur yang mencukupi . lol. Smart tak , smart tak ? Kno -,- lol. Yelah , esokkan nak kena bangun awal pagi untuk ke sekolah. Uwaaa ~ okay , serius talk .. aku actually bersemangat nak pergi sekolah dengan semua kelengkapan serba baru , dengan azam yang aku tak tahu still baru ke tak , dengan suasana sekolah yang baru , dengan sahabat-sahabat lama and baru. lol. tapi aku malas sebenarnya nak pergi sekolah pada 2/1/2014. O M G U C C I ! lol .

Suasana dah baru beb. Aku dah berumur 16 tahun . Berada di Form 4 .  Tua ke ? takde lah. muda lagi tu . lol. Mata pelajaran dah bertukar . Gelaran dah bertukar menjadi 2nd senior. okay yang ni aku suka sikit la. Sebab dah jadi senior dekat sekolah. lol. kno. haha. Aura tu dah bertukar . Cepat nya masa berlalu , sekarang aku dah 16 tahun rupanya. Perangai aku , tak payah cakap la. Still macam kanak-kanak Ribena. Pantang jumpa mainan , berhenti tengok kejap mainan tu . Serius talk aku kata. muehehe. Even mainan Thomas And Friend pun , kalau boleh aku nak beli. Buat koleksi. Comel seh ! haha.  Kalau aku nampak funfair , not funfair la actually. Kan biasanya kalau shopping complex kan ada tempat mainan , aku akan pergi dekat situ semata-mata nak main game kereta , game motor , game tembak. Macam budak-budak. haha. Tapi cool what . lol

2014 . Suasana baru . Aura baru . Itu yang realitinya . lol

Tidak lupa juga kepada my brother , kepada semua calom SPM 2014 and kepada semua calon PBSMR . Goodluck ! Do the best ! Fighting ! hehe. Aku doakan kejayaan kauorang. InsyaAllah ~ 

And for me and my fellas yang tercinta . Kita buat yang terbaik untuk form 4 ni kay . Don't ever give up. Start with smile and bismillah. Try our best to get straight A's. InsyaAllah . Apa yang penting ? Kerjasama. muehehe. Sayang kauorang :*

Lepas ni aku dah tak boleh nak buka fb Roleplayer aku. To fluffy , Jenn , Sha , Thor , Mint , Yun , Candy ,  Naj , Peah , Cici , Edlyn , Eddie , Ayiem , Aiman , Adam , Fiz , Bunny , Messy , Syasya , Emily , Zoey , Bella , Ceila , Danish , Eira and so on. Kalau aku type lagi mesti panjang. haha. Aku takkan lupakan kauorang. hehe. Take care and study elok-elok. Jangan lupakan aku . hehe . Nama aku Danie. lol. intro sekali lagi. Sayang kauorang :*

P/S : Nazim Othman dapat pergi konsert Exo-M wok ! okay. Jelly . lol xD Just joking. haha. 


EXO Fighting ! 
We are One ! 




Hello there 2014 ! =D


Sincerely ,
Danisha
1/1/2014

06:38 | 0 Cloud(s)
End of 2013

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum ,


Pejam celik pejam celik. Dah habis rupanya tahun 2013 ni . Banyak suka duka pahit manis , bila aku kenangkan balik tahun 2013 ni. Tahun 2013 ni lah yang mengajar aku apa itu erti penghargaan , kehidupan , persahabatan , pelajaran , kejayaan dan sebagainya. Allah nak suruh kita terus kuat walau apa pun yang terjadi. Itu yang pasti. Dan Alhamdulillah , aku berjaya mengharunginya :') Syukran Ya Allah . Walau apa pun yang terjadi , Allah itu ada untuk hamba-Nya. Mengadulah kepada-Nya , berdoalah kepada-Nya. InsyaAllah :')

Back to the topic , 
2013 ni aku berada di form 3. Alhamdulillah sekali lagi , berkat usaha , doa  dan dorongan, aku berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR :')Terima kasih kepada yang membantu dan yang mendoakan kejayaan aku dan juga sahabat-sahabat yang lain. InsyaAllah , aku akan lebih memajukan diri aku pada masa yang akan datang. Fighting for me ! hehe.

Kepada sahabat-sahabat ku yang aku sayangi ,
terima kasih kerana kita sentiasa ada bersama-sama walaupun banyak kali juga kita bergaduh , selisih pendapat dan sebagainya. Aku sayang korang :3 kauorang kena sentiasa tabah dan kuat mengharungi cabaran dan dugaan okay ? :') jangan pernah putus asa dalam mengejar kejayaan . Kita sama-sama berusaha untuk berjaya ke menara gading . hehe. Fighting friends !  Terima kasih juga sebab bersama-sama menolong antara satu sama lain masa susah ataupun senang. Hope persahabatan kita ni kekal sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah ~ Amin . Sayang korang ketat-ketat. Mmuah ~ :*
kalau ada apa-apa masalah , cerita je tau . InsyaAllah , kita akan sama-sama membantu ;) Goodluck untuk SPM masa tahun 2015 nanti. Aku harap , tahun 2014 ni , kita semua akan jadi pelajar yang cemerlang dekat sekolah. InsyaAllah. #Buddyz takkan terpisah . 3 Berlian 2013 xD hehe.

Tak banyak yang aku nak kongsikan untuk tahun 2013 ni. Semuanya biarlah menjadi kenangan buat aku :) InsyaAllah ~ aku akan menjadi diriku yang baru dengan azam yang baru pada tahun 2014 nanti :)

Yang paling baru , kucing aku yang bernama Kimo , sudah tiada :'( Lepas maghrib , 27/12/2013. Uwaa ~ ni yang nak nangis ni :'( Aku bela ia dah nak dekat setahun. Tapi , sekarang ia dah takde. Masih terbayang lagi kelibat ia . Uwaa ~ akak sayang dekat ko Kimo ! >< :'(

Dan pada 28/12/2013 pula, aku dan pasukan gamelan merangkap sahabat-sahabat aku jugak , hehe. Masa tu kitaorang ada persembahan gamelan dekat dewan Tun Ali , Ayer Keroh , Melaka. Persembahan gamelan tu untuk majlis kahwin. Seriusly , pengantin lelaki dia handsome and pengantin perempuan dia pula cantik :3 Majlis perkahwin lak gempak. Dengan tema ungu , menaikkan lagi seri majlis itu. /wah ~ bermadah lak aku xD / 
Tapi , berbaloi la jugak. Bangga lak jadi pelajar gamelan ni. muehehe. Tidak lupa juga , tugasan yang baik sahabat-sahabat ku . hehe Daebak ! xD 
Walaupun dalam mood sedih sebab kucing aku dah takde , tapi sahabat-sahabat aku berjaya comfortkan aku. lol. cewah ~ xD Thanks friends !

Terakhir sekali sebelum aku menutup bicara yang dah macam karangan ni . lol. Selamat tinggal 2013 and Assalamualaikum 2014. Be nice okay ? ;) hope that 2014 ni will be the best year for you all and me. InsyaAllah ~ 
2014 . Azam baru . Semangat yang baru. Fighting! :DD 

P/S : aku nak type panjang lagi sebenarnya. Tapi aku dah lupa lak nak tulis apa. muehehe. apa-apa pun , aku doakan yang terbaik untuk kauorang semua. Goodluck ! :DD



Own's


 " Start Yourday With A Pretty Smile =) "

Sincerely ,
Danisha
30/12/2013
04:22 | 0 Cloud(s)
Nervous

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum ,



Gundah ,

Gementar,

semuanya ada.

Berdebar menanti keputusan,

keputusan apa ?

Hmm ,

Result PMR... haha

19/12/2013,

hari bersejarah ,

bagi budak form 3,

batch 98' ,

Hopefully ,

aku dan juga sahabat-sahabat handai ,

dapat keputusan yang cemerlang ,

InsyaAllah.

Dan ,

Hopefully ,

kami juga berjaya mencapai cita-cita kami,

pada suatu hari nanti.

InsyaAllah.

Doakan kejayaan kami ,

didunia dan juga diakhirat nanti =) 

Thank You ! 



own's




P/S : Cerpen seterusnya dalam proses. Lol *promote* =P


Sincerely,
Danisha

14/12/2013
23:13 | 0 Cloud(s)
Cerpen : My Mr. Chocolate !

Welcome to Danie's Coffee Shop =)


Assalamualaikum, 

Cerpen 3. Idea's from me and my friend. xD lol 
enjoy. Ahh ~ makanlah coklat sambil baca cerpen ni. hehe.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Hmm , awak . Tunggu kejap. Nah ! “ Ezany Alisha memberi sepapan coklat jenama Cadbury kepada Zafran Aiman. Zafran mengambilnya pelik.
“ Kenapa awak bagi saya coklat ni ? “ Zafran bertanya. Ezany hanya tersengih.
“ Hmm , hadiah untuk awak. “
“Hadiah ? Oh okay. Anyway , Saya nak balik dulu ni. Bye ! “ Zafran tersenyum seraya menyimpan coklat itu didalam beg sandangnya. Dia sempat melambai kearah Ezany sebelum bergerak menuju ke tempat letak motor.
Ezany sudah tersenyum gembira. Dia tidak menyangka Zafran sudi menerima coklatnya. Ezany memang sudah lama menaruh hati terhadap Zafran. Dan harinya pada hari itu , berakhir dengan kegembiraan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Woi ! Yang kau termenung ni kenapa ? “ Rina menegur.
“ Opocot ! Hesh kau ni Rina ! Takde keje lain agaknya kan ? “ Ezany sudah mengomel. Diurut-urut dadanya akibat terkejut dengan terjahan Rina tadi.
“ Aku pula yang kena marah ? Kau tu yang jauh termenung. Fikir apa ? “ Rina mengambil tempat disebelah Ezany. Dia terjumpa Ezany sedang duduk seorang diri di taman sekolah.
“ Err , mana ada fikir apa-apa. “ Ezany menjawab. Mukanya sudah merah lantas dia menundukkan wajahnya. Rina sudah menggeleng kepala.
“ Ceritalah dekat aku. Kalau kau tak fikir apa-apa , kenapa muka kau dah merah ? Cer citer. “ Rina mula berseloroh. Ezany ketawa kecil.
“ Hari tu, aku ada bagi coklat dekat crush aku. “ Ezany menopang dagu. Bibirnya tidak lekang dari sengihan.
“ Berani gila kau ! Tapi , siapa crush kau ? “  Rina bertanya. Ezany sudah meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
“ Shhh. Rahsia. Haha. Dah ,jom la masuk kelas. “ Ezany ingin mengelat. Tangan Rina segera diraihnya.
“ Hey apa ni ? Main tarik-tarik tangan aku ! Cakap la ! Siapa kau punya crush ? “ Rina masih tidak mengalah. Sepanjang perjalanan menuju ke kelas mereka , Rina tidak habis-habis bertanyakan soalan. Sampaikan Ezany naik rimas mendengarnya.
“ Ezany ! Look out ! “ Rina memberi amaran. Belum sempat Ezany ingin melihat kedepan , dia sudah terlanggar seseorang. Ezany sudah cuak. Dipandang wajah orang yang dilanggarnya. Air liur ditelan kesat.
“ Sorry. “ Ezany menundukkan mukanya. Takut. Rina sudah pun berdiri disebelah Ezany.
“ It’s okay. Salah saya juga. Lain kali hati-hati. “ Zafran tersenyum. Salah dia juga. Dia leka melihat buku catatan sehingga tidak perasan Ezany ada di depannya.
Ezany mengangguk dan terus menggapai tangan Rina dan berlalu pergi. Tapi langkah mereka terhenti apabila Zafran memanggil nama Ezany.
“ Nama awak Ezany right ? “ Zafran bertanya. Ezany mengangguk lagi.
“ Thanks sebab bagi chocolate hari tu. “ Zafran tersenyum dan terus berjalan pergi. Ezany sudah tersenyum gembira. Dia melompat keriangan. Nasib baik tiada pelajar lain yang nampak. Rina sudah memandang pelik kepada Ezany.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak dari peristiwa itu , setiap hari rasanya Ezany terserempak dengan Zafran. Jikalau dia terserempak dengan Zafran , pasti dia akan menyorokkan dirinya dari pandangan Zafran. Malu ingin bertentang mata dengan lelaki itu. Tapi , tidak pada kali ini.
“ Alamak ! Zafran ! “ Ezany berbisik sendiri. Dia terus menukar haluannya pergi ke tingkat bawah. Tidak jadi dia ingin pergi ke perpustakaan memandangkan Zafran ada disitu. Tapi , langkah Ezany terhenti.
“ Ezany ! “ Laung Zafran dari perpustakaan. Ezany sudah terasa sesak nafas. Dia memalingkan muka ke arah Zafran perlahan-lahan. Zafran sudah berlari anak menuju kearahnya.
“ Hey ! Nak pergi mana ? “ Zafran sudah pun berdiri dihadapannya. Ezany berasa tidak selesa. Kedudukan mereka sekarang ini boleh tahan dekatnya sehinggakan Ezany dapat menghidu bau minyak wangi  Zafran. Ezany terus menjarakkan sedikit kedudukannya.
“ Haa ? Err , takde. Saje je nak round satu sekolah. “ Ezany memberi alasan. Zafran mengecilkan matanya.
“ Yeke ? Nampak macam awak nak lari daripada saya je . Kenapa nak lari ? Kita kan bestfriend. “
Ya. Memang sejak peristiwa Zafran bertanyakan nama Ezany itu , mereka sudah pun berkawan rapat. Pelik kan ? Tapi itulah yang terjadi. Sebab itu Ezany selalu melarikan dirinya. Dia segan apabila bertemu dengan Zafran.
“ Eh mana ada. Saya nak pergi tingkat bawah je. “ Ezany berdalih sambil menggelengkan kepalanya. Cuak.
“ Hmm , apa-apa je la. Nah ! coklat kitkat untuk awak .” Zafran memberi coklat kitkat itu. Ezany mengambilnya tanpa bersuara.
“Awak ni cute la. Okay ,bye. Saya pergi dulu. “ Zafran tersenyum dan terus mengangkat kakinya.
Ezany tergamam.  ‘ Dia kata aku cute ke tadi? ‘ Desis hatinya lalu memandang coklat yang berada di tangannya. Tidak semena-mena mukanya bertukar warna.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Zany. Apa cerita kau dengan Zaf tu ? “ Rina bertanya kepada Ezany. Dia juga sudah mengetahui bahawa Zafran itulah crush Ezany. Selepas dia melihat kejadian antara Ezany dengan Zafran tempoh hari , dia mendesak Ezany untuk menceritakan segalanya.
“ Aku dengan dia ? Cerita apa ? Mana ada apa-apa. Kawan je la. “ Ezany jawab acuh tak acuh.
“ Habis , aku nampak korang macam rapat semacam je. “ Rina memeluk tubuh. Cemburu juga dia dengan keakraban Zafran dan Ezany. Ezany hanya tergelak.
“ Aik ? Cemburu ke ? Don’t worry la. Aku memang takde pape dengan dia. Although he is my crush but aku anggap dia kawan je. Kawan senior. Tak lebih pun.”  Ezany menjawab tidak yakin.
“ Well , something’s fishy here. Kau tak menyesal kata macam tu ke ? “ Rina berteka-teki. Ezany membetulkan tudung sekolahnya. Dia berasa tidak selesa sekarang ni.
“ Hmm , aku menyesal sebenarnya. “ Ezany tersengih. Ayat yang keluar dari mulut dia tadi bukanlah dari hatinya. Walaupun Zafran menganggapnya sebagai kawan , tapi dia tetap menganggap Zafran sebagai crushnya. Susah untuk dia menganggap Zafran sebagai kawan.
“ Aku sudah agak dari tadi. Zany-Zany. Kau ada nombor telefon dia tak ? “ Rina bertanya. Ezany hanya mengangguk.
“ Apa kata kau sms dia ? “ Rina memberi pendapat.
Ezany sudah mengerutkan dahinya.  “sms dia ? “
Rina mengangguk.
“ Gila ! “ Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Ezany.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa bulan kemudian , hubungan antara Zafran dan Ezany semakin rapat. Walaupun Ezany sudah boleh mengawal perasaannya namun setiap kali terjumpa dengan Zafran, dia pasti akan berasa gugup. Ezany juga pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Zafran. Tapi , Zafran tidak membalasnya.
Hari ini merupakan hari terakhir dia di sekolahnya. Dia akan berpindah ke sekolah di negeri lain. Dia terfikir mahu berjumpa Zafran buat kali terakhir. Coklat jenama Cadbury sentiasa berada dengannya. Kalau-kalau terserempak dengan Zafran , boleh dia bagi coklat itu. Jangkaan dia tepat. Dia ternampak Zafran di tingkat bawah.
“ Zafran ! “ Jeritnya sedikit kuat. Zafran yang berada di bawah terus mendongak ke atas. Bibir Zafran mengukir senyuman dan terus melambaikan tangannya kearah Ezany. 
“ Awak nak pergi mana ? “ Ezany bertanya.
“ Nak pergi balik kelas. Tadi pergi tandas kejap. “ Zafran menjawab sambil matanya tidak lekang dari memandang wajah Ezany. Tapi , sekejap sahaja dia pandang kearah Ezany kerana ada seseorang memanggil namanya.
“ Saya ada sesuatu nak bagi dekat aw… “ Belum sempat Ezany ingin menghabiskan kata-katanya , coklat Cadbury itu sudah terjatuh ke bawah. Ezany terus menekup mulut.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuyu sengaja ingin memanggil nama Zafran. Dari tadi dia melihat kemesraan antara Zafran dan Ezany. Dia tahu bahawa Ezany sangat rapat dengan Zafran. Yuyu cemburu jikalau ada orang yang berjaya mengambil hati Zafran. Kalau dia tak dapat hati Zafran , semua pelajar perempuan tidak boleh juga untuk mendapatkan hati Zafran.
Apabila terpandangkan coklat Cadbury terjatuh dari pegangan Ezany , dia merasakan inilah waktu yang sesuai untuk memikat hati Zafran. Dia pantas mengambil coklat yang terjatuh itu. Ezany yang melihat tidak sempat untuk menghalang perbuatan Yuyu.
“ Hmm , awak. Nah ! Coklat Cadbury khas untuk awak. “ Yuyu membuat suara manja. Dia sempat memberi senyuman sinis kepada Ezany yang berada di tingkat atas.
Zafran tidak mengesyaki apa-apa. Dia memandang coklat di tangan Yuyu.
“ Untuk saya ? Kenapa ? “ Zafran menyoal. Yuyu tersenyum manis.
“ Saje je. Anggap je coklat ni sebagai hadiah daripada saya untuk awak yang kacak ni. “ Yuyu mengenyitkan matanya.
Zafran tersenyum. Dia buat tidak endah sahaja dengan kenyitan mata Yuyu. Dia mengambil coklat itu.
 “ Terima kasih. “ ucap Zafran lalu terus berlalu pergi. Dia terlupa sama sekali akan kehadiran Ezany. Ezany sudah tergamam. Sampai hati Yuyu buat dia macam ni. Zafran pula macam tak perasan langsung akan kehadirannya. Dia kecewa sangat-sangat. Tanpa sedar air matanya mengalir.
Ezany mengesat air matanya. Dia rasa bodoh sebab terlalu mengharap yang Zafran akan membalas cintanya. Dia baru sedar bahawa Zafran hanya menganggapnya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Tetapi kenapa semua perbuatan Zafran seperti memberi harapan kepadanya ? Dia menjadi seperti perigi mencari timba pula. Dia meraup mukanya kasar.
Tidak patut rasanya dia mementingkan dirinya sendiri. Zafran juga ada hati dan perasaan. Zafran juga berhak mendapat seseorang yang dia sayangi. Dan pada saat itu , Ezany bertekad ingin memadamkan nama Zafran didalam hatinya. Biarlah Zafran menyangka bahawa coklat Cadbury tadi adalah pemberian daripada Yuyu. Dia berlalu pergi dengan air mata yang masih mengalir.
Yuyu hanya tersenyum sinis apabila memerhatikan Ezany yang berlalu dengan air mata. Dia berasa puas. Dia yakin sekarang  Zafran akan menjadi miliknya. Dia yakin yang Zafran akan sentiasa melayannya selepas ini. Kemenangan dirasakan berpihak kepada dirinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa tahun kemudian .
“ Zany , tengok ! ada coklat kitkat single dekat lokar kau la. “ Amy , kawan universiti Ezany menegur. Ezany sekarang sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Ezany memandang kearah lokarnya. Dia perasan ada sekeping memo yang terlekat disamping coklat kitkat yang ditampal di lokarnya. Ezany mencabut memo itu dan membacanya.
“ Your eyes is shining like a star - ZA. “
Tanpa sedar Ezany tersenyum. Amy sudah melopong apabila mendengar ayat pada kertas memo itu.
“ ZA ? Wah , kau dah ada secret admire ke ni ? “ Amy mengusik Ezany. Ezany hanya mencebik.
“ Mana ada ! Tak payah nak buat cerita dekat sini ek. Tapi sedap pulak aku tengok coklat kitkat ni.  “ Ezany menyimpan memo itu didalam lokarnya dan terus mengambil coklat kitkat yang bertampal itu. Ezany mengoyak pembalut kitkat itu dan memberi separuh coklat itu kepada Amy dan separuh lagi Ezany memakannya.
“ Harap-harap esok kau punya secret admire bagi lagi coklat ni dekat kau. Dapat aku makan free. Haha.” Amy berseloroh. Ezany  hanya tergelak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ezany semakin pelik. Hari-hari mesti ada coklat bertampal pada lokarnya. Dan setiap hari jugalah dia akan mendapat memo. Tapi , lain pula pada hari ini. Dia hanya mendapat memo sahaja.
“ Jumpa dekat taman U. –ZA “ Ezany memandang sekeliling. Dia mendengus geram.
“ Siapa pulak la yang nak main-mainkan aku ni ? Siapa ZA ni ? Haih. “ Ezany mengomel.
Tiba-tiba Ezany teringat waktu dulu. Dia juga pernah bagi coklat kepada crushnya. Sudah dicuba untuk hilangkan perasaan suka kepada crushnya tetapi sampai sekarang masih ada. Cuma , dia sudah lupa akan wajah dan nama crushnya itu.
Tanpa lengah , Ezany terus melangkah ke taman U.
Baru kakinya ingin menapak masuk ke taman U , Ezany terperasan akan coklat jenama Kisses di tempat kakinya berada. Dia mengutip coklat itu. Dia memandang kedepan. Coklat Kisses elok tersusun berderet. Dia mengikut kemana arah coklat itu sambil mengutipnya. Coklat Kisses terakhir telah dijumpai. Ezany memandang sekeliling.
‘ Cantik.’ Desis hatinya. Coklat Kisses yang terakhir telah membawanya ke kawasan air terjun buatan yang elok terletak di tengah-tengah taman. Ezany yang leka memerhati kawasan itu terkejut apabila terdengar deheman seseorang. Dia pantas berpusing ke belakang.  Seorang lelaki sedang tersenyum melihatnya. Ezany mengerutkan dahi.
“ Siapa awak ? “ Ezany bertanya. Lelaki itu ternyata terkejut.
“ Awak tak kenal saya ke Ezany ? “
Ezany menggeleng kepala laju. Dia memang tidak ingat siapa lelaki ini. Walaupun macam pernah nampak raut wajah lelaki ini tetapi , dia masih tidak ingat.
“ Ni saya la. Zafran. Zafran Aiman. Kawan sekolah awak dulu. “ Zafran cuba untuk memegang tangan Ezany tetapi pantas sahaja Ezany menepis. Ezany memandang tepat ke wajah Zafran. Seperti sedang mengingati sesuatu.
‘Zafran ? Kawan sekolah aku ? Siapa ? ‘ Hati Ezany berbisik. Tidak lama kemudian , dia terkedu.
‘Tak ! Tak mungkin ! ZA ? ZA tu Zafran orang yang aku suka dulu tu ke ? Kenapa dia muncul balik ? ‘ Ezany menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia terus berlari keluar dari taman itu. Dia buat tidak endah akan Zafran yang sedang memanggil namanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sejak itu , tiada lagi coklat dan memo. Kalau ada pun , Ezany akan memberikan coklat itu kepada kawannya. Ezany mengeluh. Fikirannya buntu. Perasaan cinta mula menguntum semula buat lelaki bernama Zafran Aiman. Sudah beberapa kali dia cuba untuk menafikan perasaan itu. Tetapi , perasaan itu masih tetap ada.
Kakinya melangkah tanpa arah tuju. Akhirnya , dia sudah berada di kawasan air terjun buatan. Dia duduk di atas satu batu besar. Dia mengambil ranting kayu dan melakar nama Zafran di atas tanah. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan.
Zafran yang kebetulan lalu di kawasan air terjun buatan itu terkejut apabila ternampak Ezany. Dia terus meluru ke arah Ezany dengan senyap. Apabila terperasankan nama dia terlakar di atas tanah , dia terus mengambil gambar lakaran itu melalui telefonnya untuk dijadikan kenangan. Ezany masih belum perasan akan kehadirannya.
Zafran terus duduk di atas satu lagi batu besar bersebelahan dengan Ezany. Ezany terus memandang ketepi apabila merasakan ada seseorang sedang duduk bersebelahan dengannya. Akibat terkejut ,  hampir sahaja Ezany tergelincir tetapi pantas Zafran menangkap tangan Ezany.
“ Hey. Hati-hati la ! “ Jelas terpancar riak cemas di wajah Zafran. Ezany terus merentap tangannya dari pegangan Zafran. Ezany juga baru perasan yang nama Zafran masih elok terlakar di atas tanah. Dengan pantas , dia memadam nama itu. Zafran sudah tersenyum.
“ Awak tulis nama saya ke ? “
“ Mana ada. Perasan ! Saya kenal awak ke pun ? “ Ezany berdalih.
“ Zany. Please. Jangan macam ni dengan saya ! Saya tahu awak masih kenal saya. “ Zafran seperti merayu. Ezany meraup muka.
“ Look ! I really don’t know you. And I really don’t want to know you okay ! Just go from my life ! “ Ezany sudah mula meninggikan suaranya.
“ No ! Saya tahu yang awak kenal saya lagi ! Kalau tak kenapa awak tulis nama saya ? Ni buktinya ! Mata awak pun dah cukup menggambarkan segalanya Zany !  I won’t go from your life !  “ Zafran sudah mengetap bibir sambil menunjukkan gambar lakaran namanya kepada Ezany. Ezany sudah terkedu. Dia tidak tahu yang Zafran lebih bertindak pantas.
“ Errgh ! Awak ni memang tak boleh nak mengalah kan ! Okay fine ! Saya kenal awak ! kenal sangat-sangat ! Stasfied now ?! “ Ezany terus berlalu pergi. Zafran meramas rambutnya dengan kasar. Didalam fikirannya sekarang cuma ada satu rancangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Assalamualaikum. “ Zafran memberi salam.
Puan Alia yang sedang mengemas di laman rumah berpaling ke pintu pagar.
“ Waalaikummussalam. Eh , Zafran ! Haa , jemput masuk. “ Puan Alia merupakan ibu kepada Ezany. Sewaktu di zaman sekolah menengah , jikalau ada masa lapang Zafran sering bertandang kerumah Ezany. Sehinggakan Puan Alia sudah lali dengan perangai Zafran itu. Tetapi sejak Ezany berpindah sekolah , Zafran jarang bertandang ke rumahnya.
Puan Alia juga sudah menganggap Zafran  seperti anaknya sendiri. Zafran juga memanggil Puan Alia dengan panggilan ibu sama seperti Ezany memanggil Puan Alia.
“Kenapa kamu datang ke mari ? “ Puan Alia menyoal. Zafran hanya tersenyum.
“ Hmm , Ibu. Zaf nak merisik Ezany. “ Zafran menjawab tenang.
“ Haa ? Merisik Ezany ? “ Puan Alia sudah melopong.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘ Jumpa saya dekat taman U. Please ! Saya harap awak datang. I’m begging you. – ZA’
Ezany mengeronyok kertas itu lalu dicampakkan kedalam tong sampah.
“ Memang tak serik betul ! “ Ezany mengomel. Dia terus melangkah menuju ke taman U.
Dari jauh , Ezany sudah ternampak kelibat Zafran membelakanginya. Dia terus mempercepatkan langkah.
“ Straight to the point. Awak nak apa ? “ Ezany berkata sejurus kakiknya sudah berdiri di sebelah Zafran. Zafran memandang kearah Ezany. Ezany hanya memandang kedepan. Dia tidak mampu untuk memandang mata Zafran. 
“ Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak nak pindah sekolah masa tu ? “ Zafran memulakan perbicaraan.
“ Takde masa. “ Ringkas jawapan Ezany. Zafran mengeluh.
“ Saya minta maaf. Saya terlupa sama sekali yang awak ada masa tu. Masa tu , saya fikir saya nak cepat sampai kelas je. “
“ Fikir kelas ke fikir pasal Yuyu ? “ Ezany menyoal kepada Zafran. Riak muka Zafran terus berubah.
“ Look Ezany Alisha. I know you mad at me. Saya memang betul-betul fikir fasal kelas. Yuyu takde kena mengena fasal hal ni. Lepas sampai dekat kelas , saya baru perasan yang saya pergi macam tu je tanpa bercakap dengan awak. Saya keluar kelas balik nak jumpa dengan awak tapi saya tengok awak dah takde. Nasib baik cikgu takde dekat kelas saya masa tu. Saya tanya Yuyu , Yuyu kata dia tak nampak awak pun dekat tingkat atas. “ Zafran menjelaskan hal sebenar.
Ezany hanya tersenyum sinis. Pandai Yuyu berlakon sedangkan Yuyu nampak dia menangis.
“ Saya sunyi takde awak dekat sekolah. Serius sunyi Zany. Biasanya , kalau saya pergi mana-mana saya akan terserempak dengan awak. Bila awak dah pindah , saya rasa kosong. “ Ya ! Jiwa Zafran memang kosong. Zafran baru perasan yang selama ini , dia juga menaruh hati kepada Ezany. Perpindahan Ezany telah mewujudkan perasaan itu.
“ Saya juga baru tahu , coklat Cadbury yang Yuyu bagi saya masa tu  bukan daripada dia tapi daripada awak. Rina yang cerita dekat saya. Dia sedih sebab saya buat awak kecewa. Saya memang tak terniat pun nak buat awak macam tu , Zany. Seriously , saya ingat coklat tu Yuyu yang punya. Saya rasa bersalah sangat dengan awak Zany. Lepas saya dapat tahu tentang tu , saya marah Yuyu. Saya minta penjelasan daripada dia. Rupanya Yuyu sengaja buat macam tu. Dia cemburu tengok awak rapat dengan saya.” Zafran mengambil nafas.
Ezany hanya menundukkan muka. Kecewa ,sedih semua ada di dalam dirinya sekarang ini. Dia tercari-cari maksud disebalik penjelasan Zafran.
“ Kenapa awak tiba-tiba nak jelaskan semuanya kepada saya ? “ Ezany memandang muka Zafran. Dia menginginkan kepastian.
“ Sebab saya suka awak Ezany. Saya taknak awak salah faham. Saya taknak kehilangan awak. “ Zafran berkata dengan tenang.
Ezany sudah tergamam. Dia seperti tidak percaya akan kata-kata Zafran.
“ No ! Saya tak percaya. “ Ezany menggeleng-gelengkan kepala.
“ Awak kena percaya sebab saya dah pun merisik awak. Awak milik saya. “ Zafran tersenyum manis. Ezany sudah membuntangkan matanya. Terkejut.
“ Maaf sebab saya merisik tanpa berbincang dengan awak. Tapi , saya memang taknak kehilangan awak Zany. Cukuplah saya tak boleh kawal perasaan saya masa awak pindah. Bila dapat tahu awak pun belajar dekat sini , saya terus mulakan langkah pertama. “
Tanpa sedar , Ezany mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka sejauh itu Zafran bertindak.
“ Zany , kenapa awak menangis ? “ Zafran terkejut. Ezany pantas menyeka air matanya.
“ Awak ni memang kejamkan ! Saya baru nak lupakan awak tapi tup tup awak muncul balik ! Kenapa  Zafran ? Kenapa ? Saya benci awak ! “ Ezany ingin berlalu pergi . Pantas Zafran menghalang laluan Ezany.
“ Saya pun benci awak sebab awak dah ambil hati saya. “ Zafran tersenyum. Dia tahu Ezany tidak memaksudkan kata-kata tadi.
“ Tepi lah ! “ Ezany sudah menolak tubuh Zafran. Dia melangkah pergi tetapi sekali lagi Zafran menghalang laluannya.
“Nope untill you accept me. “ Zafran terus menyuakan sebentuk cincin kepada Ezany.
“ Apa ni ? “ Ezany memandang Zafran.
“ Cincin la awak. Awak kena pakai dulu cincin ni kalau awak nak pergi dari taman ni. “ Zafran sudah menjongketkan kening.
“ Selfish ! “ Ezany ingin melangkah pergi tetapi terhenti apabila terasa tangannya ditarik lembut. Ezany memusingkan kepalanya. Dia tergamam. Air mata mula mengalir dengan deras. Zafran sedang menyarungkan cincin ke jari manis Ezany. Selepas itu , Zafran memandang kearah Ezany.
“ Mata awak bersinar bagaikan cahaya bintang. “
“ Senyuman awak mampu membuatkan saya terbayang-bayang “
“ hanya awaklah seorang “
“ Yang saya sayang. “ Zafran mengulang kembali bait-bait ayat daripada memo yang pernah dia bagi kepada Ezany sambil tersenyum.
 “ Zafran ! Awak memang kejam ! “ Ezany sudah teresak.
“ Yup. Saya mengaku yang saya kejam. “
“ Saya sayang awak Zafran. “ Ezany berkata dengan gugup.
“ What did you say Zany ? “ Zafran memandang Ezany.
“ I said I love you laa pekak ! “ Ezany mencebik. Zafran sudah tergelak. Zafran terus memberikan coklat Cadbury , Kitkat dan Kissess kepada Ezany.
“ Kenapa ada tiga jenis ? “ Ezany bertanya.
“ Kenapa 3 ? I Love You la sayang. Haha. Gurau-gurau. Cadbury awak bagi nak pikat saya. Kitkat saya bagi sebab nak pikat awak. Dan Kissess saya yang bagi sebab nak pikat awak untuk menjadi suri di hati saya.  “
Muka Ezany sudah mula bertukar warna. Zafran tergelak melihat reaksi Ezany. Dan tanpa mereka percayai , coklatlah yang sudah menyatukan dua hati menjadi satu.


-TAMAT-


Sincerely ,
Danisha
4/12/2013
06:41 | 0 Cloud(s)
Cerpen : Diari Pertukaran Hati

Welcome to Danie's Cofee Shop =)

Assalamualaikum ,

cerpen ke-2. hehe

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BUK !!
Buku rujukan Melissa dan buku rujukan milik Shahrin jatuh bertaburan di atas lantai. Tergesa-gesa Melissa mengutip buku-buku miliknya.
“ Woi ! Mata kau letak dekat mana ha ? “ Shahrin menengking geram. Dia juga mengutip buku rujukan miliknya.
“ Err , sorry. Saya nak cepat tadi. Tak nampak awak ada dekat arah bertentangan. Sorry. “ Melissa sudah mula gugup. Takut dengan tengkingan Shahrin.
“ Sorry - sorry ! Kau ingat kau sorang je ke yang nak cepat ? Semua orang nak cepat tau tak ! Lain kali pandang depan. Bukannya berkhayal masa jalan. “ Shahrin masih lagi bengang.

Melissa hanya diam. Hati dia panas masa tu. ‘ Ingat aku sorang je ke yang salah ? Kau pun salah juga ! Kau yang leka main handphone  , kata aku berkhayal lak. Boleh blah la bro ! ‘ Melissa mengomel geram di dalam hati.
Masing-masing berlalu pergi setelah semua buku rujukan milik sendiri sudah dikutip. Shahrin sempat lagi memberi senyuman yang sinis kepada Melissa. Melissa hanya mencebik. Cett ! Ingin macho la tu bagi senyuman macam tu ? Tak masuk bro !
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Beb , kenapa kau masuk lambat tadi ? Nasib baik timing kau okay. Kalau tak memang mengamuk la pensyarah kita tu. “ Ain bertanya. Melissa hanya menjongketkan kening.
“ Accident. “ Ringkas sahaja jawapan Melissa. Ain sudah terperanjat.
“ What ?! Accident ? “ Suara Ain yang sedikit kuat itu telah menarik perhatian beberapa orang pelajar yang sedang berehat di cafeteria.
“ Agak-agak la kalau nak jerit pun Ain oi. Aku bukannya accident kereta tu semua , accident terlanggar mamat mana entah. Berbulu aku dengan mamat tu. Macam bagus-bagus je. “ Melissa mengutuk.
“ Siapa mamat tu ? Hensem tak ? “ Ain bertanya. Melissa hanya mengangkat bahu.
“ Entah. Aku tak kenal. Rasanya macam senior dekat sini kot. Hensem ? Entah. Aku pun malas nak belek muka mamat tu. “ Melissa menjawab acuh tidak acuh. Melissa terus mengeluarkan buku diarinya.
Diari berwarna hitam dengan kulit depannya tertulis , ‘ Don’t Ever Touch This Book ! ‘. Lepas Melissa ternampak buku ni di kedai buku , terus dia beli. Biasanya kalau diari mesti ada perkataan cinta-cinta tapi tidak pada diari ni. Diari ni nampak ganas. Saat dia membuka muka surat pertama , dia terkejut. Ada ayat. Setahunya , diari dia tidak ada ayat macam ni.
“ Jangan kau pernah menangisi sesuatu yang tidak akan pernah menjadi milik kau. Diari Hati. – Rain “. Melissa membaca semula ayat yang ditulis dalam nada suara perlahan. Dia menganggukkan-anggukkan kepala.
“ Not bad. Tapi , diari siapa yang aku terambil ni ? “ Melissa berbisik. Tiba-tiba dia tergamam sendiri.
‘ Alamak ! Aku terambil buku mamat yang aku langgar pagi tadi la ! Aduh ! Macam mana diari aku boleh sama macam diari dia ni ? Tak ada beza langsung.Tapi lelaki pun ada diari ke ? Jambu gila mamat nama Rain ni. ‘ Melissa ketawa kecil sambil mengetuk kepalanya perlahan. Ain yang melihat terus menegur.
“ Woi Mel ! Yang kau ketuk-ketuk kepala kau tu kenapa ? Dah biul ke ? Gelak sorang-sorang pulak tu “
Melissa menjeling Ain geram. Biul dia kata ? Apa punya kawan daa ! Melissa masih berteka-teki sama ada ingin membaca diari milik Rain ataupun tidak. Sebelah hati kata baca , sebelah hati kata jangan. Akhirnya , dia memilih untuk tidak menyelongkar privacy orang lain. Lagi-lagi , orang yang dia tidak kenali. Dia menyimpan buku diari itu di dalam beg.
‘ Hak orang kena jaga. Siaplah dia kalau dia rosakkan buku aku ! Aku koyak-koyak buku dia ! ‘ Melissa sempat mengutuk.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ What the heck ? Siapa punya diari pula ni ? Buku dah sama macam aku punya !“ Shahrin terkejut saat dia membuka buku diari hitam itu. Ada biodata disitu. Shahrin membaca satu persatu. Sesekali dia tersenyum dan sesekali dia tergelak. Kelakar baca biodata itu.
“ Kelakarnya minah ni. Warna kegemaran putih dan biru. Bla , bla , bla ..  dia belajar tempat sama dengan aku. Nama cantik. Mellisa Amira. Hmm , tengok dari tahun lahir , dia ni muda dari aku. But wait ! Sama tempat dengan aku ? “ Shahrin teringat sesuatu.
“ Entah-entah buku ni , buku minah yang aku terlanggar hari tu tak ! Haish ! Kenapa baru sekarang aku perasan buku aku dah tertukar dengan dia ? “ Shahrin melurut rambutnya dengan kasar seraya itu dia menopang dagu.
“ Macam mana kalau dia baca diari aku ? Argh ! Serabut! Tapi tak mungkin la. Muka dia macam baik-baik je. Takkan dia nak baca diari aku kot. “ Shahrin bersangka baik. Baru dia ingin meletakkan diari itu didalam beg , sekeping gambar terjatuh dari diari itu. Shahrin memandang pelik. Segera dia mengambil gambar itu dan melihat.
Dia tersenyum. ‘Cantik’. Desisnya. Gambar itu adalah gambar Melissa bersama rakan-rakan sekolah Melissa. Dia dapat agak sebab dia kenal muka Melissa. Walaupun hanya melihat sekilas mukanya , tapi Shahrin masih dapat cam muka Melissa. Dia terus menyimpan gambar itu berasingan dari diari itu.
“ Welcome to the club Mellisa Amira. “ Shahrin tersenyum sinis. Dia memang terkenal sebagai playboy di universiti itu. Dengan rupa paras yang menawan , tidak hairanlah ramai student perempuan suka kepadanya. Playboy , playboy pun. Hati jambu. Ada diari pulak tu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Aduh ! Kenapa lah aku asyik-asyik jadi mangsa pelanggaran ni ! “ Shahrin mengomel.
“ Sorry bro ! Aku tak sengaja. “ Ammar meminta maaf. Dia terus melihat gerangan yang dilanggar.
“ Rain? “ Ammar bertanya. Shahrin terus memandang Ammar. Tidak lama selepas itu , Shahrin tersenyum sinis.
“ Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini , Ammar.  Oh , terlupa pula aku. Kawan !“ Shahrin berkata sinis. Ammar hanya tersenyum.
“ Relaks bro. Aku takkan kacau hidup kau. Kau dunia kau ! Aku dunia aku . Aku taknak buat musuh dekat sini. “ Ammar menjawab tenang.
Dia dengan Shahrin dulu adalah salah seorang yang paling akrab di sekolahnya. Sehinggakan semua masalah yang dihadapi Ammar diceritakan kepada Shahrin termasuklah tentang siapa orang yang Ammar suka. Semua rahsia disimpan rapi oleh Shahrin. Tetapi , berlaku konflik antara mereka sehingga membawa kepada perpecahan sehinggalah sekarang.
“ Hey hey hey ! Jangan terlampau serius sangat. Oh yah , apa khabar orang tersayang kau ? Siapa nama dia ? Mel ? Aku rasa macam nak kenal lah dengan Mel kau.“ Shahrin masih bernada sinis.
Dia hanya tahu orang yang Ammar suka bernama Mel. Nama penuhnya , Ammar rahsiakan. Orangnya juga , Shahrin tidak pernah berjumpa. Jadi , Shahrin tidak mengesyaki apa-apa.
“ Jangan kau berani nak buat apa-apa dengan dia ! “ Ammar memberi amaran. Shahrin sudah berpeluk tubuh.
“ Am !! “ Ammar dan Shahrin masing-masing memusingkan kepala memandang gerangan yang memanggil nama Ammar. Melissa sudah teruja apabila terjumpa dengan orang yang sudah lama tidak ditanya khabar . Terus dia menerpa kearah Ammar. Saat dia berpalingkan muka , dia terkejut kerana Shahrin juga ada disitu. Shahrin sudah membuntangkan mata apabila terperasankan Melissa.
“ Awak ! “
“ Kau ! “
Shahrin dan Melissa sudah menjerit serentak. Ammar hanya memandang mereka dengan berbagai soalan bermain diminda.
“ Mana diari aku ? “ Shahrin menyoal geram.
“ Diari ? Oh , diari hitam tu ke ? Tak sangka orang lelaki macam awak ni pun ada diari kan ? “ Melissa membalas sinis.
“ Kau !!! Ergh ! “ Shahrin terus berlalu pergi meninggalkan Ammar dan Melissa. Hati dia panas dengan jawapan sinis Melissa.
‘Salah ke nak ada buku diari ? Minah tu memang nak kena ! Tengok la apa aku buat dengan diari dia nanti ! ‘ Desis hati Shahrin seraya tersenyum sinis.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Melissa kenal Rain ke ? “ Ammar memulakan bicara.
“ Rain ? Oh , mamat perasan bagus tu ke ? Buat apa Mel nak kenal dengan dia ? Takde pekdah langsung. “ Melissa sudah menggeleng kepala laju.
“ Habis tadi , macam dah kenal je ? “ Ammar menyoal lagi. Dia risau kalau Shahrin apa-apakan Melissa.
“ No la. Tak kenal langsung. Cuma hari tu je la. Mel nak cepat , lepas tu Mel terlanggar dia. Dia marah Mel. Dia kata Mel ni berkhayal la apa la. Sedangkan dia pun sama. Leka main handphone. “ Melissa sudah mengomel. Geram apabila mengingatkan balik insiden itu. Ammar bernafas lega.
“ Oh yeke ? Tapi tadi dia ada kata diari. Diari apa ? “ Ammar masih lagi menyoal.
“ Oh , diari tu. Masa terlanggar dengan dia haritu , tak perasan pulak Mel tertukar diari dengan dia. Mel pun ada satu diari macam dia. Sebiji. Takde perbezaan langsung. Senang cerita , buku diari dia ada dekat Mel and buku diari Mel ada dekat dia. “ Mellisa memberi penjelasan. Ammar hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
“ Hmm Mel , Am nak Mel jauhkan diri daripada dia boleh tak ? “ Ammar menyuarakan pendapat. Melissa memandang Ammar pelik.
“ Kenapa Am? “
Ammar hanya tersenyum seraya menggelengkan kepala.
‘ Am takut dia apa-apakan Mel. Am takut dia akan rampas Mel daripada Am. Am kenal sangat dengan dia sebab Am dulu rapat dengan dia. Am taknak kehilangan Mel. ‘ Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Ammar. Dia tidak dapat membayangkan kalau Shahrin berjaya mengambil hati Melissa dan dia juga akan berasa sakit kalau Shahrin mempermainkan perasaan Melissa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shahrin membuka buku diari milik Melissa. Dia baca satu persatu diari yang ditulis. Semua suka , duka , pahit dan manis diceritakan. Termasuklah kisah Ammar. Baru dia tahu , Melissa itu adalah orang yang Ammar suka.
“ Melissa suka dekat Ammar juga ke tak ek ? “ Shahrin berteka-teki. Tidak jadi dia ingin merosakkan buku diari milik Melissa. Dia rasakan diari itu teramat penting untuk Melissa. Shahrin menutup perlahan buku diari itu. Dia duduk termenung sambil tangan kanannya diletakkan di dada.
“ Kenapa setiap kali aku terjumpa Melissa mesti jantung aku akan bergerak laju ? “ Shahrin menyoal dirinya sendiri.
Dia teringat akan insiden hari itu. Memang tak dinafikan yang dia pun bersalah juga sebab dia leka main dengan handphone sampai tak perasan Melissa.  Selepas terlihatkan muka Melissa , jantung dia berdegup kencang. Ada satu perasaan menyelinap masuk dalam dirinya. Tapi , disebabkan ego dia membuang perasaan itu,
“ Hai, takkan playboy dah jatuh cinta kot ? “ Rakan sebilik Shahrin menegur. Terkejut Shahrin dibuatnya. Terus terhenti lamunan tentang Melissa.
“ Ehem . mana ada. Pandai-pandai je kau ni. Aku takkan jatuh cinta la. “ Jawab Shahrin sedikit gugup.  Rakan sebiliknya hanya tergelak.
“ Apa-apa je la Rain. Itu semua soal perasaan kau. Tanya hati kau sendiri. Tapi aku tahu , kau memang dah fall in love sekarang ni. Okaylah. Aku keluar dulu. “ Rakan sebiliknya menepuk-nepuk bahu Shahrin sebelum meninggalkan bilik mereka.
“ Aku dah jatuh cinta ke ? “ Shahrin menopang dagu. Dia terus mengeluarkan sekeping gambar Melissa. Dia amati wajah Melissa yang semakin mendapat tempat dihatinya.
“ Aku nak permainkan dia , tapi aku sendiri yang jatuh dekat dia. “ Shahrin hanya mengeluh kecil.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘ Jumpa aku dekat taman universiti. 2PM.  - R ‘.
Melissa membaca bait-bait ayat di atas memo yang terlekat di lokarnya. Dia mengetuk pipinya perlahan dengan jari telunjuk.
“ Siapa pula yang hantar memo ni dekat aku ? R ? Siapa ? “ Melissa berteka-teki. Dia menjeling jam tangan miliknya.
“ Ada lagi 15 minit sebelum pukul 2. Baik aku pergi sekarang. Taman tu dah la jauh. “ Tanpa mengesyaki apa-apa , dia terus melangkah pergi ke taman. Dia sempat menghantar pesanan ringkas kepada Ain menyatakan yang dia tidak ikut Ain pergi ke cafeteria.
Sesampai sahaja dia di taman universiti itu , dia sudah nampak seorang lelaki sedang berdiri membelakanginya. Melissa tertanya-tanya siapa yang nak jumpa dengan dia. Dari susuk tubuh , dia macam pernah lihat.
‘ R ? Susuk tubuh ? Hmmm….. Haaa ! Alamak ! Rain ! ‘ Terkedu Melissa dibuatnya. Dia memberhentikan langkah apabila dia sudah pun berdiri disebelah Rain. Dia berdehem.
“ Ehem. Kenapa nak jumpa saya ? “ Melissa memulakan bicara. Shahrin terus memandang muka polos Melissa. Lama sampaikan Melissa tidak selesa apabila Shahrin memandangnya macam tu. Shahrin tersenyum.
“ Sorry sebab tiba-tiba nak jumpa kau. Aku just .. haih , nah ! “ Shahrin terus menghulurkan buku diari hitam milik Melissa. Melissa terkejut. Lantas dia mengambil buku diarinya dari pegangan Shahrin. Dibelek-belek buku diari itu.
“ Awak tak rosakkan buku saya kan ? “ Melissa menyoal inginkan kepastian. Shahrin hanya tersenyum. Tidak mengangguk ataupun menggeleng. Melissa terus menghulurkan buku diari milik Shahrin pula. Dia memang sentiasa membawa buku diari milik Shahrin.
“ Nah ! Saya dah jaga elok-elok. “ Melissa terus membelek buku kesayangannya kembali. Tapi dia rasa ada benda yang hilang didalam bukunya itu.
Shahrin mengambil buku diari miliknya tanpa sebarang bunyi. Dia percaya akan Melissa. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu dari situ.
“ Wait Rain ! Mana pergi gambar saya ? “ Tanya Melissa separa menjerit.
Dengan membelakangkan Melissa , Shahrin terus melambaikan gambar milik Melissa sambil berjalan meninggalkan taman itu. Terkedu Melissa dibuatnya. Dia rasa macam nak menangis. Itu sahajalah gambar kenangan sewaktu di sekolah menengah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Hey awak ! Bagi balik gambar saya ? “ Melissa terus menengking Shahrin sedang duduk berseorangan di bangku. Shahrin sudah meramas rambutnya kasar. Terkejut dia dibuatnya apabila tiba-tiba Melissa menjerit.
“ Tak boleh bagi salam ke ? Datang-datang nak marah aku apehal ? “ Shahrin sudah mula meninggikan suara. Terkedu Melissa.
“ Assalamualaikum. Saya nak gambar saya. “ Melissa mengendurkan suaranya.
“ Waalaikummussalam. Tak boleh. “ Shahrin jawab mendatar. Melissa sudah pun bercekak pinggang.
“ Kenapa tak boleh ? Itu gambar saya. Hak saya ! “
“ Ada ke dekat gambar tu tulis hak kau ? Takde kan. So now , gambar itu milik aku. Oh yah ! Aku terlupa. Ada satu cara sahaja , kalau kau nak balik gambar kau. “ Shahrin sudah memulakan perbalahan.
“ Apa dia ? “ Melissa bertanya sedikit gugup.
“ Senang je. Kalau kau nak gambar kau balik , kau kena cuba menyukai aku. Kalau tak , gambar kau .. aku punya. “ Shahrin sudah melayangkan gambar milik Melissa.
“ No ! Saya takkan suka orang macam awak ni ! Selfish ! “ Melissa terus berlalu dengan air mata yang mula menitis.
Shahrin tergamam. Dia tidak tahu pula tindakannya akan membuatkan Melissa menangis. Rasa bersalah mula bersarang dalam dirinya. Shahrin hanya tertunduk.
“ Maafkan aku Melissa. “ Itu sahaja yang keluar dari mulut Shahrin dalam nada berbisik. Disimpan rapi gambar milik Melissa didalam begnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Hey Mel , kenapa ni ? “ Ammar terus menegur Melissa selepas dia ternampak Melissa seperti menangis.
“ Am ! Kenapa dia nak cari pasal dengan Mel ? Mel tak kenal dia pun ! “ Melissa menahan esakan. Ammar memandang Melissa pelik.
“ Siapa dia tu ? “
“Siapa lagi kalau bukan mamat perasan bagus tu ! “ Melissa menahan geram.
“ Rain ? “ Ammar meneka. Melissa mengangguk.
“ Apa Rain buat dekat Mel ? “ Ammar cuba untuk mengorek cerita. Terkejut juga dia. Shahrin rupanya yang menjadi penyebab kenapa Melissa menangis.
“ Dia tersangatlah annoying ! Dia dah bagi balik diari Mel tapi dia ambil gambar dalam diari Mel ! serupa tak payah bagi balik diari tu ! “
Ammar mengeluh. ‘ Shahrin dah tau ke yang Mel ni adalah orang yang aku suka ? ‘ desis hatinya.
“ Mel jangan nangis. Nanti Am tolong Mel dapatkan balik gambar tu kay ? “ Ammar cuba memujuk Melissa.
“ Sampai hati dia buat Mel macam ni kan ? Dia macam permainkan perasaan Mel. Mel rasa bodoh sebab suka dekat dia. “ Melissa meluahkan isi hatinya. Kenyataan Melissa membuat Ammar tersentak. Segera muka mulus itu dipandangnya.
“ Melissa suka Rain ? “
Melissa memandang Ammar. Terus dia menepuk dahi. Dia sudah terlepas cakap tentang perasannya terhadap Shahrin kepada Ammar. Ammar mengeluh.
“ Sejak bila Mel suka Rain ? “ Ammar menyoal. Melissa menggelengkan kepala.
“ Tak tahu. Perasaan tu tiba-tiba datang. Jantung Mel berdegup pantas bila nampak dia atau terjumpa dia. Melissa tak suka dengan perasaan ni. “ Melissa menunduk.
Ammar hanya tersenyum hampa.  Dia belum boleh melepaskan Melissa lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ What have you done to my girl , Shahrin ? “ Ammar mengawal nada suaranya. Shahrin sudah dapat mengagak siapa gerangan yang dimaksudkan Ammar.
“ What have I done to her ? “
“ Kau takpayah nak buat-buat tak tau lah, Rain ! Bagi balik gambar dia ! “ Ammar sudah mula meninggikan suara.
“ Gambar dia ? Oh , gambar. Well , aku dah buang gambar tu. “ Shahrin menjawab selamba. Mendengar jawapan Shahrin , Ammar terus memberi tumbukan ke muka Shahrin. Terjelepok Shahrin dibuatnya. Shahrin berdiri lalu tersenyum sinis.Dia mengesat bibirnya yang berdarah. Nasib baik tiada pelajar di tempat mereka itu.
“ Kau sanggup tumbuk aku hanya sebab gambar minah tu ? Hebat kau Ammar ! Hebat !“ Shahrin menepuk tangan.
“ Aku tau yang kau tau Mel tu adalah orang yang aku suka ! Dan aku tak suka tengok kau buat dia menangis ! Kau boleh permainkan perasaan semua perempuan dalam U ni tapi tidak dengan perempuan yang bernama Melissa Amira ! “
Shahrin sudah berpeluk tubuh sambil memandang tepat kearah Ammar.
“ Oh , jadi memang betul la Melissa tu orang yang kau suka dulu ? Kecilnya dunia ni Ammar. Aku baru berhajat nak jumpa dia. And now , aku dah pun jumpa dia. Tak sangka taste kau ni tinggi kan ? Serious talk , aku rasa aku dah suka la dekat Melissa tu. Boleh , aku pinjam dia sekejap tak ? “ Shahrin ketawa sinis.
“ Kurang ajar kau ! “ Ammar sudah ingin memberikan tumbukan yang kedua tetapi Shahrin pantas mengelak.
“ Whoah , relaks bro ! “ Shahrin segera mengeluarkan gambar Melissa dan dicampakkan gambar itu kearah Ammar.
“ Gambar tu kan yang kau nak ? So , ambil gambar tu dan blah dari sini ! Tapi jangan ingat aku dah kalah , Ammar ! Aku akan tetap dapatkan hati Melissa ! She’s mine ! “ Shahrin berkata lantang lalu meninggalkan Ammar. Ammar menggepalkan tangannya.
“ Dia suka kau , Shahrin ! “ Ammar berkata dengan kuat. Shahrin menghentikan langkahnya. Dia masih berdiri membelakangkan Ammar.
“ Melissa Amira suka dekat kau Shahrin.  Sebab tu aku taknak kau permainkan hati dia . Dia budak naif Rain . Please. Jangan buat dia macam ni. Kalau kau betul suka dekat dia , jangan buat dia menaruh harapan dekat kau. “ Ammar mengendurkan suaranya. Shahrin tergamam. Dia tidak menyangka Melissa juga menyukainya. Shahrin mengeluh dan terus beredar tanpa sebarang jawapan. Fikirannya buntu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ammar meletakkan gambar Melissa di atas meja. Melissa terkejut. Pantas dia mengambil gambar itu.
“ Ammar dapatkan daripada Rain ke ? “ Melissa menyoal. Ammar hanya mengangguk.
“ Terima kasih Ammar ! “ Melissa sudah menjerit keriangan. Dari jauh , Melissa ternampak Shahrin sedang memandang kearahnya. Melissa membetulkan posisi duduk.
“ Macam mana Ammar dapatkan ? “ Melissa menyimpan gambar itu didalam buku diari.
“ Macam mana Am dapatkan tu biarlah menjadi rahsia Am. Yang penting , Am happy bila tengok Melissa ceria balik macam ni. “ Ammar tersenyum.
“ Tapi , Mel masih belum puas hati lagi dengan Rain. Dia pandang-pandang Mel macam Mel ni ada hutang dengan dia pula ! Saje je nak sakitkan hati Mel. “ Melissa sudah memasamkan muka sambil memuncungkan mulutnya kearah tempat Shahrin berada. Ammar memandang sekilas dimana tempat Shahrin berada.
‘ Mel , Mel tau tak. Hutang Mel kepada dia adalah hati Mel. ‘ Kata-kata itu tidak diluahkan Ammar.
“ Rain pandang Mel bukan sebab nak sakitkan hati Mel , tapi .. memang dia sendiri yang nak pandang Mel. “ Ammar bersuara. Melissa sudah keliru.
“ Maksud Ammar ? “
Ammar hanya tersenyum. “ Satu hari nanti , Melissa akan tahu. Dan , Am nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi jadi kawan Am. “
Melissa sudah tergelak. “ Am ni kenapa tiba-tiba nak terima kasih bagai. Mel tak kisah la. Mel ikhlas kawan dengan Am. “
Ammar mengangguk faham. Hatinya kini sudah boleh menerima bahawa Melissa bukanlah untuknya.
“ Okaylah. Am pergi dulu. Assalamualaikum. “ Ammar terus mengangkat kaki meninggalkan Melissa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali lagi Melissa sudah ingin meletuskan kemarahannya. Dia tidak sangka Shahrin sanggup mencuri diarinya lagi.
“ Kurang asam jawa betul mamat tu ! Bila masa dia curi buku aku entah ? “ Melissa mengomel. Dia terperasankan ada sehelai memo yang ditindih bersama buku rujukan miliknya. Segera dia membaca memo itu.
‘ Like usually , Taman U . 2PM. Wajib datang kalau taknak buku diari kau kena bakar. –Rain ‘
Melissa mengeronyok memo itu. Kalau Shahrin yang berada di depannya sekarang ni , mahu dia tumbuk muka  Shahrin. Geram Melissa dibuatnya. Tanpa membuang masa dia terus meluru kearah taman universiti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melissa memandang tempat Shahrin berada. Shahrin sudah berdiri sambil memegang diari milik Melissa.
“ Bagi balik diari saya ! “ Melissa menguatkan sedikit suaranya. Shahrin tersenyum. Dia segera melangkah kearah Melissa.
Sesampai sahaja didepan Melissa , Shahrin terus menayangkan kertas memo kepada Melissa.
Melissa terus membacanya.
“ Kau dah buat aku gila. “
“ Kau dah buat aku angau.”
“ Kau memang kejam “
“ Kenapa perlu kau yang muncul ? “
“ Kenapa perlu kau yang ada buku diari sama macam aku ? “
“ Sejak kali pertama aku pandang kau. “
“ jantung aku berdegup pantas. “
“ Aku tak tahu kenapa. “
“ Memang susah aku nak luahkan. “
“ Tapi.”
“ AKU SUKA KAU ! “
Melissa menekup mulutnya. Dia memandang Shahrin yang masih tersenyum. Shahrin terus menampal memo itu didalam diari milik Melissa dan memberikan balik diari itu kepada Melissa. Shahrin mengeluarkan pula diari miliknya.
“ Memang susah saya nak percaya. Tapi , saya memang suka dekat awak , Melissa. “ Shahrin berkata tenang.
“ Tapi , kenapa tiba-tiba ? “ Melissa bertanya.
“ Ini bukan tiba-tiba Mel. Perasaan ni dah lama berlaku sejak awak terlanggar saya. Tapi disebabkan ego , saya menafikan. Tapi lama-lama , perasaan itu tak boleh dibendung lagi. Mula-mula saya memang nak permainkan awak , tapi saya sendiri yang jatuh dalam permainan ini. I’m sorry. “ Shahrin mengeluh kecil.
“ Awak ada baca diari terakhir saya ke ? “ Melissa bertanya. Diari terakhir dia buat adalah tentang perasaannya kepada Shahrin. Tidak semena-mena mukanya bertukar warna. Malu kalau Shahrin ada membacanya.
Shahrin tersengih.
“ Shahrin , saya suka awak ! Tapi kenapa awak buat saya macam ni ? Awak memang kejam. Gambar tu jelah kenangan waktu sekolah yang saya ada. Awak kata saya kena menyukai awak dulu kalau nak balik gambar saya. Awak memang pentingkan diri ! Awak macam permainkan perasaan saya. Bodohnya saya sebab suka dekat awak ! “ Shahrin menjawab selamba pertanyaan Melissa sambil menunjukkan buku diari miliknya.
“ Sorry Mel. Saya ada baca diari tu masa saya curi diari awak tadi dan saya ada catitkan dalam diari saya. “ Shahrin berkata lagi. Melissa sudah bercekak pinggang. DIa rasakan Shahrin sudah melampau sebab sudah mencerobohi privasi miliknya. Melissa terus menendang kaki Shahrin. Shahrin sudah pun mengerang kesakitan.
“ Kenapa awak ni tak bertanggungjawab ? Saya tak pernah pun baca diari awak tau ! “ Melissa sudah naik angin. Shahrin tergelak.
“ Melissa , salah ke saya nak baca diari orang yang dah dapat tempat didalam hati saya ni ? “ Shahrin bertanya.
“ Salah la ! “
“ Okay-okay. Chill. Saya janji tak baca diari awak lagi okay ? Tapi , you know what ? Disebabkan diari ni lah saya boleh terjumpa awak tau. Diari ni membawa kepada pertukaran hati kita. Saya suka awak and awak suka saya. “ Shahrin tersenyum manis.
“ Eii , perasan ! Siapa kata saya suka awak ? “ Melissa sudah mencebik. Shahrin sudah melopong.
“ Diari awak yang kata awak suka saya . “
“ Itu diari saya yang kata , bukannya saya kan ? So , jangan nak perasan. Dah saya nak pergi ni. Bye ! “ Sebenarnya Melissa juga sudah berbunga tapi dia sorokkan perasaannya. Melissa berlalu pergi. Shahrin terus mengejarnya.
“ Tapi memang betulkan awak suka saya ? “ Shahrin masih tidak mengalah. Melissa hanya tergelak. Sepanjang perjalanan menuju ke universiti , mereka berbalah. Dan sebuah diari telah berjaya menukarkan perasaan hati. Dan itulah permulaan kisah cinta mereka.


-TAMAT-


Sincerely ,
Danisha
1/12/2013